05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search |
MAZHA 2010: Ala "<b>Nilai</b> 3" <b>di</b> Seri Iskandar, Perak Posted: 02 Oct 2011 11:11 PM PDT Bandar Seri Iskandar yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Ipoh, bakal menjadi pusat membeli belah ala "Nilai 3" di Negeri Sembilan apabila pembangunan sebuah pusat jualan borong bernilai kira-kira RM200 juta dibangunkan di situ. Projek berkenaan akan dimajukan secara usahasama antara Syarikat Setia Awan Holdings dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di tapak seluas kira-kira 19.2hektar. Pengarah Syarikat Setia Awan Holdings, Marcus Doh berkata kompleks itu akan melibatkan pembinaan 222 unit kedai yang merupakan sebahagian daripada projek Seri Iskandar Business Centre. "Pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2012 dan bakal meletakkan Perak sebagai pusat jualan borong bagi Zon Utara selain menyediakan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Daerah Perak Tengah. "Kami menjangkakan dapat menarik kira-kira tiga juta pelancong tempatan ke pusat ini termasuk dari negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Kedah," katanya selepas menandatangi perjanjian persefahaman antara syarikatnya dan Persatuan Peniaga Nilai 3 di Ipoh, baru-baru ini. Persatuan berkenaan diwakili pengerusinya Dr Tee Boon Thiam dan majlis berkenaan disaksikan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir. Marcus berkata keputusan memilih Seri Iskandar dibuat kerana kedudukan yang strategik dan berdasarkan pertumbuhan pembangunan ekonomi sekitar dan juga seluruh negeri yang baik dan dijangka berkembang pesat. Sementara itu, Dato' Seri Dr Zambry berkata projek yang membabitkan kerjasama sektor swasta itu bakal memberi nilai dan tarikan baru kepada Daerah Perak Tengah, khususnya Seri Iskandar. "Projek ini dibangunkan sepenuhnya oleh sektor swasta dan kita di pihak kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat yang boleh memberi nilai tambah kepada kawasan sedia ada," katanya. Seri Iskandar juga terkenal sebagai sebuah bandar universiti kerana menempatkan Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA. |
JJCM Bersama Serina Redzuan <b>di</b>~Ayam Golek Dara,<b>Nilai</b>,<b>Negeri</b> <b>...</b> Posted: 29 Jul 2011 06:47 AM PDT Golek kiri golek kanan Nak separuh boleh,seekor boleh.Nak semua?Meletup kang perut! Hah meh sini nak cerita lokasi JJCM bersama Serina.Dia dan krew JJCM datang sini pada tahun lepas,hari yang sama diorang pergi Ice Room Nilai.Tempat ni memang femes nak2 lagi masa bulan Ramadan,terbayang-bayang Ayam Golek Dara tiap kali cari idea,nak berbuka beli apa. Diorang datang pada 23/2/2010 Apa yang ada di sini hinggakan JJCM pun singgah? Sudah tentulah Ayam Golek Dara yang sedap sekali.Terasa perapan bawang2,halia,serai,madu dan lain2 lagilah Kuah cecah yang membangkitkan selera Semua pelanggan cukup suka makan ayam dengan nasi lemak. Suka sambal ikan bilis ni sedap,banyak bawang dan hish sukalah! Di sini ada juga Sate Negeri,tapi hari ni kitorang nak layan ayam je nyummm....nyum..... Taraaaa......inilah kedainya! Terletak di tepi jalan Nilai-Seremban.Selalu penduduk di Nilai/Salak Tinggi nak pergi Seremban/Seremban 2,suka ikut jalan lama.Mesti akan lalu kedai ni. Brother ni sibuk betul hari ni.Pelanggan datang tanpa henti.Ada juga yang tempah sedari awal untuk majlis kenduri sebanyak 25 ekor.Tu takpe lagi,kite baca kat satu board tempat catit 'booking',ada yang dari KL order 120 ekor untuk kenduri tahlil. Ramai yang balik kerja terus singgah makan di sini.Meja hujung tu betul2 1 Malaysia,bos diorang cina,staff dia melayu dan india pun ada.Meja banyak,tempat makan luas,parking ada kat dalam tapi terhad.Ada yang suka parking kat luar kalau setakat nak 'take away'. Ni beratur bagi yang nak 'take away'.Bagi yang nak makan kat sini,korang tunggu je nanti pekerja datang ambil order. Ni peta di business card yang kite ambil.Kot sesat korang tanya jelah penduduk area sini.Tak pun telefon jelah no yang tertera di; Klik untuk tumbesaran sihat Kedai ini beroperasi dari pukul 5.30 petang sebaik sahaja ayam berjaya digolekkan dengan jayanya.Pada bulan Ramadan pula,ia dibuka seawal 4.30 petang.Apalagi jom support produk tempatan dan berbuka puasa dengan AYAM GOLEK DARA~Nilai.Jumpa lagi di lain entri.Assalammualaikum....... |
You are subscribed to email updates from di nilai negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan