05 di port dickson - Google Blog Search |
Menenangkan diri <b>di</b> Avillion Admiral Cove, <b>Port Dickson</b> Posted: 08 Oct 2012 01:29 AM PDT Yg depan sekali ni kolam, yg belakang tuh laut. Tak puas mandi kolam leh terjun g laut tapi keselamatan atas tanggungjwb sendiri yea....... Pemandangan dari balkoni bilik Salam kengkawan Hujung minggu lepas sy ada bengkel untuk pegawai-pegawai sains di Avillion Admiral Cove, PD. Bengkel ni untuk membuat kod item untuk chemical. Sy drive ke PD lepas semayang jumaat. Di sini le kami berkampung 3 hari 2 malam. Keluar turun g kace seawal 7.45 pagi sampai tengahari. Rehat makan tengahari sejam setgh jek pahtu sambung balik. Malam plak jam 12.30 mlm baru boleh naik bilik. Itu pun terasa macam nak berkampung kat bilik seminar coz keje tak siap2. Hari jumaat, pegawai kanan pulak dtg dan tanya sy cantik tak pantai kat situ. Sy ckp spontan 'ehhhhh ada pantai ke sini? Entah le En. H, rutin kami dari semalam dari bilik ke cafe dan dari cafe ke bilik seminar jek'. Serius, mmg sy tak perasan ada pantai kat sini. Nasib baik dari bilik seminar kena turun tangga dan pergi cafe di depan kolam renang, jadik kolam renang dia tepi pantai...opppsss bukan pantai tapi pagar yang kat kat bawahnya terus air laut. Kat sini macam lagoon yang dah buat oleh manusia. Oh ya kat dalam bilik hotel ada pamphet untuk pengunjung yang nak outdoor aktiviti macam kayak, banana boat etc dgn bayaran yang berpatutan. Sy tak sempat nak ikut sumer tuh... Ehhh...bukan nak citer pasal bengkel kami tuh, dah siap pun mlm tadi. Terpaksa bawa blik umah dan menghabiskan separuh hari lagi untuk kasi siap. Rasa nak terbuntang bijik mata. Masa kat bilik seminar hari tu, bila dah jam 12 malam tuh, tulisan kat laptop pun dah tak berapa nak nampak. Sy suka Avillion Admiral Cove ni sebab bilik dia luas dan rate dia pun murah. Kalau untuk percutian keluarg memang bagus sebab boleh nampak pantai yang luas dan didepan hotel ni macam ada pelabuhan kecik untuk kapal2 layar mahal. Kolam renang dia pun luas, mmg sesuai tuk budak2 le. Cuma dari bilik ke cafe tuh kena jalan agak jauh akacoz bangunan berbeza. Lepas tu kalo hujung minggu jek makanan dia byk variaty. Makanan dia biasa2 jek, tak de le mewah macam Kelana Hotel (memetik kata2 rerakan seangkatan). Opsss...daku pun tak penah dok kat Kelana yg dorang ckp nih!!! Caner nak g sini?. Senang jek. Sy mmg agak suker kalo pegi PD coz jalan dia besar dan byk signboard. Kalau dari PLUS dari KL, kita keluar kat susur keluar PD. Dulu2 sy pernah kuar susur keluar seremban, pergh sesat barat sy ikut jalan kampung ke PD. Susur keluar ni adalah selepas susur keluar Seremban tu, dalam 5 km jek. Ikut jek signboard PLUS tuh. Lepas byr tol tuh akan nampak traffic light dan ambik kanan yea kengkawan. Lepas tu akan jumpa 1 lagi traffic light, terus jek coz kalo ambik kanan akan masuk susuk masuk dan tol untuk pergi KL plak. Terus jek sampai sampai jumpa tom Mambau. Sebelum tol ni akanrjumpa susur keluar ke Lukut dan ada jugak tulis ke PD tapi jgn kuar ikut situ yea...kasi confuse jek signboard tuh. Lepas byr tol mambau, kat traffic light ambik terus dan terus sampai jumpa roundbout, ambik no 3. Jumpa traffic light, terus dan beberapa minit kemudian akan nampak tugu tulis nama hotel di belah kiri jalan (tulisan tu pun sama2 jek). Sy pun terkejut tgok simpang tu coz mcm hutan jek. Tapi sy terus masuk dan tak lama kemudian baru le nampak bangunan hotel ni. Ada parking masuk dalam bangunan, parking kat situ pastu naik atas pergi lobi untuk check out. Parking dia free jek dan xde le palang ke apa kat situ. Nampak kali pertama nampak mcm bangunan apartment pun ada. Link hotel tuh klik sini. Oh ya....sy kasi beberapa gambar kami tengah berbengkel dan bilik + pemandangan yg sempat sy ambik. Layannnnnn........ Duduk lama2 depan laptop selama 3 hari 2 mlm terasa pinggang macam hampir patah dan mata plak makin kelabu..... Yang ni bilik seminar dlm bilangan yg kecillah. Dalam ni ada balconi view laut, tandas, makanan pun kena serve dalam nih, wifi, screen projector etc. Pemandangan dari bilik seminarnya Yg pintu belah kanan tu toilet Ada macam pelabuhan tuk kapal kat sebelah hotel ni. Yg best, hotel ni punya pemandangan mmg tersangat cantik...sesuai tuk honeymoon!!! |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan