Rabu, 30 Mei 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: PRU13: Aishah calon PAS <b>di Jempol</b>?

Posted: 30 May 2012 05:36 AM PDT

Beliau merupakan calon popular jika beliau dicalonkan untuk parlimen Jempol atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.

KUALA LUMPUR: Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?

Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.

Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.

Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.

"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.

"Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.

"Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.

"Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.

"Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada 'hint' pada saya tentang cadangan tersebut.

"Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai", kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan


FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.

Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.

"Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.

"Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.

"Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat," jelas Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi parlimen Jempol.

Aishah "winnable candidate"
 
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen 
Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.

 

"Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria "winnable candidate".

"Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.

"Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.

"Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.

"Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.

"Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda," kata pemimpin tersebut.

Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga "carry weight" dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.

Artis popular

Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan "The Fan Club".

Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.

Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu 'Janji Manismu" menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah "Juara Lagu".

Setelah memenangi gelaran "Juara Lagu," Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.

RAKYAT MARHAEN: PRU13: Aishah calon PAS <b>di Jempol</b>?

Posted: 30 May 2012 05:03 AM PDT

Beliau merupakan calon popular jika beliau dicalonkan untuk parlimen Jempol atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
KUALA LUMPUR: Apakah PAS bakal menurunkan bekas penyanyi popular lewat 80an dan awal 90an Wan Aishah Wan Ariffin sebagai calon parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Jempol, Negeri Sembilan?
Desas desus ini bertiup kencang di kalangan ahli dan penyokong PAS di Negeri Sembilan sejak Aishah muncul di sebuah ceramah di Seremban minggu lepas.
Dalam ceramah tersebut yang dihadiri lebih 1,000 penyokong dengan separuh daripada hadirin merupakan golongan wanita; selain berkongsi pengalaman menuntut dan tinggal di New Zealand selama 10 tahun, Aishah juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita politik.

Sebaliknya Aishah menyatakan beliau menyertai PAS sejak dua bulan lalu atas kesedaran ingin membantu parti tersebut dengan menyampaikan mesej tentang perjuangan parti itu dan membantu mendapatkan sokongan orang ramai terhadap parti PAS.
"Saya tidak pernah bercita-cita menjadi pemimpin parti politik atau menjadi wakil rakyat.
"Walaubagaimanapun sekiranya saya ditawarkan menjadi calon PRU, saya memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam tentang tawaran tersebut.
"Saya tidak boleh ambil ringan tentang cadangan atau tawaran tersebut kerana menjadi calon dan menjadi wakil rakyat (sekiranya menang) memerlukan pengorbanan, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap rakyat yang memilih saya.
"Justeru itu cadangan sedemikian saya perlu kaji sedalam-dalamnya.
"Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin PAS tertinggi yang menawarkan saya menjadi calon walaupun beberapa pemimpin PAS tertinggi ada 'hint' pada saya tentang cadangan tersebut.
"Buat masa ini saya lebih suka dan selesa bergerak sebagai ahli biasa di pentas PAS dengan berkongsi pengalaman hidup saya dengan orang ramai", kata Aishah apabila ditanya wartawan apakah beliau bersedia menjadi calon PAS pada PRU13 jika ditawarkan oleh kepimpinan PAS.

Reaksi PAS Negeri Sembilan


FMT menghubungi Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani untuk mendapatkan kenyataan beliau berhubung cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol pada PRU akan datang.
Mohd Taufek berkata beliau tidak menolak faktor Aishah mempunyai peminat yang ramai jika beliau dicalonkan sebagai calon parlimen Jempol memandangkan sememangnya Aishah amat popular atas statusnya sebagai seorang penyanyi pada satu ketika dahulu.
"Malah saya faham kenapa nama Aishah dicadangkan oleh beberapa ahli PAS untuk parlimen Jempol kerana Aishah berasal dari Batu Kikir. Batu Kikir sememangnya terletak di bawah parlimen Jempol.
"Secara peribadi saya bersikap terbuka dan mengakui kekuatan Aishah sebagai calon parlimen Jempol memandangkan beliau mempunyai
latar belakang pendidikan yang tinggi, membawa imej artis yang telah berubah menjadi seorang muslimah mengikut ajaran Islam dan Aishah merupakan calon tempatan.
"Walaubagaimanapun cadangan sedemikian perlu mendapat persetujuan daripada peringkat cawangan dan PAS kawasan dari parlimen Jempol. Biasanya keputusan untuk meletakkan calon popular ditentukan oleh PAS Pusat," jelas Mohd Taufek.
Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, tidak menafikan bahawa sejak seminggu ini beliau dihujani panggilan telefon daripada ahli dan penyokong PAS yang meminta beliau mencalonkan Aishah untuk kerusi parlimen Jempol.
Aishah "winnable candidate"
Seorang pemimpin Muslimat PAS Negeri Sembilan yang tidak mahu nama beliau dinyatakan di dalam laporan ini meminta PAS Pusat mengkaji secara serius cadangan meletakkan Aishah sebagai calon parlimen Jempol untuk memecah kubu kuat Umno di Jempol.
"Kita mempunyai peluang terbaik untuk mencipta kejutan di Jempol jika mencalonkan Aishah kerana Aishah menepati criteria "winnable candidate".
"Saya ingin bertanya berapa peratuskah kehadiran golongan wanita di mana-mana ceramah anjuran PAS sebelum ini? Selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.
"Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.
"Daripada jumlah hadirin lebih 1,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.
"Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.
"Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda," kata pemimpin tersebut.
Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga "carry weight" dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.
Artis popular
Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan "The Fan Club".
Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.
Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu 'Janji Manismu" menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah "Juara Lagu".
Setelah memenangi gelaran "Juara Lagu," Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads