Isnin, 22 Oktober 2012

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


HANANBAKERY GENAP 1 TAHUN <b>DI AMPANGAN</b>

Posted: 17 Oct 2012 06:08 AM PDT

ALHAMDULILAH' percubaan di Tmn Ampangan genap Hanan Bakery berOperasi setahun' walaupun menceburi bidang ni dah lama' tp impian adanya kedai sendiri dh pun tercapai' teringin nak buka walk in shop plak' mungkin kena fikirkan kelainan sedikit' memandangkan bekerja sendiri tanpa pembantu amat la meletihkan biarkan kepuasan itu ada' Genap tahun pertama Hanan Bakery' sy bercadang membuat PROMOSI untuk semua yg telah banyak menyokong' di wall FB 'Hayati' sy dah war-warkan' cuma nak update di blog ni pulak untuk sesiapa yg suka berblog ye'.. ~PROMOSI KELAS MASAKKAN SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA ~ @KELAS ANIKA MUFFIN - 5 jenis ( RM100 ) @KELAS LAPIS CHEEZY/TUTTY FRUITY - Dessert ( RM100 ) @KELAS PIZZA HOMEMADE - (Frozen) RM100 @KELAS FROZEN FOOD - 5 jenis produk ( RM120 ) @KELAS PELBAGAI JENIS BUNGA HIASAN KEK - 25 jenis (RM100) ~Promosi Kelas ini akan bermula dr Nov/Dec sempena ulang tahun pertama' ~ Promosi ini jugak tertakluk kepada beberapa syarat - Minimum peserta 4 Org - Kelas promosi ini juga dijalankan secara hands-On 100% - Resepi, tip dan teknik di sediakan - Terbuka kepada semua yg dah terro @ baru nak mencuba ( insyallah boleh buat ) - Kelas ini bukan tuk kanak-kanak ye' ~Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 012 343 8896 ( Mood nak jawab cll dah OK )!!!~

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Menyamun Sebab Hutang Along

Posted: 16 Oct 2012 05:30 PM PDT

SHAH ALAM: Terdesak mahu mendapatkan wang untuk membayar hutang along, lima lelaki yang juga anggota 'Geng Mambau Singh' nekad menyamun tiga beranak yang juga peniaga barang kemas dan melarikan barang kemas seberat lima kilogram (kg) bernilai RM700,000 dalam kejadian di Jalan Anggerik Doritis, Kota Kemuning, dekat sini, pada 27 September lalu.
Selain membayar hutang, suspek juga menggunakan wang yang disamun untuk membeli dua motosikal secara tunai selain menggunakan wang berkenaan untuk berjoli dan membeli minuman keras.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 50-an bersama dua anaknya berusia 30-an tiba dari Seremban, Negeri Sembilan, bagi menyerahkan barang kemas seperti cincin dan loket yang ditempah pelanggannya yang tinggal di kawasan berkenaan sebelum disamun suspek yang bersenjatakan parang. Bagaimanapun, keempat-empat suspek bersama dua pelebur dan seorang pembeli emas ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama BSJ IPD Seremban dalam beberapa siri serbuan bermula 3 Oktober hingga sehingga 12 Oktober lalu di Shah Alam dan beberapa tempat di Seremban. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, semua suspek berusia 30-an hingga 56 tahun direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Zahedi berkata, dengan penahanan suspek polis menemui semula dua ketulan emas seberat 780 gram bernilai RM140,000 daripada barang kemas milik mangsa yang sudah dileburkan suspek, wang RM18,950 dan dua motosikal yang dibeli secara tunai menggunakan wang jualan emas yang disamun.

Katanya, selain itu, polis merampas pelbagai peralatan untuk melebur emas yang digunakan suspek. Polis kini memburu seorang lagi anggota geng terbabit yang dikenali sebagai S Kanagaraja atau Prabu, 26, alamat terakhir di Taman Kelab Tuanku, Mambau, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes itu. - myMetro


p/s: kalau rasa post ni menarik share la ye / if you like this post please share it

Rating For This Post :


05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


My Life , Rainbow : Beraya Sakan <b>di Rembau</b> & Pahang

Posted: 21 Aug 2012 11:11 PM PDT

Selamat Hari Raya ke-Empat semua !

alhamdullilah :)

seronok kot raya. keje berjalan jelaa kan. tkpee penat , dapat duit raya =D

ni sedikit buah tangan raya . hihi

hari raya pertama di Rembau , Negeri Sembilan :)

black family + atuk & wan :)

abah , amie , aku :) 

mak ndak tersayang. serious jumpa setahun sekali je ^^

Yang ni dekat Pahang :)

ni cuz aku yang tersayang jugak laa == 

haha. Mir , jangan marah :)

#gambar tertinggal :)



Life is an Open Secret..Kan?


05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


TERKINI! Sokongan terhadap Anwar hambar <b>di</b> Sikamat , <b>Ampangan</b>!

Posted: 07 Sep 2012 04:28 AM PDT


Seremban 7 September 2012 Kedatangan Anwar bersama jelajahnya ke 2 DUN Pakatan Rakyat iaitu Sikamat dan Ampangan petang tadi hambar dengan jumlah kehadiran dianggarkan 400 orang di Sikamat dan 200 orang di Ampangan. Malah di Ampangan Jawatankuasa Pengurusan Majlis PKR Negeri Sembilan terpaksa mengambil peluang dengan keadaan orang ramai di PASAR MALAM Plaza Uda untuk nampak meramaikan mereka yang hadir untuk melihat DS Anwar. 
Kelibat penyokong-penyokong PAS juga dilihat berkurangan. Perkara ini dilihat menarik kerana lebih setahun Anwar tidak mampu menarik ribuan 'crowd' seperti tahun-tahun sebelumnya. 
Anwar seperti biasa menawarkan janji-janji ini kepada penduduk Ampangan dan Sikamat sekiranya PKR menang:
1.Akan menurunkan harga minyak pada keesokan harinya... 
2. Akan menghapuskan PTPTN pada tahun yang sama mereka menang 
3. Akan menyamaratakan hak rakyat tanpa mengira kaum. 

Sementara itu N9 kini melaporkan terdapat beberapa NGO mula mengadakan bantahan akan kehadiran Anwar di Rantau malam ini.  Anwar bersama rombongan dijadualkan sampai di Rantau pada pukul 8.45 malam ini.  
RANTAU, 06 Sept. – Balai Polis Rantau dan Balai Polis Kuala Sawah menerima laporan bantahan  warga DUN Rantau melarang sekeras-kerasnya kehadiran Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Rantau di Program Jelajah Sambutan Kemerdekaan yang di jadualkan di Loji Air Sains (Kuarter JBA) Kg. Ribu, Rantau 9.00 malam esok.
Bantahan dan larangan ini disuarakan oleh gabungan 39 buah pertubuhan, persatuan dan NGO yang berkumpul sejak pukul 4:00 petang di Balai Polis Rantau dan kira-kira 5:30 petang di Balai Polis Kuala Sawah.
Mohamad Yazid Jabbar dari Pusat Khidmat DUN Rantau, di dalam laporannya bermohon pihak berkuasa bertindak tegas dan mengambil tindakan sewajarnya di atas perkara yang dilaporkan tersebut.
Ab Mutalib Sulaiman, Pengerusi JKKK merangkap Ketua UMNO Kampung Stesen, mewakili JKKK Rantau membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar Ibrahim yang dianggap pakar perpecahan rakyat.
Menurutnya, "Jika polis berdiam diri dan tidak mengambil tindakan tegas melalui laporan yang dibuat oleh 39 gabungan pada hari ini, sekiranya sesuatu berlaku esok, itu adalah kerana kami berjuang demi bangsa, agama dan tanahair. Anwar Ibrahim tidak layak digelar pemimpin."
Major (B) Razali Zakaria, Presiden Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara (GMPN), menegaskan bahawa beliau dan pertubuhan menyokong laporan bantahan kehadiran Anwar Ibrahim di sini, kerana jika Anwar berceramah, ceramahnya tidak menjurus kepada perpaduan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai akhlak yang sangat rendah dan lebih suka melihat bangsa Melayu berpecah belah.
Dia turut menyatakan kerisauan dan kebimbangan bahawa tahap kebencian rakyat berbilang kaum kepada Anwar Ibrahim semakin meningkat. Sekiranya polis tidak bertindak, penduduk kawasan ini yang akan bertindak.
"Tujuannya adalah tidak lain, penduduk kawasan ini tidak mahu Anwar Ibrahim menjejak kaki di sini. Perasaan tersebut sudah cukup mengambarkan sesuatu." Ujarnya lagi.
Firdaus Aziz, Presiden MAYC Negeri Sembilan  mewakili suara belia menyatakan orang yang mengkhianati bangsanya sendiri dan tidak menghormati Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu ditentang.
Gaya dan lagaknya baru-baru ini turut mencerminkan bahawa dia sememangnya tidak pernah menghormati bangsanya sendiri.
En Siva Pragasam, Pengerusi MIC Kg Ribu pula menganggap, Anwar Ibrahim bukan seorang ketua yang betul. Dia juga dikenali kerana memecahbelahkan kaum India di beberapa tempat di negara ini. Perlu diingatkan masih ramai kaum India cintakan perpaduan dan keamanan dan jangan perkecilkan semangat cintakan tanah air dari kaum India.
Seorang wakil kaum Cina yang tidak mahu dikenali pula mengingatkan, jangan main-main untuk menukar kerajaan kerana kerajaan hari ini telah berjaya mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Kaum Cina yang tinggal di sini juga sudah cukup senang.
Wartawan n9kini.com turut diberitahu, antara sebab lain penduduk kampung melarang kehadiran ketua pembangkang itu kerana perhimpunan yang dibuat tanpa kelulusan permit dari pihak berkuasa tempatan.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


ME & MY FAMILY: nasi ayam <b>gemas</b> bukan <b>di</b> Negeri 9

Posted: 21 Oct 2012 09:00 PM PDT

selalu nasi ayam berempah.. mama chicken lah ..nie kat sg besar ada restoran baru buka iaitu
disebabkan masa g makan en babah yang tangkap gambar.. so saya terpaksa curi dengan jayanya hehehe
teh cina.. en babah order saya tak suka hehehe
rupe bentuk nasi ayam gemas..
pilihan ayam nyer banyak tapi  yang tinggal ayam stim n ayam gemas jer.. sangat rugi
rezeki jangan ditolak..en babah nak belanje.. layanzz
amni yang rambutnye tak pernah nak elok.. hehhee
adib selalu hantu laici..kali nie dia mencuba air baru..air tembikai
minum ckit jer yg lain ibu jugak abiskan..
banyak jugak kedai yang baru dibuka dekat sg besar nie..Pizza Hut Delivery pun dah nak buka..macam sayang je nak pindah..mujur e-tukar en babah tak tahu lagi.. result posting saya pun belum tau..dok nunggu surat dari KPM hehehe bukan guru tau..saya PPM jer.. 

apa - apa aje lah.......: Trip Ke <b>Gemas</b>

Posted: 17 Oct 2012 04:59 PM PDT

Baru-baru ini aku meluangkan sedikit masa untuk mengikuti satu trip menaiki keretapi ke Gemas.
Awal pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan diri untuk bersama-sama kawan-kawan yang dah lama aku tidak bertemu walaupun sering bersembang di internet.
Kelewatan tren No. 12 Ekspres Sinaran Selatan  sedikit pun tidak melemahkan semangat aku dan kawan-kawan untuk melihat sendiri apa jua perkembangan terkini yang berlaku di sepanjang landasan dari KL Sentral ke Gemas.
Kabin Simpang Pelabuhan Klang
 Depoh Sistem Elektrifikasi Salak Selatan
Perhentian Bandar Tasek Selatan
Depoh Semboyan & Komunikasi Kajang
Tidak terdapat banyak gangguan di sepanjang perjalanan dari KL Sentral menuju ke Seremban kecuali kerja-kerja pembinaan jambatan sedang giat dijalankan ketika tren menghampiri Stesen Kajang.





Selepas Stesen Seremban, tren mula meninggalkan panorama kota dan memasuki suasana kampung yang begitu mendamaikan.
 Stesen Pulau Sebang (Tampin) yang masih dalam pembinaan
 Sekitar tapak Stesen Air Kuning Selatan yang telah diruntuhkan
Jumpa pagi pada trip akan datang....

Ahad, 21 Oktober 2012

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


SK KAMPONG DACHING <b>LENGGENG</b>: Daching 9 FC Naib Juara <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2012 12:36 AM PDT

Seremban, 20 Oktober 2012 : Pasukan boleh sepak bawah 12 tahun Daching 9 FC akhrnya melakar sejarah baru apabila menjadi naib johan di Pertandingan Persahabtan bawah 12 Tahun Anjuran Prokids yang berlangsung di Padang SMK KGV. Daching 9 Fc yang dibarisi hampir sebahagiannya pemain Bawah 11 Tahun yang beraksi di Liga Super Seremban 1. Pasukan kali ini turut diperkuat beberapa pemain bawah 12 SKKD dan turut disertai 2 orang pemain import. Daching 9 FC membuka tirai pertandingan dengan menentang kleab dari Cheras, Mahkota FA. Pasukan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan ini namun akhirnya Daching 9 menang 2-1. Kekalahan kepada kelab dari Kedah (Akademi Anak Angkat) pada perlawanan ke 4 menyebabkan harapan Daching 9 FC untuk bergelar juara musnah. Jurulatih Daching 9 FC , En Arifin Hj Ismail yang ditemui selepas pertandingan mengakui terdapat sedikit peningkatan telah ditunjukkan oleh pemain terutama yang berumur di bawah 11 tahun. Beliau berharap agar pasukan ini dapat dikekalkan kerana semakin mendapat perhatian kelab-kelab di sekitar Lembah Klang. Keputusan penuh : 1. Daching 9 FC 2 - 1 Mahkota FA 2. Daching 9 FC 1 - 0 Prokids KLIA 3. Daching 9 FC 1 - 1 Akademi Gemilang Putrajaya 4. Daching 9 FC 0 - 1 Akademi Anak Angkat Kedah 5. Daching 9 FC 5 - 0 KJF Ghome FC

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


ThE BatTLe LifE of mE: Pantai <b>Teluk Kemang</b> : Port Dickson

Posted: 30 Sep 2012 12:00 PM PDT

Sebelum balik ke Melaka singgah kejap ke

Pantai Teluk Kemang...

Mase lalu arituh banyak betul baju2 cenderahati kt situ..

Tp punye la susah nk carik parking kt situ, madah penuh je...

Huhu.. Tapi dengan berkat kesabaran dapat la jugak

parking tersebut..

Banyak pilihan kt sini..

Macam2 ade jual.

Baju mandi pun ade skali...

Hoho

Teluk Kemang

Nie la keadaan Teluk Kemang kt sini...

Meriah sungguh dengan khemah mini nie..

Bukn free tau... Nk duduk nie kene sewa..

1 khemah tak silam RM30 hingga RM40 la tak silap..

kalau dok kejap2 tu leh la..

Hehe~

Memang meriah sepanjang pantai nie..

Dengan Banana Bot ngan ape tah lagi satu tu dok

3 orang jer..

Terase macm nk naik la plak, tp pikirkn nnti naik sorg2..

Hehe~

Tgk gambar2 Banana Bot yg di tangkap nie...

Memamg best pun tgk org tergolek2 nie..

Hehe..

Ade jugak mainan2 laen..

Naik kuda la... naik basikal baring pun ade..

Khikhikhi~

p/s : tertanye tanye... Adakah ini Rumah Api jugak..??
Teluk Kemang..

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


3 maut kereta bertembung <b>di</b> Jalan <b>Mantin</b>-Beranang | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 03 Jan 2012 12:00 AM PST


1 Rabiull awal 1433H. [MOD] - BAHAGIAN depan Proton Saga dan Toyota Vios remuk teruk selepas bertembung di Jalan Mantin-Branang tengah hari tadi. Tiga mangsa termasuk pasangan suami isteri maut dalam nahas itu. - Foto Hazreen Mohamad
NILAI: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mantin-Beranang dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang maut ialah penumpang belakang Toyota Vios iaitu Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57, yang berasal dari Mantin, serta pemandu Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban.
Katanya, pasangan suami isteri itu dan pemandu Proton Saga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, tiga lagi mangsa dalam Toyota Vios itu, iaitu pemandu berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 40-an serta anak saudara perempuan mereka berusia tiga tahun dilaporkan parah dan dirawat di HTJ.
"Ketika kejadian, lima beranak yang menaiki Toyota Vios itu dalam perjalanan menghala ke Beranang manakala Proton Saga itu menghala ke Mantin," katanya.
Mohd Yusoff berkata, pemandu Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan masih disiasat.
"Semua mayat dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga masing-masing," katanya.
Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.
Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada.
"Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.
"Pemandu Proton Saga itu pula saya lihat sudah tidak bernyawa dan tersepit dalam kenderaannya yang remuk," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - BERNAMA

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Menenangkan diri <b>di</b> Avillion Admiral Cove, <b>Port Dickson</b>

Posted: 08 Oct 2012 01:29 AM PDT

Yg depan sekali ni kolam, yg belakang tuh laut.  Tak puas mandi kolam leh terjun g laut tapi keselamatan atas tanggungjwb sendiri yea.......



Pemandangan dari balkoni bilik

Salam kengkawan

Hujung minggu lepas sy ada bengkel untuk pegawai-pegawai sains di Avillion Admiral Cove, PD.  Bengkel ni untuk membuat kod item untuk chemical.  Sy drive ke PD lepas semayang jumaat.  Di sini le kami berkampung 3 hari 2 malam.  Keluar turun g kace seawal 7.45 pagi sampai tengahari. Rehat makan tengahari sejam setgh jek pahtu sambung balik.  Malam plak jam 12.30 mlm baru boleh naik bilik.  Itu pun terasa macam nak berkampung kat bilik seminar coz keje tak siap2.  Hari jumaat, pegawai kanan pulak dtg dan tanya sy cantik tak pantai kat situ.  Sy ckp spontan 'ehhhhh ada pantai ke sini? Entah le En. H, rutin kami dari semalam dari bilik ke cafe dan dari cafe ke bilik seminar jek'.  Serius, mmg sy tak perasan ada pantai kat sini.  Nasib baik dari bilik seminar kena turun tangga dan pergi cafe di depan kolam renang, jadik kolam renang dia tepi pantai...opppsss bukan pantai tapi pagar yang kat kat bawahnya terus air laut. Kat sini macam lagoon yang dah buat oleh manusia. Oh ya kat dalam bilik hotel ada pamphet untuk pengunjung yang nak outdoor aktiviti macam kayak, banana boat etc dgn bayaran yang berpatutan.  Sy tak sempat nak ikut sumer tuh...

Ehhh...bukan nak citer pasal bengkel kami tuh, dah siap pun mlm tadi.  Terpaksa bawa blik umah dan menghabiskan separuh hari lagi untuk kasi siap.  Rasa nak terbuntang bijik mata.  Masa kat bilik seminar hari tu, bila dah jam 12 malam tuh, tulisan kat laptop pun dah tak berapa nak nampak. 

Sy suka Avillion Admiral Cove ni sebab bilik dia luas dan rate dia pun murah.  Kalau untuk percutian keluarg memang bagus sebab boleh nampak pantai yang luas dan didepan hotel ni macam ada pelabuhan kecik untuk kapal2 layar mahal.  Kolam renang dia pun luas, mmg sesuai tuk budak2 le.  Cuma dari bilik ke cafe tuh kena jalan agak jauh  akacoz bangunan berbeza.  Lepas tu kalo hujung minggu jek makanan dia byk variaty.  Makanan dia biasa2 jek, tak de le mewah macam Kelana Hotel (memetik kata2 rerakan seangkatan).  Opsss...daku pun tak penah dok kat Kelana yg dorang ckp nih!!!

Caner nak g sini?.  Senang jek.  Sy mmg agak suker kalo pegi PD coz jalan dia besar dan byk signboard. Kalau dari PLUS dari KL, kita keluar kat susur keluar PD.  Dulu2 sy pernah kuar susur keluar seremban, pergh  sesat barat sy ikut jalan kampung ke PD.  Susur keluar ni adalah selepas susur keluar Seremban tu, dalam 5 km jek.  Ikut jek signboard PLUS tuh.  Lepas byr tol tuh akan nampak traffic light dan ambik kanan yea kengkawan.  Lepas tu akan jumpa 1 lagi traffic light, terus jek coz kalo ambik kanan akan masuk susuk masuk dan tol untuk pergi KL plak.  Terus jek sampai sampai jumpa tom Mambau.  Sebelum tol ni akanrjumpa susur keluar ke Lukut dan ada jugak tulis ke PD tapi jgn kuar ikut situ yea...kasi confuse jek signboard tuh.  Lepas byr tol mambau, kat traffic light ambik terus dan terus sampai jumpa roundbout, ambik no 3.  Jumpa traffic light, terus dan beberapa minit kemudian akan nampak tugu tulis nama hotel di belah kiri jalan (tulisan tu pun sama2 jek).  Sy pun terkejut tgok simpang tu coz mcm hutan jek.  Tapi sy terus masuk dan tak lama kemudian baru le nampak bangunan hotel ni.  Ada parking masuk dalam bangunan, parking kat situ pastu naik atas pergi lobi untuk check out.  Parking dia free jek dan xde le palang ke apa kat situ.  Nampak kali pertama nampak mcm bangunan apartment pun ada.  Link hotel tuh klik sini.

Oh ya....sy kasi beberapa gambar kami tengah berbengkel dan bilik + pemandangan yg sempat sy ambik.  Layannnnnn........  Duduk lama2 depan laptop selama 3 hari 2 mlm terasa pinggang macam hampir patah dan mata plak makin kelabu.....



Yang ni bilik seminar dlm bilangan yg kecillah. Dalam ni ada balconi view laut, tandas, makanan pun kena serve dalam nih, wifi, screen projector etc.


Pemandangan dari bilik seminarnya

Yg pintu belah kanan tu toilet 
Ada macam pelabuhan tuk kapal kat sebelah hotel ni. Yg best, hotel ni punya pemandangan mmg tersangat cantik...sesuai tuk honeymoon!!!


05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


SF BEAUTY PRODUK .. : Memperkenalkan NASI AYAM <b>GEMAS DI</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 09:45 AM PDT


 PADA WARGA SG. BESAR - SABAK BERNAM ..
MARI MENCUBA NASI AYAM GEMAS INI
SEKALI CUBA PASTI MAU TINJAU LAGI KE KEDAI INI


SAYA SUDAH PERGI DAN MERASAI MASAKAN NASI AYAM INI
MEMANG MEMUASKAN RASA MASAKAN NYA 
MENU YANG TERDAPAT DI SINI SEPERTI :
3) NASI AYAM BLACK PEPPER
DAN PELBAGAI LAGI MENU SAMPINGAN YANG ADA.
KEDAI INI SATU BARISAN DENGAN KEDAI KEK YANG BERHADAPAN DENGAN 
KEDAI 2PLY DI KAWASAN SG. BESAR.
CALL AJE NUMBER YANG TERTERA PADA GAMBAR DIATAS.






05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Manjung Mari: Menyedihkan gambar-gambar Abby berceramah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 06:36 PM PDT

Mula-mula Assyaikul Ostad Kazim menghentamnya, katanya baru dua hari joint parti PAS dah melebehi ustazah,,  kemudian Ustaz ASri pun hentamnya juga, kalau tak tahu pasai hukum jangan duk memandai bercakap,,, 
Kemudian yang terkini kena lagi,, dengan Mursyid Ulama Muda UFB pulak...

Apa  pun, selagi duk kena dengan ostad-ostad yang macam jeolous dengannya,, semakin mendapat sambutan... sendiri lihat.... 







He he, lepas ni ostad-ostad pencacai UMNO mana pulak yang dok nak hentam ko Abby... 

Sumber gambar aku cilok dari 
jinggo-fotopages.



Sabtu, 20 Oktober 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Pradigma Srikandi: [Puteri UMNO Bahagian Seremban & <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2012 01:35 AM PDT

 Puteri Seremban Dan Puteri Rasah bersama dalam Program Puteri Prihatin di Hospital Tuanku Jaafar Seremban..

Mengunjungi Pesakit Warga Emas Melayu..
Bertanya khabar...semoga cepat sembuh...

 Tq atas kerjasama yang baik...Ketua Jururawat yg bersama dalam lawatan. 
Sebelah kanan, Pn Norashikin Abdul Rahman, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah
Bersama Krew Jelita.. Bertugas di hari pertama.. Bila Seremban dan Rasah bergabung.. Nilah hasilnya

Tiada ahli keluarga yang datang menjenguk sepanjang berada di hospital... Semoga Auntie cepat sembuh. Bertepatan dengan kempen 'Sayangi Warga Emas' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Negeri Sembilan pada 24 April 2012, perkara seperti ini perlu dipandang berat dan diambil perhatian.. Semoga ramai anak di luar sana tidak melakukan kedua ibu bapa seperti ini.. Mereka insan yang banyak pengorbanan buat kita.. Mohon sayangi warga emas dan mereka yang memerlukan bantuan.. :) 

Wad seterusnya.. Sayang.. :)

Auntie ini gembira menerima kunjungan kasih sayang dari ahli Pteri UMNO Seremban.  Kita kasih pada semua.. 1Malaysia.. semua kaum tidak terpinggir..

 Bersama Naib Ketua Puteri Bhg. sempat singgah di Balairaya Jiboi Baru, Program Salam Sayang Wanita UMNO.

Kami sempat mengunjungi dan melawat Mazwin AJK Puteri Bhg.Sban yang telah melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.
Alhamdulillah, akhirnya keadaan mengizinkan saya untuk mengemaskinikan blog Pradigma Srikandi.  Sebentar nanti di kawasan Sikamat pula.. Insya Allah, saya tidak akan berhenti berkhidmat selagi nyawa di kandung badan..
Terima kasih kepada ahli-ahli Puteri dan Belia yang sentiasa bersama aktiviti Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mahupun aktiviti Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
Kita bukan belia 'demo crazy'.. kita belia Nusa dan Bangsa.. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.. 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban 
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 
Presiden Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan

05 di ampangan - Google Blog Search

05 di ampangan - Google Blog Search


Manjung Mari: Menyedihkan gambar-gambar Abby berceramah <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2012 06:36 PM PDT

Mula-mula Assyaikul Ostad Kazim menghentamnya, katanya baru dua hari joint parti PAS dah melebehi ustazah,,  kemudian Ustaz ASri pun hentamnya juga, kalau tak tahu pasai hukum jangan duk memandai bercakap,,, 
Kemudian yang terkini kena lagi,, dengan Mursyid Ulama Muda UFB pulak...

Apa  pun, selagi duk kena dengan ostad-ostad yang macam jeolous dengannya,, semakin mendapat sambutan... sendiri lihat.... 







He he, lepas ni ostad-ostad pencacai UMNO mana pulak yang dok nak hentam ko Abby... 

Sumber gambar aku cilok dari 
jinggo-fotopages.



05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


My Hectic Life as Superb Wife: Sepetang <b>di Teluk Kemang</b> (PD)

Posted: 07 Oct 2012 10:18 PM PDT

Semalam alang2 pergi kenduri kahwin member Cik Abang kita kat Senawang, Cik Abang kita ajak kita pergi ke Port Dicson. Ermmm.... macam biasa lah kalau Port Dickson maknanya ke Pantai Teluk Kemang lah... Banyak Pantai2 lain tapi kat sini pantainya landai... sesuai untuk budak2 mandi manda.. Ramainya orang tak terkata..
Sampai2 je kat sana terus kita cari port nak melabuhkan punggung yang debab nie... HeHe... Kita dah lama tak datang kat sini... so kali nie agak Jakun jugak lah tengok deretan kerusi and meja yang tersusun di tepi pantai... Mulanya kita ingatkan free... sekali tu kena sewa lah... Ok tu tak kisah lagi tapi punya lah cekik darah... sewa table je dah RM20.00 HUH... Cik Abang kita kata nie semua pasal hari minggu lah kalau tak cuma RM10.00 jer... Si kenit... bukan main relax lagi duduk kat bawah payung sambil angin laut tiup sepoi2 bahasa..
Posing sikit Adik... Comel.. :)
Cik Abang kita tak nak turun mandi dulu... kalau tak berkilat lah kulit oiii... panas giler kat sini... So jawabnya relex2 dulu sambil mengunyah makanan yang kita beli di food stall Teluk Kemang nie... Tapikan... time sedap2 kami makan tu tiba2 datang seorang lelaki muda nie bertutur dengan dialek Kelantan Pekat. Katanya dia datang jauh dari Pattani... Dia nak mintak kita beli keropok ikan parang yang dia jual... Memang tengok kesian, tapi kat rumah kita berlambak keropok kering, almaklumlah Cik Abang kita orang Terengganu so benda2 cam ni wajib ada kat Rumah. 
Kita pun menolak dengan cara baik... bukan apa memang stok kat rumah banyak tapi yang tak leh tahan tu di jual sampai RM12.00 sepeket. AIYO... CEKIK DARAH... tapi mamat nie main paksa2 orang jugak beli.. sampai guna perkatann TOLONG bagai... so Cik Abang kita hulur sikit untuk dia buat minum air (Bagi kita cukup untuk makan sekali kot), dah tu mamat nie still paksa2 lagi... kita pun geram lah... Kita cakap kat mamat tu "Rumah kita dah banyak.. lagipun Abe kita nie org Ganu... banyak kat rumah"... then baru lah dia belah dengan muka tak puas hati..
Tak cukup sorang... datang lagi sorang mamat nie, guna taktik yang sama.. kita dah bengang.. orang datang nak relex depa datang buat kacau... sakit hati kita tau...  Cik Abang kita tolak tawaran mamat tu dengan senyuman... and still dia paksa2 jugak...Kita direct je sound Cik Abang kita depan mamat tu " Tak payah bang, rumah kita banyak berlambak" then baru lah mamat tu belah... agaknya dia tengok muka kita yang Cengeh nie.. dia pun angkat kaki meninggalkan kami..
Muka Cik Abang kita nie muka orang boleh minta TOLONG ker?????
Hilang selera kita kejap... dek karana kehadiran salesman tak bertauliah ni... DALAM KEADAAN HANGIN kita tu... terubat jugak lah bila ternampak umang2 yang di dalam botol nie... (Siapa pulak lah menangkap binatang nie) Si Kenit excited campur curious bila tengok umang2 nie.. ye lah orang bandar.. mana nak kenal haiwan pelik2 cam nie.. Time kita syok2 tengok Umang2 nie main nyorok2 tiba2 datang dua orang budak India mintak botol yang berisi Umang2 ni... (So ini lah si penagkap Umang2)... Si Kecik buat muka sedih... kita pun pujuk lah dia "Ala nak buat macam mana itu bukan kita punya... Abang2 tu yang punya..."
Tapi sedihnya kejap aja... kita pujuk dia and start buat sand castle... 
Panas terik tak terkata kita duduk bawah payung je....  Kita tak join Cik Abang mandi...Abih kulit kita terbakar...
Si kenit tak nak mandi cause takut air masuk mata and hidung... Tu semua pasal bad experiences masa kat Pangkor dulu... sampai ke hari ini takut dengan air laut... Tapi bila Cik Abang kita pujuk and belikan pelampung... baru lah dia nak turut join ayahnya mandi pantai... Pelampung yang comel lah... tak main lah pelampung tube tayar nieh... 

Kita awal2 dah surrender tak tahan panas... Kita duduk jaga barang je lah...  
Apa pun kita puas hati dapat jugak bawak Si Kenit tu bersiar-siar mandi air laut (tak de lah asyik pegi shopping mall je)...Ye lah serampang dua mata... boleh kita berjimat... ;) Sebelum kita balik sempat kita beli fridge magnet...boleh tambah koleksi kat rumah lagi...

Hurm... minggu depan nak kemana ya???? tengok lah tak decide lagi...

Percutian Singkat Ke <b>Teluk Kemang</b> | Mohdzaid.com | Aku Cuma <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 04:51 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Semalam adalah percutian singkat aku bersama keluarga di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau nak diikutkan ini adalah percutian ke 1000 kali kot ke PD ntah la rasanya dah tak terkira pergi PD ni sebab ...

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Tiga Pelajar <b>Di Nilai</b> Cedera Diserang <b>...</b> - Anak-Anak <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 07 Jul 2012 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan cedera selepas dikatakan diserang sekumpulan lelaki di kawasan sekolah itu dalam kejadian 10.45 malam Jumaat.

Bapa seorang mangsa, ASP Zulkarnain Ismail dari Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berkata anaknya dibelasah tiga lelaki berumur lingkungan 20-an selepas cuba menyelamatkan rakan yang dipukul di depan pejabat sekolah.


"Saya dimaklumkan anak saya (Muhammad Najib) bahawa kejadian berlaku ekoran seorang pelajar tingkatan tiga tidak berpuas hati dengan teguran kerana membuat bising yang dibuat seorang mangsa yang ketika itu bertugas sebagai fasilitator bagi program yang dianjurkan pihak sekolah.

"Pelajar (tingkatan tiga) itu kemudian menghubungi abangnya yang kemudian datang ke sekolah bersama dua lagi rakan sebelum membelasah pelajar tingkatan enam berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Zulkarnain berkata anaknya serta seorang lagi rakan yang cuba membantu Mohd Salman Mohd Ismail, 18, mengalami luka dan bengkak. Sementara itu, Mohd Salman berkata ketika kejadian, beliau sedang melihat aktiviti sekumpulan pelajar tingkatan tiga, sebelum seorang suspek menghampiri dan menumbuknya bertubi-tubi.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Salman berkata seorang guru cuba menyelamatkan beliau namun tiga lelaki tersebut terus membelasahnya.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Nilai dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber: Bernama

Tokan tando arrow di bawah untuk lihat komen Facebook terkini!

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Sepetang <b>di</b> Atas Air - Grand Lexis, <b>Port Dickson</b> | Nadot&#39;s Words

Posted: 28 Aug 2012 06:12 AM PDT

Kenape mood menulis belum betul-betul recover nih? Mood nak makan je yang makin menjadi-jadi. Tensenn.. Anyway, sebab tak brape nak rajin & nak tido awal sebab mcm ngantuk dah wpun pukul 9pm baru, aku buat entri bergambar je la eh hari ni.

(Dah la Nadot..entri bergambar je konon… dapat gak ko bebel 2 perenggan.. hehehe)

Ketika orang lain tengah sibuk beraye pada petang raya ketiga, kami anak beranak berjakun-jakun berjalan-jalan di titian perjalanan jambatan atas air di Grand Lexis menghirup udara segar tepi laut.

——

——

Maafkan kegedikan saye ;p

——

Nawfal yang Gembira! (^_^)

——

Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula, suami isteri.
Eh!.. Cam kurang kene mengene je.. hehehehe

—–

KAMI (^_^)

——

Yours Truly, bergaye bersama tudung baru dari PEACE.. hohoho

Gambar atas ni, bukan nak suruh tengok aku, nak suruh korang tengok pemandangan kat belakang tu…cam cantek je… Tapi dengan adenye aku dalam gambar ni, kire mcm bonus la..menambahkan kecantikan gambar ni la kirenye…. hahahhahaha

(jangan kutuk statement di atas pleaseee… hohohoho)

ok..ok..aku tido dulu.. bai!

Later ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ads