Jumaat, 22 Julai 2011

05 di gemas - Google Blog Search

05 di gemas - Google Blog Search


Diari Hymni: Majlis Bersama Habib Yusuf <b>di Bahau</b>

Posted: 14 Jul 2011 08:57 AM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi Saya peluang untuk mengikuti majlis bersama Habib Yusuf pada 14 Julai 2011 bersamaan Hari Khamis di Masjid Jamek Bahau. Saya bersama beberapa pelajar tingkatan 5 dan majori pelajar Senawi 3 Maahad STAM.

Saya ke sana kerana dipelawa oleh Ustaz Nasir bagi membuat persembahan Madaih dan Qasidah. Syeikh memberi Tazkirah dan Ceramah mengenai Siapa kita sebenarnya terhadap Allah S.W.T. Majlis bermula selepas Solat Isyak.

Syeikh menyatakan bahawa kita ini adalah hamba sehamba-hambanya. Tidak layak bagi kita untuk menyatakan bahawa kita memiliki sesuatu perkara atau benda. Badan yang kita ada ini pun bukan milik kita, inikan pula perkara lain. Kita umpama mncri sifat yang Allah miliki yang tidak selayaknya kita gunakan dan ianya pasti ada hukuman. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kehambaannya kepada Allah dengan menerima dengan hati yang terbuka apabila diberi perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Kata-kata beliau diterjemahkan oleh Ustaz Nasir supaya dapat difahami oleh tetamu yang hadir. Majlis berlangsung selama 2 jam. Majlis selesai dengan jamuan dan bersurai. Kami sempat bergambar sebagai kenang-kenangan dan pengubat rindu kerana sudah lama tidak berjumpa dengan beliau. Beliau mengatakan bahawa beliau akan berada di Malaysia selama 6 bulan bermula pada bulan Syawal.

Majlis ini turut dihadiri oleh Syeikh Rohimuddin al-Bentani, anak Habib Yusuf, anak-anak murid Habib Yusuf dan beberapa orang guru Maahad.

Sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads