Sabtu, 3 September 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Gangguan bekalan air <b>di</b> daerah <b>Seremban</b> esok

Posted: 17 Aug 2011 01:34 AM PDT


SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air esok, menurut Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Azlan Abdul Aziz.
Beliau berkata gangguan selama lapan jam itu dijangka bermula jam 9 pagi berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap dan meter alir di Kolam Imbangan Paroi-Senawang. 
"Kawasan terlibat ialah kawasan industri Tuanku Jaafar, Light Industri Senawang, Taman Guru, Sri Mawar, Senawang Industri, Taman Marida, Taman Sea, Taman Sri Kasih, Sri Kamban, Taman Lily, Taman Cempaka Selatan, Taman Bukit Emas dan Senawang Jaya.

"Selain itu, Taman Merpati, Taman Kemuning, Taman Forest Heigth, Taman Desa Orkid, Alamanda, Sri Pagi, Taman Dahlia, Matahari Height, Desa Ixora, Taman Teratai, Taman Satria, Taman Melor, Senawang Commercial Park, Taman Tuanku Najihah, Taman Nuri Indah, Taman Blossom, Taman Tok Ungku, Sg. Gadut Industrial Estate dan Seremban Selatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Sementara itu, katanya gangguan selama lapan jam mulai jam 10 pagi esok di seluruh kawasan Industri Senawang adalah berikutan kerja-kerja baikpulih dan penggantian injap serta flowmeter Syarikat Hatimuda Sdn Bhd di kawasan Industri Senawang.


Azlan berkata bekalan air akan disambung kembali selepas waktu yang dinyatakan dan ia dijangka pulih secara berperingkat, namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh kesan pembaikan yang lebih lama.

"Kerja-kerja baik pulih dan penggantian injap dan meter alir ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non-Revenue Water. Disamping itu, kerja-kerja ini dilaksanakan bagi menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Katanya SAINS akan sedaya upaya mendapatkan sumber bekalan alternatif agar kawasan gangguan dapat dikurangkan.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama


sumber : metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads