05 di paroi - Google Blog Search |
Merai 1 Syawal 2011M/1432H <b>di</b> Pulai Impian « Ini Keluargaku Posted: 30 Aug 2011 09:52 PM PDT
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallah Minna wa Minkum. Kullu Aam wa Antum bi Khair. Pagi tadi Baba, Mama sekeluarga telah bersiap awal dan membawa Atok untuk solat Raya di Masjid Paroi Jaya, Seremban,
Sebelum Solat Raya bermula, Baba sempat menghabiskan bungkusan makanan derma untuk orang miskin, kepada beberapa orang peminta sedekah yang duduk dipintu pagar Masjid Paroi Jaya. Kebetulan ada 6 bungkus yang masih berbaki dibelakang but kereta.
Alhamdulillah ramai masyarakat yang turun solat di Paroi Jaya termasuk kaum wanita. Ini menunjukkan kesedaran Islam semakin baik. Cuma Baba rasa jika terus ditanam kesedaran bahawa Solat Raya ini perlu dihadiri oleh semua orang, termasuk wanita-wanita yang haid dan kanak-kanak, lebih ramai akan hadir dan akan melimpah ke seluruh halaman Masjid. Ini adalah kerana Taman Paroi Jaya adalah salah sebuah taman yang terbesar di Seremban. InsyaAllah, Baba akan gunakan sebaik kesempatah Hadith Thulathak (Kuliah Selasa) Baba di Masjid berkenaan nanti untuk menyemai kefahaman dan kesedaran tersebut.
Selepas Solat Raya, tanpa berlengah masa, Baba, Mama dan anak-anak terus berkejar balik ke rumah untuk buat persiapa Raya terutama rumah Atok Uwan kerana pastinya adik beradik Baba akan datang beraya ke sana, seperti yang berlaku setiap tahun. Baba sentiasa berdoa dan berharap agar adik beradik Baba bersama keluarga masing-masing sentiasa dapat berkumpul dan menguatkan Silaturrahim sesama kami tidak lain tidak bukan supaya kami dapat melaksanakan perintah Allah swt supaya manjaga hubungan Silaturrahim ini, kedua supaya dengan kami berkumpul bersama-sama beramai-ramai, dapat menggembirakan hati Atok dan Uwan dan yang ketiga supaya dapat kiranya semasa bertemu itu sedikit sebanyak Dakwah Islam akan sampai kepada mereka, jika tidak melalui tazkirah dan nasihat (yang agak sukar dikesempatan sebegitu), maka melalui pergaulan dan contoh teladan yang kita sekeluarga tunjukkan.
Syukur alhamdulillah, semua adik beradik Baba dapat hadir berkunjung ke rumah Atok Uwan yang lebih syukur lagi kami semua berkumpul dalam masa yang sama semuanya. Ini taufiq dari Allah swt. Dengan ini semua yang Baba harapkan diatas dapat dilaksanakan, alhamdulillah. Tambahan dari itu, sessi foto dapat dijalankan dengan jayanya. Moga Allah swt menambah keberkatan dari usaha-usaha kita yang ikhlas. Filed under: Uncategorized |
You are subscribed to email updates from di paroi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan