05 di rasah - Google Blog Search |
- Berbuka <b>di</b> Kem <b>Rasah</b> Erat Perhubungan | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>
- ABU SOFEYA: Sedang saei tiba-tiba datang haidh dalam keadaan <b>...</b>
- POLITIK PKR <b>DI</b> KAMPUNG KU SOGO BUKAN PERJUANGAN TAPI <b>...</b>
Berbuka <b>di</b> Kem <b>Rasah</b> Erat Perhubungan | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b> Posted: 19 Aug 2010 08:47 AM PDT RASAH, 19 Ogos – Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Kem Angkatan Tentera Darat Malaysia di Rasah memberi peluang kepada kesemua anggota keselamatan negara itu untuk mengeratkan ikatan sesama anggota disamping beramah mesra bersama-sama Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan. Majlis yang diadakan itu juga turut dihadiri dari pelbagai unit dan kem di seluruh negeri antaranya dari Kem Senawang, Kem Sikamat, Kem Port Dickson dan banyak lagi. Menurut salah seorang anggota yang hadir, Beliau yang mewakili Kem Senawang berkata, majlis berbuka sebegini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anggota untuk bersuai kenal disamping berkongsi pengalaman masing-masing. Sementara itu, YAB Menteri Besar N.,Sembilan mengambil peluang untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawikh bersama-sama Pegawai Tentera dan anggota yang lain. Full content generated by Get Full RSS. |
ABU SOFEYA: Sedang saei tiba-tiba datang haidh dalam keadaan <b>...</b> Posted: 28 Jan 2012 07:17 PM PST Setelah menyampaikan kursus umrah di pejabat KRS Lavender Height semalam, saya di datangi seorang wanita pertengahan 30 an bertanya soalan berikut : "Maaf ustaz … saya nak tanya soalan, katakanlah seorang wanita berniat umrah di miqat dengan bersyarat, jika aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak (haidh), maka bertahallulah aku ketika itu kerana Allah Taala. Tiba-tiba masa saei pada pusingan ketiga dia datang haidh, adakah dia kena berhenti serta merta dan bertahallul, sedangkan saei tidak disyaratkan mesti suci daripada haidh ? " "Kenapa Puan tak tanya saya semasa kursus tadi?", respon saya. Ketika itu saya sudah bersiap mahu pulang. Manakala En. Azmi 'orang kuat KRS' sedang menunggu saya ditangga bangunan bersama sampul 'Angpow' di tangannya. Saya melihat jam di hanphone, sudah pukul 12.20 tengahari. Saya berjanji dengan isteri dan anak-anak untuk membawa mereka makan tengahari di majlis kenduri perkahwinan di Rasah Jaya. Tentu mereka sedang lapar dan tertunggu-tunggu kepulangan saya di rumah. "Ala.. tadi memang nak tanya, tapi rasa malu pulak depan orang ramai", katanya. Ya, memang saya akui wanita ada perasaan malu-malu untuk bertanya apatah lagi hal-hal kewanitaan seperti itu. Tetapi ada juga wanita yang tidak tahu malu bertanya soalan sensitif ketika saya sedang menikmati makan tengahari dengan kawan-kawan di sekolah. "Ustaz kalau kita 'bersama' dengan suami tapi tidak keluar air mani perlukah kita mandi wajib? he….he…he", soal wanita ini sambil ketawa. Hampir-hampir tersembur makanan yang ada di mulut saya ketika itu. "Ceh ! umur pun dah separuh abad, anak-anak dah besar panjang, bakal bergelar nenek .., masih tak tahu hal-hal yang asas seperti itu", saya menahan kemarahan apabila fokus makan tengahari terganggu. Baiklah, kembali kepada soalan wanita tadi tentang masalah haidh dalam keadaan sudah berniat umrah bersyarat. Sambil berjalan saya menjawab ringkas, "Ok, walaupun saei tidak disyaratkan mesti suci daripada haidh, tetapi perempuan itu wajib berhenti mengerjakan saeinya di pusingan ketiga (di mana dia di datangi haidh), kerana sebelumnya dia sudah berniat umrah dengan bersyarat. Dia juga wajib mengqadak semula umrahnya di masa akan datang". "Terima kasih ustaz", kata wanita ini seakan-akan tahu yang saya sedang mengejar masa. "Sama-sama", jawab saya. Full content generated by Get Full RSS. |
POLITIK PKR <b>DI</b> KAMPUNG KU SOGO BUKAN PERJUANGAN TAPI <b>...</b> Posted: 30 Dec 2011 07:28 PM PST [unable to retrieve full-text content]Ibu juga sakit dan kini terpaksa tinggal di rumah adik ku di Rasah Kemayan. Tinggal lah adik ipar aku. dulu PAS kemudian masuk BN. Nak bertanding ketua pemuda BN , gelojoh sangat, pencalonan pun tak dapat. Akal pedik , aku kurang sikit ... |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan