Rabu, 8 Februari 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Membina Rumah Orang Tua <b>di Negeri Sembilan</b> bukan <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 08:31 AM PST

RANTAU, 20 Jan. – Tujuh Persatuan Cina di Kawasan DUN Rantau hari ini berjaya mengumpulkan dua ribu warga emas yang mendiami perkampungan Cina di sekitarnya.

Kehadiran mereka adalah bagi meraikan Sambutan Tahun Baru Cina 2012 bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan yang juga ADUN Rantau.

Majlis ini di adakah di Dewan Orang Ramai Rantau pada pukul 3.30 petang tadi.

Warga emas ini bukan sahaja mendapat satu kotak buah limau dan hamper, malah Menteri Besar melalui peruntukan Kerajaan Negeri juga menghulurkan angpau kepada seramai dua ratus orang warga emas berbangsa Cina.

Di dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyerahkan baucer BR1M kepada seratus lapan puluh orang warga emas.

Baucer itu boleh ditunaikan di kaunter sementara bank yang di sediakan.

Di dalam ucapan Menteri Besar, beliau tidak menyangka kehadiran yang begitu ramai warga emas dari bangsa Cina dan kebanyakan daripada mereka itu di kenali keluarga beliau sejak dari dulu lagi.

Menteri Besar juga mengingatkan kepada anak yang sudah berjaya di dalam karier masing-masing agar selalu menjenguk ibu bapa di kampung.

Jasa-jasa warga emas ini seiring dengan kemajuan dan pembangunan yang dikecapi oleh Negara sejak Malaysia mendapat kemerdekaan 54 tahun lalu.

Menurut Menteri Besar lagi, Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat untuk membina Rumah Orang Tua di Negeri Sembilan, kerana ianya akan menjauhkan diri anak-anak terhadap ibu bapa.

Adalah wajar, anak-anak yang sudah bekerja dan berjaya pulang ke kampung melihat ibu bapa masing-masing.

Katanya lagi, tanpa warga emas hari ini, belum tentu kita mampu menjadi Malaysia yang dikenali di mata dunia.

Menteri Besar turut menyumbangkan RM5,000 kepada tujuh persatuan bangsa Cina di DUN Rantau.

En Hasnol Mohamed, Tuan Pegawai Daerah Seremban turut hadir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads