Jumaat, 3 Februari 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Mangsa banjir Kg. Baru <b>Sikamat</b> diminta beri kerjasama | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:11 AM PST

SIKAMAT : 3 Feb. – Kejadian banjir yang berlaku semalam bukanlah 100 peratus datangnya dari masalah infrastruktur tetapi berlakunya banjir adalah disebabkan oleh hujan yang turun terlampau lebat di kawasan ini.

Keadaan anak longkang juga tidak diuruskan dengan baik dan apabila air hujan turun dengan lebatnya, saluran atau longkang yang sedia ada tidak dapat menampung air hujan dan ini mengakibatkan banjir.

Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan selepas membuat lawatan ke kawasan banjir di Kampung Baru Sikamat, dekat sini, hari ini.

Beliau amat memahami keadaan dan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini yang telah mengalami banjir sejak 20 tahun yang lalu.

"Kita akan cuba meminta sedikit belanjawan dari Kerajaan Pusat untuk pastikan sungai dapat diselenggara dengan baik dan pembinaan jambatan baru akan dibina.

Namun, diharap kepimpinan di kawasan ini boleh meyakinkan penduduk supaya mereka boleh berkorban untuk merobohkan bangunan-bangunan tambahan yang berada berdekatan sungai dan diharap juga semua pihak memberikan kerjasama,"jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Kampung Kg. Baru Sikamat, En. Wong Phui Kan berkata, terdapat 18 buah rumah yang terlibat dengan banjir yang berlaku semalam dan di jangkakan air telah naik ke paras tiga kaki.

Beliau amat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana sudi melawat kawasan yang telah mengalami banjir  semalam.

"Saya akan bermesyuarat dan berbincang bersama penduduk di sini mengenai cadangan yang diberikan oleh Menteri Besar dan diharap semua penduduk dapat memberikan bekerjasama untuk memperbaiki sungai ini," kata beliau.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads