Rabu, 30 Mei 2012

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Penunggang Motosikal Maut Kemalangan <b>di</b> Persimpangan Taman <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 02:12 AM PDT

- May 9, 2012 17:12:11.

Samsiah Ahmad ditenteramkan oleh rakannya ketika melihat jenazah suaminya, yang terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta kira-kira 500 meter dari rumahnya di persimpangan Taman Ampangan-Taman Pancor Jaya dekat sini, hari ini.

SEREMBAN — PILU… Seorang penunggang motosikal terbunuh kira-kira 500 meter dari rumahnya selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Taman Ampangan-Taman Pancor Jaya dekat sini hari ini.

Mangsa, Zulkifli Alias, 60, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Proton Pesona di persimpangan Taman Ampangan-Taman Pancor Jaya dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6.00 pagi itu.

Jurucakap polis berkata kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta itu gagal mengelak motosikal mangsa ketika sedang keluar di simpang itu lalu merempuh motosikal mangsa.

Ekoran rempuhan itu mangsa tercampak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Sementara itu isteri mangsa, Samsiah Ahmad yang ditemui di tempat kejadian berkata, allahyarham suaminya dalam perjalanan menaiki motosikal selepas keluar dari rumah pada kira-kira 5.45 pagi menuju ke Stesen Keretapi Seremban untuk menaiki komuter.

Menurut Samsiah lagi, ini kerana allahyarham suaminya yang berkerja di Petaling Jaya berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki komuter.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Pesona itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan Asp Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat.

Posted by on May 9, 2012 17:12:11. Filed under Am, BERITA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Program Perpustakaan Mini <b>di</b> Darul Aminan, <b>Ampangan</b>

Posted: 29 Apr 2012 06:12 PM PDT

by Shahrir on April 30, 2012

Ampangan, 28 April 2012 – Program Perpustakaan Mini di rumah anak yatim Darul Aminan, Ampangan pada Sabtu, 28 April 2012 adalah seperti yang dirancangankan. Berkat doa dan bantuan anda semua program ini telah pun sampai didalam proses-proses terakhir. Pihak IRM telah menghantar sebilangan buku dan kelengkapan perpustakaan supaya anak-anak disana dapat mengunakan sebelum peperiksaan pertengahan tahun. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads