di negeri sembilan - Google Blog Search |
Kini <b>Negeri Sembilan</b> pula menjadi 'target <b>...</b> - 26 Melayu <b>Di</b> Raja Posted: 12 Jun 2011 04:13 PM PDT Pakatan Rakyat sedang mengintai peluang untuk memenangi kerusi-kerusi tambahan di Negeri Sembilan. Ketua Umum PKR, Anwar telah melakukan lawatan ke Negeri Sembilan untuk memperkuatkan usaha PKR menambah kerusi di dalam PRU yang akan datang ini. PAS juga jika mendapat kerusi tambahan PR Negeri Sembilan merasakan yang komponen PR akan berjaya memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Setakat ini BN sedang diwakili oleh 21 kerusi dan PR mempunyai 15 kerusi. Jika dibuat perkiraan PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk memenangi pilihanraya ini untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan. DAP hanya kalah di Chennah di dalam pilihanraya yang lalu tetapi memenangi kesemua 10 kerusi yang lain. PKR telah memenangi 4 kerusi dan PAS memenangi 1 kerusi. Jika kelima belas kerusi ini masih mampu dikekalkan oleh PR maka PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan 'simple majority'. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.DAP seperti juga di mana-mana kerusi di bandar-bandar parti itu tidak mempunyai masalah untuk memenanginya. Malahan Chennah yang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA akan jatuh ketangan DAP jika ada calun Melayu diletakan di kawasan itu. UMNO di kawasan ini juga berpecahan diantara Ketua Bahagian Rais Yatim dengan beberapa ADUN yang ada dalam kawasan itu. Rais di katakan tidak lagi mempunyai pengaruh seperti dahulu kerana orang Jelebu inginkan muka baru dalam pilihanraya yang akan datang ini. Banyak pemerhati politik yang menghubungi saya tetap mengatakan yang DUN Pilah akan dimenangi oleh PR kerana perpecahan di dalam UMNO dan pimpinan tempatan selain dari kelemahan ADUN kawasan itu sekarang. Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan tidak berkemampuan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin tempatan kerana beliau hanya menumpukan perhatian terhadap kontraktor-kontraktor tempatan yang menguasai barisan kepimpinan Bahagian tersebut. Kawasan DUN Kelawang, Lenggeng, Linggi dan beberpa Kawasan lain seperti Jeram Padang merupakan idaman PR dan tidak terkejut jika PR boleh menembusi kawasan ini dengan adanya perasaan tidak berpuas hati dengan UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan pada hari ini. Di Dalam pilihanraya yang lepas BN diselamatkan kedudukannya oleh kawasan-kawasan yang mempunyai peneroka FELDA. Harus difahami bahawa NS mempunyai kawasan FELDA yang luas sekali selain dari Pahang dan Johor. Kalaulah tidak ada kawasan FELDA yang banyak di Negeri Sembilan setengah pihak berpendapat N Sembilan memang kepunyaan PR secara mutlak di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Di Negeri Sembilan kata ramai orang yang menghubungi saya, keadaan memang 50/50 dan pengundi di atas pagar 'can go either way'. Ianya bergantung kepada sejauh mana usaha PR berjaya menembusi kubu UMNO dan juga bagaimana UMNO bertindak menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan yang agak lemah kepimpinannya. Jika benar yang dirungutkan oleh rakyat ramai terhadap MBnya, saya rasakan menggantikan beliau dengan seorang pemimpin yang lain adalah jalan yang terbaik untuk dilakukan oleh UMNO. Sesungguhnya satu persoalan yang ada dalam setiap pilihanraya ialah, siapa yang akan menjadi MB selepas sahaja pilihanraya nanti? Ramai orang berpendapat Mohamad tidak boleh menjadi jawapan kepada masalah itu, kerana Mohamad adalah isu yang besar kepada pengundi-pengundi di negeri adat ini. Mohamad Hasan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kerjasama yang kuat dari kepimpinan Bahagian-bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dan ini merupakan kekurangan yang sangat jelas menjadi penghalang kepada kemampuan UMNO untuk bertahan. Mohamad telah tewas di dalam pertandingan MKT kerana tidak di dukong oleh perwakilan dari NS sendiri. Malahan kedengaran 'soksek-soksek' dari pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian NS tentang Mohamad dan ini amat membahayakan prestasi UMNO di dalam PRU nanti. Kali ini tidak ada cukup masa dan ruang untuk menyatakan sebab-sebab kenapa Mohamad tidak mendapat kerjasama pimpinan-pimpinan UMNO bahagian. Elok dinyatakan di dalam posting-posting yang akan datang untuk mengetahui sebab yang menyebabkan MB ini tidak mungkin berjaya mempertahankan Negeri Sembilan di dalam PRU nanti jika beliau masih tidak mendapat sokongan padu dari pimpinan bahagian-bahagian di NS. Seperti juga di negeri-negeri lain, NS juga tidak dapat lari dari isu nasional yang boleh menjejaskan prestasi UMNO yang sudah sedia terjejas di NS. PR akan memainkan isu 'bread and butter' kerana ini menyentuh naluri rakyat yang sudah sedia susah. Kenaikan harga bahan mentah seperti harga getah tidak boleh di jadikan isu yang menambah prestasi parti pemerintah. Isu rasuah dan salah guna kuasa tetap menjadi isu pokok di dalam kempen pilihanraya dan ini merupakan isu nasional yang sangat mudah diterima oleh rakyat yang mengundi. Di tambah pula dengan ketiadaan kegiatan di cawangan UMNO sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan UMNO di rasakan amat jauh dari pandangan rakyat. Keadaan ini dirasakan di mana-mana di seluruh negara. Dalam pada itu beberapa pemimpin bahagian telah memberitahu yang Mohamad masih merayu untuk kekal satu penggal lagi sabagai MB NS. Dalam isu ini ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung dengan siapa yang bakal menerajui kerajaan NS. Tentunya persoalan siapa yang akan menjadi MB penggal yang akan datang adalah persoalan yang lazim kerana siapa yang akan memegang jawatan yang penting itu boleh mempengaruhi sokongan rakyat di dalam PRU itu nanti. Mohamad sudah pasti wajar diganti. Tetapi persoalan lain pula yang timbul. Jika Mohamad dialih dan dianjak, siapa pula yang akan menggantikan beliau yang agak 'viable'? Di dalam pilihanraya yang lalu 50 peratus dari penyandang ADUN telah diganti oleh Mohamad dan kebanyakkan yang diganti merupaka mereka yang secara relatifnya lebih baik dari mereka yang dikekalkan. Tindakan Mohamad menggantikan ramai yang berpontensi itu tentulah didasarkan kepada politik peribadi beliau sendiri. Ramai pemimpin-pemimpin yang mendapat sambutan ramai dihindar oleh Mohamad untuk dijadikan calun. Mohamad lebih cenderung untuk mengambil mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula. Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan mengikut pandangan orang ramai di bawah merupakan satu kerajaan yang lemah dan tidak berkemampuan. Dengan barisan Exco yang ada ianya hanya menampakan Mohamad sahaja yang celik dan yang lainnya hanyalah dijadikan sebagai 'yes man' semata-mata. Mohamad kekurangan sisik politik kerana beliau merupakan seorang ahli korporat. Itu sebabnya beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang datang dari 'paradise' dan dengan mudah sahaja beliau memandang rendah pada pemimpin lain yang ada di sekeliling beliau. Itu sebabnya kita mendengar ayat-ayat yang melambangkan sifat sombong beliau seperti orang itu dan orang ini tidak 'mendalamkan air'. Hanya beliau sahaja yang boleh mendalamkan air. Orang lain semuanya bodoh dan tolol pada pandangan beliau. Memang benar kata orang tua-tua dahulu, 'kerana mulut badan binasa'. Saya menyebut ini kerana perkataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mana-mana pemimpin apatah lagi jika perkataan itu di dengar oleh mereka yang mempunyi asas adab dan adat. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya meletakan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak boleh dialih dan dianjak kerana beliau telah membuat persediaan dengan menurunkan calun-calun 'lame-duck' di dalam pilihanraya umum yang lalu. Samada calun-calun pilihan beliau itu mampu untuk bertahan di dalam PRU yang akan datang sama-samalah kita lihat. Tugas kita ialah untuk memberikan kemenangan kepada mereka walaupun kita tahu meletakan kembali calun-calun pilihan beliau itu merupakan risiko yang amat berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja dan pembantu pilihanraya itu nanti. PR di sebelah sana bijak menggunakan isu-isu tempatan ini. Isu kemampuan Mohamad sebagai MB merupakan isu yang begitu laris dan nampaknya diterima oleh rakyat semua kaum. Isu dan slogan 'welfare state' anjuran PAS juga telah menunjukan banyak respon yang positif bagi parti itu. Itulah sebabnya pemimpin UMNO tidak berhenti-henti memainkan isu perubahan wadah PAS itu setiap hari dan waktu. Isu yang dibawa oleh PAS ini merupakan isu yang 'islamic' dan ianya tidak lari dari asas memperjuangkan islam itu. Hanya pihak yang merasakan ketakutan sahaja yang akan terus menggunakan isu ini terhadap PAS. Bagi PAS isu yang dimainkan terhadap mereka ini tidak membuatkan mereka mengelabah kerana bidasan terhadap parti itu memang lumrah sejak parti itu wujud dahulu. Malahan jika ada pihak yang membidas parti itu tentang isu ini ianya akan menambah keyakinan ramai terhadap parti itu kerana rakyat beranggapan jika PAS dikatakan tidak baik itulah sebenarnya yang baik. Ini merupakan perang psikologi UMNO yang sentiasa gagal. Jika buruk kata pemimpin kita terhadap PAS rakyat akan mengambil persepsi sebagai baik. Isu negara berkebajikan ini setidak-tidaknya akan membawa peralihan atau 'swing' terhadap sokongan rakyat terhadap PAS dan ianya sudah pasti memberikan impak yang lebih terhadap kaum bukan Melayu. Dalam piliharaya yang lepas BN telah mendapat 52 peratus sokongan dan PR pula mendapat 48 peratus dari 1.02 juta rakyat NS. Bagaimana pucuk pimpin untuk melakukan perubahan di NS hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepada pucuk pimpinan, pandai-pandailah membuat pertimbangan yang boleh meletakan BN di NS dengan seimbang untuk mencari 'point of reconciliation' di antara mengekalkan Mohamad dan menggantikan beliau di dalam pilihanraya nanti. Jika tersalah langkah bersedialah kita untuk hidup di bawah pentadbiran baru yang belum tentu buruknya. PR telah mempunyai pengalaman memerintah dan prestasinya tidak pula banyak kekurangannya. Melayu, Cina India nampaknya berpuas hati di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Hanya kita di dalam BN yang menafikannya kerana kepentingan politik kita. Saya faham memang perit untuk menerima hakikat yang kemampuan kita bukan tidak boleh di gugat oleh pihak lain. Saya pun merasakan keperitannya tetapi sebagai sebuah negara yang demokratik apa pun kehendak rakyat mesti kita turuti. Tentunya ramai yang marah dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya ini seorang yang lemah dan tidak mampu menolak hakikat yang benar yang berlaku di hadapan mata kita. That's it. |
You are subscribed to email updates from di negeri sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan