Isnin, 1 Ogos 2011

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Najib <b>di Port Dickson</b>, Ribut Melanda <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 11:02 PM PDT


Kebanyakan media cetak terutamanya yang ditunggangi UMNO hanya melaporkan berita ini ketika Najib berada di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan..

Antara laporan media tentang Najib ketika berada di Port Dickson itu ialah..


TELUK KEMANG 30 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. – Lidah Rasmi UMNO

Dan juga ini..

TELUK KEMANG 30 Julai - Lebih 20,000 orang menyaksikan majlis bersejarah Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Acara yang buat pertama kali diadakan itu membabitkan 984 pelatih konstabel polis dan 2,107 perajurit muda termasuk 194 anggota wanita di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Seramai 17 pegawai dan 45 anggota ATM serta tujuh pegawai kanan dan 18 anggota PDRM turut menjayakan perbarisan tamat latihan itu yang diketuai secara bersama oleh Mejar Rosman Mohd. Noh dari ATM dan Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong dari PDRM.

Tetapi.. kenapa tiada (mungkin aku tak jumpa) yang melaporkan tentang kejadian ribut yang melanda ketika Najib dan Rosmah berada di sana, Ribut telah melanda setelah Najib habis memberikan ucapan.

Dalam kejadian dua telah dilaporkan terbunuh didalam keretan kera dihempap pokok besar yang tumbang.Seorang bayi juga telah diterbangkan angin tetapi terselamat..

Apakah kejadian yang berlaku ini Suratan, Kebetulan atau BALA yang diturunkan Allah sebagai peringatan buat kita semua agar jangan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim???

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS. al-Hadid : 22)






Lagi gambar dan lebih banyak maklumat sila lihat di (SINI)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cik Azizah: Ribut <b>di Port Dickson</b> 30 Julai 2011 [Gambar]

Posted: 31 Jul 2011 05:53 AM PDT

setahu jijah tak pernah berlaku tragedi macamni sekitar Port Dickson selama jijah tinggal sini. Hujan lebat dan ribut kuat melanda semasa Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana Perajurit Muda dan Konstabel Polis di Kem Pusasda.

selepas  sahaja PM Najib merasmikan Majlis Perbarisan. terus ribut,hujan melanda. nasib baik PM kita tak mengalami apa-apa. banyak juga  kemusnahan berlaku ketika itu. jalan jammed. hospital mengisytiharkan bencana sedang berlaku.

kereta yang di letak di tepi jalan musnah di hempap pokok yang tumbang. signboard juga hancur.

bayangkan lepas je korang selesai melihat perbarisan nampak kereta korang jadi begini. sadisnya..
kereta habis di tenggelami air. kesiannya kalau orang yang datang dari jauh. macamner la dorang balik kan bila jadi begini. tapi bencana alam dugaan Allah.
paling teruk sekali berlaku. tak sangka betol sebab tak pernah-pernah berlaku di PD. tapi masa tu orang cakap air laut memang dah bergelora. dah la kami tinggal betol2 berhampiran dengan pantai. kalau TSUNAMI memang habis satu daerah Port Dickson. Nauzubilah.
banjir. habis kereta tenggelam. Ya Allah!!
hingga sekarang sekitar daerah Port Dickson mengalami masalah air. sebab di katakan tebing Sungai Linggi Port Dickson pecah! seksanya tak de air ni kan. ape tak boleh. 
Ya Allah berikan kami kekuatan menjelang bulan Ramadhan ni.

jangan lupa tinggalkan komen. kalau suka boleh SHARE dan LIKE untuk perkongsian ilmu. Sama-sama kita beramal

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads