Jumaat, 3 Februari 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Guru Tuisyen Dikehendaki <b>di Mambau</b> | Malaysia Job & Career

Posted: 01 Nov 2011 01:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mambau, Negeri Sembilan – Advertising and such is forbidden and will be traced. Pemasaran dan lain-lain adalah dilarang dan akan dijejak. NEVER pay in advance to a seller you don't know. JANGAN membuat bayaran ...

ADUN <b>Mambau</b> Meroyan minta MB minta maaf Dalam sidang DUN <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2011 05:15 PM PST

[unable to retrieve full-text content]ADUN Mambau Meroyan minta MB minta maaf Dalam sidang DUN??? Kedangkalan pemikiran ADUN pembangkang di lihat seolah olah jumud kerana mencari perkara yang remeh untuk diperbincangkan dan sukar memahami apa hasrat ...

Menteri Besar <b>di</b> Karnival Chin Woo 2011 dan sambutan Hari Raya <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 01:30 AM PDT

SEREMBAN, 18 September –  Menteri Besar Negeri Sembilan,  Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan begitu perihatin  terhadap rakyat yang berbilang bangsa dan beliau sering menjadikan ianya sebagai satu  keutamaan yang bersesuaian dengan konsep Gagasan 1 Malaysia.

Hari ini beliau telah memenuhi undangan Persatuan Chin Woo di dalam satu Majlis Karnival Chin Woo 2011 yang di adakan di Dewan Chin Woo, Seremban di atas jemputan En Chong Kim Fatt selaku Pengerusi Persatuan Chin Woo Negeri Sembilan.

Beliau amat berbesar hati menghadiri  Karnival berkenaan dan kagum dengan semangat Persatuan Cina yang wujud sejak 1922 yang begitu berdisplin dan mempunyai nilai-nilai positif wujud dalam pentadbiran Persatuan.

Beliau yakin dan percaya, dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak persatuan ini untuk ahlinya terutama kepada sukan Wushu akan menjadikan persatuan  semakin progresif dan berpandangan jauh.

Persatuan Chin Woo Negeri Sembilan juga telah membuktikan kesungguhan itu dengan adanya Pelan Pembangunan 10 tahun di hadapan.

Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri Sembilan  berbesar hati menyumbangkan RM50,000.00 untuk tujuan baik pulih Dewan Serbaguna yang sedia ada sekarang.

Dato' Seri Utama Haji  Mohamad Haji Hasan juga turut disajikan dengan persembahan gendang, tarian singa dan persembahan Wushu oleh atlet SUKMA Negeri Sembilan yang berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan.

Majlis turut dihadiri oleh En Lau Chee Boon, Pengerusi Persatuan Cina Negeri Sembilan.

MAMBAU, 18 September –

Sementarai itu pada sebelah tengah hari nya pula ,  Menteri Besar telah meluangkan masanya menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Merdeka Raya anjuran Penduduk Taman Kelab Tunku, Mambau.

Beliau  menyeru hadirin yang hadir pada majlis ini agar bersyukur dengan kenikmatan yang dirasai sebagai penduduk Malaysia dan insafi lah apa yang sedang berlaku di negara yang sedang bergolak.

Katanya lagi , sambutan Perayaan secara berkembar ini jarang berlaku dan beliau berharap masyarakat   berbilang bangsa ini seharusnya menjaga perpaduan dan kenikmatan yang dirasai hasil dari perjuangan nenek moyang mereka dahulu.

"Dari tanah yang subur, kita semai dengan baja yang baik dan kita jaga sehingga menjadi pokok yang besar dan kita perlulah  bersatu bagi menjaga pokok yang besar ini  agar tidak dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang mahu melihat negara kita hancur dan mahu melihat  kita bertelagah yang akan  memberi kerugian  pewaris kita di masa akan datang." ujar beliau lagi.

Beliau  akan membangunkan Negeri Sembilan dan mengajak rakyat Negeri Sembilan  bersama-sama dengannya   memberi kan mandat kepada Barisan Nasional di pilihan raya umum akan datang.

Kehadiran Menteri Besar di Majlis ini di sambut oleh hampir dua ribu  orang  masyarakat sekitar memenuhi perkarangan Dewan Orang Ramai berkenaan.

Turut hadir di majlis ini ialah Dato' Ab Ghani Haji Hasan, Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Rantau.

Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Majlis Perasmian Pesta gourment Ching Woo 2011:

Gambar Lain Klik Disini:www.n9kini.fotopages.com

Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan hari Raya di DEWAN ORANG RAMAI TAMAN KELAB TUANKU MAMBAU.

Gambar Lain Klik Disini:www.n9kini.fotopages.com

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads