05 di sikamat - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, Jempol, <b>Sikamat</b> <b>...</b> Posted: 12 Feb 2012 03:04 PM PST You are here: Home / Wilayah / Gangguan bekalan air di Tampin, Jempol, Sikamat esok SEREMBAN 12 Feb. – Beberapa daerah di negeri ini termasuk sekitar Sikamat dekat sini bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip di kawasan terlibat pada 14 Februari ini. Pengurus Khidmat Pelanggan & Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, gangguan itu melibatkan beberapa lokasi seperti sekitar Tampin, Rembau, Jempol dan Sikamat, di sini. "Antara kawasan terlibat di sekitar Tampin adalah Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin. "Kawasan ini dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Menurutnya, bagi kawasan sekitar Rembau pula, penutupan bekalan air akan dijalankan bermula 9 pagi hingga 3 petang. "Kawasan yang bakal mengalami gangguan bekalan di Rembau meliputi beberapa lokasi sekitar Kawasan Perindustrian Chembong serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong. "Di Jempol pula ia membabitkan seluruh kawasan di sekitar Palong 7 dan Palong 8 bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari berkenaan," ujarnya. Tambahnya, seluruh kawasan di sekitar Sikamat termasuk di Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah akan mengalami gangguan bekalan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hari yang sama. Jelas Azlan, bekalan air dijangka disambung semula secara berperingkat selepas waktu yang ditetapkan. "Namun, sebagai makluman awal, penduduk di kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh gangguan bekalan lebih lama memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya. Pelanggan yang mengalami gangguan bekalan air boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di sikamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan