Jumaat, 17 Jun 2011

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Gerhana jelas <b>di Teluk Kemang</b> - Utusan Malaysia Online - Selatan

Posted: 16 Jun 2011 10:35 PM PDT

Gerhana jelas di Teluk Kemang

Gerhana jelas di Teluk Kemang


Shafie Muhammad (tiga dari kanan) bersama petugas Unit Falak Jabatan Mufti melakukan cerapan di Kompleks Baitul Hilal, Seremban, semalam.


TELUK KEMANG 16 Jun - Teluk Kemang di sini dianggap sebagai lokasi yang baik bagi menyaksi dan mencerap gerhana bulan.

Ia terbukti apabila gerhana bulan awal pagi ini dapat disaksikan di sini berbanding beberapa lokasi lain seperti ibu negara dan Putrajaya yang dilanda mendung.

Seramai tujuh kakitangan Unit Falak Jabatan Mufti kerajaan negeri diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak dan Sumber Maklumat, Shafie Muhammad melakukan cerapan di Kompleks Baitul Hilal yang sedang dalam pembinaan itu.

Pasukan itu menggunakan teleskop Meade LX 200 bagi melihat gerhana bulan tersebut dan membuat laporan mengenainya .

Detik-detik gerhana bulan itu turut dibuat liputan secara langsung melalui laman Facebook, Malaysia Lunar Eclipse.

Sempena fenomena cuaca itu, solat sunat gerhana turut diadakan diikuti dengan sembahyang sunat berjemaah dan bacaan khutbah.

Shafie memberitahu, fenomena gerhana bulan itu dapat disaksikan dengan berkesan disebabkan cuaca yang amat baik sekali.

"Apabila projek pusat cerapan Baitul Hilal ini siap sepenuhnya, kita akan dapat menyaksikan fenomena falak yang lebih baik lagi pada masa akan datang," katanya.

Pengasas Komuniti Peminat Astronomi Falak Online, Shahrin Ahmad berkata, pada mulanya dia telah pergi ke Masjid Negara dan Putrajaya untuk menyaksikan gerhana bulan itu tetapi hampa kerana cuaca mendung.

Ekoran itu, katanya, dia bergegas ke sini sebaik sahaja mendapat maklumat fenomena cuaca tersebut yang boleh disaksikan dengan jelas di Teluk Kemang.

"Gerhana bulan kali ini saya lihat amat gelap berbanding gerhana bulan yang lalu. Bulan bergerak hampir di tengah bayang-bayang bumi menyebabkan suasana gelapnya lain dari yang lain.

"Ini adalah gerhana bulan yang lama iaitu 100 minit. Jika kita mahu tunggu lebih lama daripada ini, bermakna kemungkinan pada 2018 kelak. Gerhana bulan 100 minit sememangnya lama," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads