Rabu, 8 Februari 2012

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Siswa Kolej Swasta Mati Lemas <b>di Port Dickson</b> | Gazebodaily

Posted: 14 Jan 2012 05:35 PM PST

Port Dickson, 15 Jan : Seorang penuntut kolej swasta ditemui lemas selepas terjun ke laut bersama beberapa rakannya dari sebuah jambatan di Pantai Cahaya Negeri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang datang ke pantai itu bersama lima rakannya, dikatakan hilang selepas terjun ke dalam air dan mayatnya ditemui tidak jauh dari kawasan itu tiga jam kemudian.

Rakan mangsa, N Nesaraja, 20, berkata Nazaruddin terjun ke dalam air selepas melihat seorang rakan mereka yang terlebih dulu berbuat demikian berjaya berenang semula ke pantai, yang terletak 30 meter dari situ.

"Saya cuba menghalangnya, namun tak berhasil dan tidak sedap hati apabila dia tidak timbul," katanya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri, Penguasa Bomba Ahmad Nizam Sapaiee, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.02 pagi dan sepasukan anggota, termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dihantar ke lokasi kejadian.

"Mangsa ditemui jam 12.10 tengah hari dan didapati sudah meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. – GZDaily

Berita Lain:

Berita Pilihan

Short URL: http://gazebodaily.net/?p=5363

Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah <b>Di Port Dickson</b> - MyNewsHub

Posted: 14 Jan 2012 03:30 AM PST

PORT DICKSON – Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Nizam Sapaiee, berkata bilik gerakan bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan itu jam 9.02 pagi.

"Kita kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi mencari kemudian diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang. Kemalangan itu berlaku ketika air laut sedang pasang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh, berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

"Mangsa datang dari Petaling Jaya bersama empat rakannya lelakinya untuk bercuti, selain dua rakan perempuan dari Seremban. Kesemua mereka adalah rakan sekolej," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Iklan Teks:

Resort <b>di Port Dickson</b>|Great Teacher Onizuka

Posted: 04 Feb 2012 02:07 AM PST

Alhamdulillah, syarikat memiliki Resort Persendirian di Port Dickson. Kena masuk ballot, kalau ada rezeki, dapatla. Itupun sekali setahun sekali je boleh masuk ballot. So, semasa Percutian di Port Dickson bulan lepas, dapatla menginap di resort yang disediakan syarikat. 2 bilik hanyalah RM40. Berbaloi-baloi kan benefit yang disediakan syarikat eyriqazz ni kan? 
Lokasinya yang terletak tidak jauh dari PNB Ilham Resort dan tak jauh dari Tanjung Biru/Teluk Kemang
Resort syarikat di Port Dickson
On the way, bolehla terserempak dengan monyet-monyet
Dah sampai pun. This time ambil yang paling bawah. Ground Floor. 2 Bilik
Salah satu bilik. Satu bilik katil single 2, satu lagi katil queen
Mama, Alisya nak tidur sini boleh?
Ruang Makan. Dapur turut disediakan dengan peralatan memasak dan juga pinggan mangkuk
Nak Masak apa ya? Kalau mak mertua mesti nak memasak di sini
Laptop dan eyriqazz ,tak dapat dipisah..Blogger tegar la katakan

Bilik Mandi
Overall, memang puas hati dengan kemudahan resort yang disediakan syarikat di Port Dickson ini. Hargapun berpatutan, cuma kebarangkalian nak dapattu agak susahla. Tapi, bila dah dapat memang berbaloi-baloi.
Bercuti di Port Dickson gembira hati
Resort syarikat murah dan selesa sekali
Percutian sebegini dinanti-nanti
Merehatkan minda dan fikiran ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads