05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search |
IPU sederhana dicatat <b>di</b> beberapa kawasan <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b> Posted: 12 Sep 2011 02:36 PM PDT SEREMBAN 12 Sept. - Beberapa kawasan di sekitar daerah Seremban, Nilai dan Port Dickson masih lagi dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 64 hingga 86 hari ini. ''Manakala bagi bacaan IPU di Nilai pula, ia sekitar 83 pada pukul 7 pagi sebelum meningkat kepada 86 pada pukul 11 pagi. ''Sementara di Port Dickson pula ketika ini, IPU yang dicatatkan adalah 86 pada pukul 7 pagi dan ia masih kekal sehingga tengah hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Mogan, keadaan jerebu di negeri ini dilaporkan semakin pulih hari ini dengan bacaan IPU yang dicatatkan secara purata lebih baik berbanding tiga hari lepas. Namun, katanya, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan oleh orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan mengelak daripada melakukan pembakaran secara terbuka. Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sedang melakukan pemantauan dengan memastikan tiada pihak melakukan pembakaran terbuka dan industri tidak mengeluarkan asap berlebihan. Sementara itu di Melaka, kualiti udara di kawasan Bukit Rambai dan pusat bandar Melaka tidak banyak mencatatkan perubahan hari ini berbanding semalam apabila IPU direkodkan kekal pada tahap sederhana iaitu antara 68 dan 85. Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, sehingga pukul 11 pagi, IPU bandar Melaka berada pada tahap 69, manakala Bukit Rambai IPU dicatatkan agak tinggi iaitu 85. Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya. Sumber: Utusan |
You are subscribed to email updates from di nilai negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan