Jumaat, 18 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Kehadiran Anwar <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 06:15 PM PDT

PORT DICKSON : Kehadiran Anwar ke Lukut PD pada malam 22/3/12, memintas awal Najib yg akan turut menghadiri makan tengahari di dataran bersebelahan kompleks kerajaan daerah. Di fahamkan daerah PD telah mula dibanjiri dengan poster dan Bena Najib & Rosmah.

Hampir sebatang tiang letrik pun tidak ada yg ketinggalan dengan tergantungnya banting2 Najib & Rosmah..Manakala 2 ke 3 lokasi menyambut Najib telah hampir seminggu awal didirikan khemah-khemah gergasi. Kos khemah sahaja mungkin mencecah jutaan ringgit tidak termasuk kos makan, bas, pentas dan yg lain-lain.

Barisan bendera UMNO BN telah mula menutup pemandangan Port Dikcson. Hebat sungguh BN dalam membelanjakan dana secara berhemah....Arahan kepada setiap agensi termasuk pendidik-pendidik....khabarnya dikerah hadir. Tuntutan duit-duit upah kehadiran kepada belia-belia dan sewa-sewa pengusha bas telah mula berjalan. Najib mula curiga dgn rakyat....dah kasi BR1M dan makan pun....undi masih PR. Cuma yg takut dengan ungutan sahaja masih lagi bersama UMNO BN.

PR telah memintas awal dengan program ceramah pimpinan PR negeri bersama DS Anwar di dataran Lukut.

Kesempatan ini lah kehadiran rakyat tanpa duit dan makan mau pun sogokan....telah memenuhi dataran Lukut untuk bersama-sama berkongsi maklumat agar kiranya PR menawan Negeri Sembilan dapat merasa nikmat pentadbiran seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah & Kelantan.
" Merakyatkan Ekonomi"

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Mayat warga asing ditemui dengan kesan tikaman <b>di Mambau</b> |

Posted: 02 Mar 2012 01:21 AM PST

About The Author

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri, termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960. Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Ziarah Kematian <b>Di</b> Kuala <b>Linggi</b> ~ .

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT

Teluk Belanga , Kuala Sg Baru - Penyelia Dun Kuala Linggi Ust Julasapiyah Bin Kassim telah menziarah arwah Kamsiah Bt Budin di sini . Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam semalam di rumah beliau. 
Penyelia Dun telah bergegas dan membantu dalam pengurusan jenazah di sini. Majilis Tindakan Dun Kuala Linggi merakamkan ucapan takziah dan marilah kita mendoakan Al-Fatihah pada arwah tersebut. Al Fatihah

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Shafie Nor: Gangguan bekalan air <b>di Kuala Pilah</b> esok

Posted: 13 May 2012 09:19 PM PDT

SEREMBAN, ISNIN, 14 Mei, 2012: Beberapa kawasan di Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pemasangan injap kawalan tekanan di Taman Satelite, Bahau.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan yang bermula dari pukul 8 malam hingga 2 pagi itu melibatkan Jalan Terusan, Bukit Gelugor, Juasseh Kapitan, Rembang Panas dan Taman Putra.

"Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains Mara <b>Serting</b> |

Posted: 09 May 2012 08:45 PM PDT

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Adam Adli 2 Mac 2012 <b>di Gemas</b>, N.Sembilan - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:37 AM PST


PROGRAM SISWA BANGKIT BERSAMA RAKYAT

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Tempat: Markas PAS Felda Pasir Besar, Gemas, N.Sembilan

Bersama :

~ Sdr Adam Adli , PEMIMPIN Siswa UPSI

~ Sdr Shamsul Bakri , Naib Presiden ANAK

~ Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Hj Razakek Abd Rahim , Naib Yang Dipertua PAS Tampin

Khamis, 17 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Karnival De Josseh pada Sabtu dan Ahad ini | Anak-Anak Negeri <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:56 PM PDT


KUALA PILAH - Karnival De Josseh yang menampilkan pelbagai acara berkonsepkan sukan 1Malaysia akan diadakan di homestay Laman Bangkinang, Kampong Tapak, Batu Kikir, dekat sini, selama dua hari mulai Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail berkata karnival anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di bawah DUN Juasseh.

Katanya karnival itu akan membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

"Karnival ini juga sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar promosi pelancongan Negeri Sembilan dan ia agak unik kerana selain dapat beriadah, peserta juga dapat menikmati suasana serta keindahan alam semulajadi desa sambil mengetahui produk pelancongan unik di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Juasseh berkata antara acara yang dijangka menjadi tarikan pada karnival itu ialah Jeram Tengkek Fun Run iaitu acara berkonsepkan larian dalam jarak empat hingga 16 kilometer, pada Ahad ini.

"Pada acara larian ini, peserta akan melalui trek jalan desa hingga ke kawasan Jeram Tengkek dan berpatah balik ke kawasan Homestay Laman Bangkinang," katanya.

Larian itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan yuran penyertaan RM5 seorang. Seramai 500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sumber: Bernama

05 di lenggeng - Google Blog Search

05 di lenggeng - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN: Mahfuz Omar <b>di Lenggeng</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 01:37 AM PST

CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Dialog Md Sabu <b>di Tampin</b> 25 Mac 2012

Posted: 21 Mar 2012 03:21 PM PDT

Tranungkite Online v11 - Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012

Balik SemulaTranungKite OnlineSertai Facebook TKORSS FeedHantar ArtikelForum Borak SiberSemakan AkaunJalinan SiberTopik ArtikelTopik BeritaTopik ArtikelArkib BeritaIklanekaHubung KamiMasukKeluar

');

Tawaran Istimewa Heb Hosting

Strategi Mengajar Efektif Menggunakan NLP
Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012
Posted on Wednesday, March 21 @ 15:21:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Info Semasa Oleh: amkns

"

CERAMAH DAN DIALOG

Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin

Bersama :

Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS

Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR

Semua dijemput hadir

"

Jom Ubah
Klik Untuk lihat paparan iklan
   * Sila e-mel kepada dollahharimau@gmail.com. Dapatkan maklumat lanjut di SINI

  1. Panduan Mudah BELAJAR BAHASA ARAB oleh Pensyarah UiTM

  2. Produk murah berkualiti untuk keluarga bahagia. Bandingkan harga kami....

  3. ##TAQWIM DIGITAL## - Jam Solat Automatik! Rekabentuk Terkini. Untuk kegunaan sendiri atau dijadikan HADIAH "saham Akhirat"

  4. # Perlindungan, Medical Card, Savings (segalanya di Prudential BSN Takafu l )

  5. Stor Kebahagiaan Rumahtangga Suami Isteri Yang Ceria, Hebat, Tenang & Bahagia..

  6. Shhhh.... Ada Alat Istimewa Untuk Lelaki. Rahsia Jadi Kuat, Bertenaga & Berkuasa Kuda!!

  7. Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel...

  8. Ubat Kuat Lelaki, Merawat Masalah Lemah Syahwat & Mati Pucuk, 100% Herba!! ..

  9. Penawar Kanser Dan Pelbagai Penyakit Kronik.. Ia BUKAN UBAT, Tetapi Semulajadi & Terbaik Untuk Semua...

  10. Herba Dari Kanada, Amat Baik Sebagai Supplemen Untuk Kelakian!! Sangat Semulajadi Dengan Jenama Dan Kualiti Antarabangsa....

  11. "YOLI" TERBARU DIPASARAN, TIADA FLUSHING, SISTEM FREE MANTAIN, DOWNLINE PERCUMA, TEAM TERBAIK,JADILAH YG TERAWAL!!!

  12. DULU HAI-0, UPTRAND, USANA, MONAVIE DLL, SKRG FANOMENA BARU NETWORK MARKETING BARU BERMULA... ANDALAH YG TERAWAL > Baru!

  13. JANGAN JOIN Mana Mana MLM, Network Marketing, selagi anda belum baca INFO PENTING ini Baru!


 
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Klik untuk pakej iklan

Kedai Kebahagian Suami Isteri
"Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKD
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN)

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©1422 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
E-mel : tranung2006@yahoo.com atau Webmaster : tranungkite@hotmail.com

Lot 3672, Bangunan PAS Kawasan Dungun,
Kg. Pak Sabah, 23000 Dungun, Terengganu.
Tel/Faks : 09-848 5001

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest © 2005 by me.
You can syndicate our news using the file backend.php or ultramode.txt
PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Hatrik Owona tumbangkan Seladang <b>di Paroi</b>

Posted: 15 May 2012 07:29 PM PDT

Astro Liga Super 300x300Penyerang Cameroon, Effa Owona berjaya menidakkan rakan senegaranya, Albert Bodjongo dalam pertemuan Liga Super antara Perak dengan Negeri Sembilan di Paroi malam semalam.

Jaringan hattrik yang dilakukan oleh Owona membolehkan Negeri Sembilan menumpaskan Perak 3-1 dalam pertarungan tersebut.

Kejayaan Owona melakukan hattrik mengekalkannya sebagai penjaring terbanyak Negeri Sembilan dengan jumlah sebelas gol.

Bodjongo gagal menyumbangkan sebarang gol kepada Perak sebaliknya gol tunggal itu dijaringkan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Michal Kubala.

Sebelum ini, para penyokong Kejor Yeop Kejor dan Hoben Jang Hoben menunggu samada Bodjongo atau Owona yang akan merobek kubu lawan masing-masing.

Kegagalan Perak mengutip sebarang mata malam tadi membuatkannya turun ke tangga ke tujuh liga dengan mengumpul 27 mata setelah bermain 18 perlawanan.

Sebaliknya, Negeri Sembilan naik ke tangga ketiga liga dengan mengutip 29 mata daripada 18 perlawanan.

Dalam perlawanan itu, ketua pasukan, Shahrulnizam Mustapa dan pemain Negeri Sembilan, Idris Karim dilayangkan kad merah.

Kemenangan Negeri Sembilan itu secara tidak langsung menunjukkan percaturan strategi 4-4-2 oleh jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah membuahkan hasil.

Sebaliknya, strategi 4-5-1 oleh Norizan Bakar gagal mengekang kemaraan Negeri Sembilan dan terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Mayat dengan kesan tikaman ditemui <b>di Rembau</b> | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 09:41 PM PDT

24 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

REMBAU - Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman ditemui di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Mizan Md Dom berkata mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada kira-kira pukul 6 petang sebelum menghubungi pihak polis.

"Mangsa dipercayai berbangsa Melayu, berumur sekitar 40-an dan setakat ini identitinya belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Mangsa yang tidak berbaju dan hanya memakai kain ditemui terlentang berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan rakan atau anggota keluarga diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- Bernama

Sinar Harian


ads