Isnin, 19 September 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Censerve Team Performance Review Workshop <b>di Port Dickson</b>

Posted: 06 May 2011 12:37 AM PDT

Alhamdulillah, pada 6 hingga 8 Mei 2011 yang lalu, QYC telah pun menghantar 3 orang wakil iaitu Bro. Fauzul Fahmi merangkap Presiden QYC, Sr. Ummi Syahida selaku Vice President QYC dan juga Sustra sebagai alumni QYC untuk menghadiri "CENSERVE Team Performance Review Workshop" anjuran CENSERVE.

Program ini merupakan rentetan program yang telah pun diadakan di Bagan Lalang pada bulan Januari lalu. Kini, keseluruhan kelab yang bernaung di bawah payung CENSERVE berkampung selama 3 hari di Hotel Seri Malaysia untuk membentangkan balance score card, action plan dan future plan setiap kelab.

Selain itu, setiap kelab juga di dedahkan tentang Overview on Club Performance oleh Madam Martinelli Hashim dan Performance of Clubs oleh Bro. Mohd Khairulzain Abdul Rahman. Melalui kedua-dua slot ini, setiap kelab dapat memerhati perkembangan dan kemajuan kelab mereka beserta perbelanjaan yang telah digunakan setakat bulan April 2011.

Tambahan pula, melalui pembentangan balance score card, action plan dan future plan, setiap kelab dapat belajar dari kesilapan dan kekurangan dalam menghasilkan balance score card dengan betul. Fakta angka mestilah tepat dan bukan anggaran. Analisis sama ada program yang dijalankan mengikut almanak kelab atau tidak dan berapa perbelanjaan yang digunakan. Setiap kelab juga harus memahami bahawasanya CENSERVE telah membahagikan dana yang mencukupi untuk setiap kelab mengikut aspek mentoring, orang asli, anak-anak yatim dan orang kurang upaya.

Melalui 11 kelab yang menghadiri review workshop ini iaitu QYC, JKQ, Gemilang, Inspire, AKHI, STEADFAST, COMRADE, JASA, Titian Asli, SENDI dan Caring Club terdapat keunikan masing-masing dalam cara pentabdiran. Setiap kelab dapat belajar tentang modul yang digunakan oleh kelab lain dalam menjalankan aktiviti mereka. Bukan itu sahaja, setiap pemimpin juga menunjukkan cara yang berbeza dalam sistem pengurusan, cara penyimpanan rekod dan prinsip pegangan mereka. Menariknya, walaupun setiap kelab mempunyai kumpulan sasaran yang berlainan tetapi itu bukanlah satu alasan untuk mementingkan hal kelab sendiri sahaja. Setiap kelab mempunyai semangat yang tinggi untuk bekerjasama menangani kepincangan kelab lain.

Sempat juga dibincangkan tentang program terbesar CENSERVE seperti Humanitarian Carnival, RESILIA, Seminar Pengurusan Anak Yatim dan Social Enterpreneurship Competition.

Semoga ukhuwah antara CENSERVEians yang selama ini terjalin akan terus diredhai ALLAH.

Binalah Sifat Krikital, Bukan Mengkritik!

Syabas diucapkan kepada CENSERVE dan para pemimpin kelab!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads