Khamis, 17 Mei 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Karnival De Josseh pada Sabtu dan Ahad ini | Anak-Anak Negeri <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:56 PM PDT


KUALA PILAH - Karnival De Josseh yang menampilkan pelbagai acara berkonsepkan sukan 1Malaysia akan diadakan di homestay Laman Bangkinang, Kampong Tapak, Batu Kikir, dekat sini, selama dua hari mulai Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Melayu Negeri Sembilan Datuk Mohammad Razi Kail berkata karnival anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh itu adalah dengan kerjasama agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di bawah DUN Juasseh.

Katanya karnival itu akan membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa atau agama.

"Karnival ini juga sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar promosi pelancongan Negeri Sembilan dan ia agak unik kerana selain dapat beriadah, peserta juga dapat menikmati suasana serta keindahan alam semulajadi desa sambil mengetahui produk pelancongan unik di negeri ini," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Juasseh berkata antara acara yang dijangka menjadi tarikan pada karnival itu ialah Jeram Tengkek Fun Run iaitu acara berkonsepkan larian dalam jarak empat hingga 16 kilometer, pada Ahad ini.

"Pada acara larian ini, peserta akan melalui trek jalan desa hingga ke kawasan Jeram Tengkek dan berpatah balik ke kawasan Homestay Laman Bangkinang," katanya.

Larian itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan yuran penyertaan RM5 seorang. Seramai 500 peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sumber: Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads