05 di seremban - Google Blog Search |
{ Gambar} Tempat Makan Best dan Sedap <b>di Seremban</b> : Popia <b>...</b> Posted: 19 Feb 2012 05:24 PM PST Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak. Sahabat blogger semua, hari ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi tempat makan yang sedap di sekitar Seremban. Jika sebelum ini saya banyak memperkenalkan tempat makan untuk kita menikmati makan malam, entri ini saya memperkenalkan sebuah tempat makan yang sedap untuk kita nikmati minum petang pula ( mana tau sahabat semua singgah di Seremban belah petang kan hihihhih) . Cuma yang peliknya, walaupun lokasinya di Seremban tetapi ia bukanlah makanan dari Seremban. Ia diimport dari Kuala Kangsar, Perak. Tempat makan yang saya maksudkan adalah Gerai Popia Kuala Kangsar. Menu utamanya adalah popia itu sendiri yang agak besar dan ia mungkin berasal dari Kuala Kangsar ( atau mungkin pengusahanya berasal dari Kuala Kangsar ?) Persoalannya, dimana letaknya Gerai Popia Kuala Kangsar ini dan bagaimana mahu ke sana? Ia terletak di Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ( gelanggang utama untuk Skuad bolasepak Negeri Sembilan ya). Tidak susah mahu kesini. Kalian hanya perlu memasuki bandar Seremban, dari teruskan memandu ke arah Kuala Pilah. Ia terletak di Jalan Seremban - Kuala Pilah dan lokasinya di sebelah kiri jika kita datang dari arah Seremban. Jika dari Lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu ambil susur keluar Senawang, dan teruskan ambil Jalan Senawang menuju ke Kuala Pilah. Jadi, jom kita lihat apa yang ada di Gerai Popia Kuala Kangsar ini.
Sedikit suasana di gerai ini. Pada masa ini, jam menunjukkan sekitar jam 3.30 petang. Kebiasannya, pelanggan akan ramai tiba pada jam 4.00 petang dan ke atas. Datang awal, orang tak berapa ramai kan.
Cendol juga terdapat disini. Walau bagaimanapun, ia agak kurang menarik kerana tidak banyak lauk pauknya. Hanya cendol semata-mata. Kalau letak kacang merah atau jagung, mungkin lebih meriah. Jadi, kepada sahabat yang berkira-kira untuk berkunjung ke Seremban, bolehlah singgah sebentar menikmati minum petang di Gerai Popia Kuala Kangsar ini. Pasti sahabat tidak dapat melupakan tahap kesedapannya kelak. InsyaAllah.... |
You are subscribed to email updates from di seremban - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan