Ahad, 28 Ogos 2011

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 25 'laluan panas' dikenal pasti

Posted: 27 Aug 2011 04:03 PM PDT

RASAH 27 Ogos – Sebanyak 25 'laluan panas' iaitu lokasi berlakunya kemalangan maut di negeri ini telah dikenal pasti oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri.

Pengerusinya, Datuk Ismail Lasim memberitahu, laluan itu meliputi tujuh buah daerah termasuk daerah ini selain Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

Jelasnya, antara lokasi yang berisiko di sekitar daerah itu dan Rembau meliputi Jalan Tampin-Seremban, Bandar Baru Nilai-Bulatan Salak Tinggi, Jalan Seremban-Labu-Nilai, Jalan Batang Benar-Taman Semarak, Kilometer (KM) 20-21 Jalan Seremban Tampin, KM 32-34 Jalan Seremban-Tampin, KM 39-42 Jalan Seremban-Tampin, KM 6-7 Jalan Pedas-Linggi, Jalan Lubok Cina-Linggi dan Jalan Lubuk China-Astana Raja.

Di Tampin pula ia melibatkan KM 1-3 Jalan Tampin-Seremban, KM 1-8 Jalan Tampin-Gemas, KM 14-18 Jalan Tampin-Gemas, KM 25-35 Jalan Tampin-Gemas, Jalan Pekan Gemencheh-Batang Melaka, Pekan Gemas-Sempadan Rompin, KM 2-16 Jalan Pantai Port Dickson, KM 2-13 Jalan Port Dickson-Seremban, KM 8-20 Jalan Port Dickson-Sepang.

Sementara di daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu pula, lokasi yang dikenal pasti ialah KM 0.5 Jalan Melang-Kuala Pilah, KM 4 Jalan Kuala Pilah-Tampin, KM 12-38 Jalan Bahau-Keratong, KM 14-22 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, KM 22.2 Jalan Seremban-Kuala Klawang dan KM 1-33 Jalan Kuala Klawang-Genting Press.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila melalui laluan berisiko itu selain lebih peka tentang aspek keselamatan berikutan peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya pada musim perayaan ini," katanya.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri berkata demikian pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ops Sikap ke-24 Hari Raya Aidilfitri di laluan keluar Tol Senawang dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Jalan Raya, Mohd. Rusdi Ismail; Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Junaidi Bujang dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Saiful Azzri Hamzah.

Ismail berharap orang ramai terus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan pada masa yang sama pasukan keselamatan akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi memantau keadaan lalu lintas sepanjang musim perayaan ini.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads