Isnin, 3 Oktober 2011

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Pukul Md Sabu 6 Okt 2011 <b>di Rembau</b>

Posted: 29 Sep 2011 02:00 PM PDT

Oleh: amkns

"

Siapa Pengkhianat Bangsa? Siapa Perasuah Negara? Ikut secara langsung ceramah dari Tokoh Kontroversi Negara dan Negeri Sembilan bersama Abang Mad (Mohd Sabu), Chegubard selaku Pengerusi SAMM, YB Hj Taufek Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan Ustaz Nor Azman Mohamad merupakan Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban yang dipecat.

Mereka semua ini akan berceramah di Parlimen Rembau pada jam 9 malam hari Khamis 6 Oktober 2011 di Parlimen Rembau.

Di mana? Adakah di DUN Paroi, DUN Chembong, DUN Rantau atau DUN Kota?

Ikuti perkembangan terkini ceramah ini di blog Rembau Hari ini di
http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Untuk sebarang sumbangan terutamanya pengawal keselamatan tidak bersenjata, kain pembalut luka, ubat cuci luka, ubat tahan sakit, pengusung dan sebarang peralatan perubatan adalah amat-amat dialukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun atas nama PAS Kawasan Rembau,

Bank Islam (Cawangan Seremban), No akaun : 05-012-01-007334-7

Untuk pertanyaan sila hubungi Penolong Ketua Penerangan PAS Rembau, Panglima Nazri di 012-6775537 atau Setiausaha PKR Cabang Rembau, Mahaguru Azizi di 017-6664084."

Gambar Anwar Ibrahim kena bakar <b>di Rembau</b>

Posted: 10 Jan 2011 12:00 AM PST

Kempen Pilihanraya Parlimen Rembau semasa PRU ke 12 adalah yang terburuk, terganas dalam sejarah Pilihanraya Umum di Negeri Sembilan. Pada 6 Mac 2008 sebuah papan iklan kempen pilihanraya PKR Rembau yang memaparkan gambar Anwar Ibrahim telah dibakar yang terletak di jalan utama Senawang - Pilah berhadapan Hypermarket Giant dan Taman Rasa Sayang.

Begitu banyak papan iklan, kain rentang yang lesap yang di pasang sekitar Parlimen Rembau iaitu di DUN Paroi, DUN Chembong, DUN Rantau dan DUN Kota.

Untuk mengenang kembali nostalgia keganasan kempen PRU ke 12 dan gambar sepanduk besar gambar Anwar Ibrahim yang dibakar sila ke pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/03/sepanduk-gambar-anwar-dibakar-di-rembau.html

Begitu banyak janji manis umpama menanam tebu di tepi bibir yang ditaburkan semasa kempen PRU-12.

Yang masih pengundi Rembau hingga ke saat ini ialah pembinaan Hospital Rembau dimana acara perletakan batu asasnya dilakukan dengan besar-besaran pada 7 Mac 2008, tetapi kini setelah lebih 3 tahun , hingga ke saat ini 1 Oktober 2011, batu asas Hospital Rembau hanya tinggal batu asas. Tak percaya sila ke pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Bukan setakat Hospital Rembau dijanjikan, malahan Landasan Terbang turut dijanjikan di Batu Hampar , Rembau. Tapi hingga ke saat ini, bayang-bayang Landasan Terbang pun belum lagi kelihatan. Tak percaya juga, fitnah ke? Tak percaya sila baca laporan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Tunggu kejap. Ada lagi yang dijanjikan kepada orang Rembau, iaitu kampus UiTM akan didirikan di Rembau. Fitnah lagi ke ni? Pembohong ke PAS dan PKR di Rembau ni? Tak percaya lagi? Baca laporan berikut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/06/siapa-yang-janji-nak-bina-uitm-di.html

Tak lama lagi PRU-13, kita tunggu lah saja apa pula yang akan dijanjikan kepada pengundi Rembau selepas ini serta buatlah penilaian sendiri siapa yang suka menabur bermacam janji tetapi tidak ditunaikan, siapa yang pembohong, siapa yang suka memfitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads