Sabtu, 21 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


rumah <b>di juasseh</b> @ jemapoh | Rumah Sewa

Posted: 24 Sep 2011 05:35 AM PDT

Publish date: September 24, 2011 12:35 pm
Contact Name: adi
Price: RM400
Region: Negeri Sembilan
Location: juasseh
Phone: 0173827894
Tags: ,

mencari rumah untuk disewa di juasseh @ di jemapoh @ mana2 yang berdekatan
dengan bahau dan kuala pilah.. urgent.. jika ada, sila hantarkan butiran di
0173817894..

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

Contact Ad Owner

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


GANGGUANG BEKALAN AIR <b>DI JEMPOL</b>, KUALA PILAH DAN <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 08:23 PM PDT

Menurut sumber Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.  Kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Jadual Gangguan Bekalan Air di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol :

  • Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa (20 Mac 2012)  hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac 2012).
  • Jempol bermula dari 8.30 pagi Selasa (20 mac 2012) hingga 8.30 malam Rabu (22 Mac 2012)

Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan untuk tempoh yang lama memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi Talian Bebas Tol Sains di 1-800-88-6982.

Incoming search terms:

  • bekalan air negeri sembilan (2)
  • logo syarikat air sains (2)
  • air tiada di negeri sembilan 21mac2012 (1)
  • basikal jempol terbaik (1)
  • isu air tiada di negeri sembilan 20 mac (1)
  • isu negeri sembilan 2012 (1)
  • isu tiada air kuala pilah 20 mac (1)
  • jadual perlawan timbal balik arema indonesia vs kalantan (1)
  • masalah air di kuala pilah 2012 (1)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

About the Author ()

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868@gmail.com]

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Cantiknya Pemandangan <b>di</b> Pantai <b>Teluk Kemang</b>, Port Dickson <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:21 PM PST

Semasa bercuti di Port Dickson bulan lepas, sempatlah singgahi Pantai Teluk Kemang. Sampai sini around pukul 6.30 petang. Memang cantik pemandangan pantai ketika ini , redup dan sinaran matahari :
Bukan main gembira la mereka dapat mandi dan bermain di pantai.
P/s :Alisya masih takutkan pasir pantai, umm, anak kota
Masih meriah ketika ini.Santai dan sejuk mata memandang
Lepak, enjoy and have fun
Sambil-sambil pekena ABC special, memang terangkat. Pekena pula dengan Kacang Cap Tangan
Cantiknya Pemandangan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan alam Ciptaan Illahi
Jealous,jealous..Nak mandi juga tapi keadaan tidak mengizinkan
Seronok dan tenang bila melihat pemandangan sebegini
Pantai Teluk Kemang destinasi pilihan
Buat pengunjung mandi dan menenangkan fikiran
Bercuti itu indah dan menyeronokkan
Alangkah indah kalau dapat lari dari "Rat Race" kan?

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Politik Melayu Mantin: Zeemart <b>di Mantin</b>

Posted: 12 Mar 2012 07:06 AM PDT

Zeemart mula beroperasi di Pekan Mantin pada awal tahun 2012. Kedudukanya agak jauh sedikit dari pusat pekan Mantin.
Zeemart terletak di jalan menghala ke Lenggeng.
Sejak Zeemart dibuka kawasan itu telah menjadi tumpuan. Banyak gerai dibuka di kawasan ini.

Kawasan ini juga membangun kerana Indah Mini Market telah terbakar dan belum beroperasi hingga sekarang.

Published with Blogger-droid v2.0.1

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 <b>di Paroi</b>

Posted: 16 Apr 2012 10:54 PM PDT

CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0
Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


PM <b>di Port Dickson</b> bagi lawatan kerja sehari - Utusan Online

Posted: 24 Mar 2012 10:20 AM PDT

PM di Port Dickson bagi lawatan kerja sehari ke N Sembilan

PM di Port Dickson bagi lawatan kerja sehari ke N Sembilan

24/03/2012 11:16am

PORT DICKSON 24 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Taman Intan Duyung, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini, hari ini.

Najib menyampai ucapan di sini dan menyaksikan penyerahan 70 rumah mampu milik berkualiti daripada pemaju kepada kerajaan negeri.

Pemimpin negara itu kemudiannya akan menyertai jamuan makan tengah hari di padang awam Majlis Perbandaran Port Dickson serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Pada sebelah petangnya, Perdana Menteri akan menemui penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban selain melancarkan Kempen Sayangi Warga Emas peringkat negeri. – UTUSAN

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Wilayah <b>Linggi</b> Bergajah Tunggal: Prosiding

Posted: 26 Mar 2012 12:16 AM PDT

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Prosiding Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis anjuran KALAM UTM, sila layari laman web KALAM UTM untuk membuat pesanan.

ISI KANDUNGAN PROSIDING:


SEJARAH

  • SEJARAH BUGIS DI LINGGI, NEGERI SEMBILAN: Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Negeri Sembilan
  • KUMPULAN ETNIK BUGIS DI BORNEO UTARA: ANALISIS SEJARAH: Aripin Yuddin, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
  • SEJARAH RINGKAS PENGLIBATAN ORANG BUGIS DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU DAN PENEMPATAN TRADISIONAL MASYARAKAT BUGIS DI JOHOR: Haji Md Sah bin Haji Daeng Matatah , Persatuan Bugis Johor
  • SEJARAH KOTA DAN SENIBINA MASYARAKAT PEDAGANG BUGIS/MAKASSAR DI SINGAPURA, 1811-1940AN: Imran b Tajudeen, Universiti Kebangsaan Singapura
  • SEJARAH KOTA MAKASSAR DALAM PENGEMBANGAN MELAYU BUGIS: Andi Erham, PPI Universiti Teknologi Malaysia
  • KEPIMPINAN TRANSFORMASI DALAM PERSPEKTIF BUGIS: Sukwan Abdul Qadir,  PPI Universiti Teknologi Malaysia


BUDAYA

  • TARIAN BUGIS DI SELANGOR: Dr Haji Mohamed Lahir b Haji Maharam,  Mohamad Romaizi b Nordin, Persatuan Kesenian Maccahaya Citra Ugik Selangor
  • SURVIVAL BAHASA BUGIS DALAM ARUS GLOBALISASI: Saidah bt Ismail, Mohd Sofian b Abdul Latif, UiTM Shah Alam
  • PERAHU PINISI, WARISAN BUDAYA BUGIS-MAKASSA
    R DAN TANTANGANNYA: Rahimuddin, Universitas Hassanuddin Makassar/Universiti Teknologi Malays
  • POST MORDERN ARCHITECTURE: AN OPPURTUNITY TO SUSTAIN AND FIRM THE BUGIS CULTURE: A. Rudyanto Soesilo, Seogijapranata Catolic University, Semarang, Indonesia
  • FALSAFAH BUGIS-MAKASSAR DALAM PERSPEKTIF KEHIDUPAN MASYARAKAT MODEN: Syaharuddin, Universiti Teknologi Malaysia
  • KAJIAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN DI DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS PARIT KEROMA, PONTIAN, JOHOR: Bahtiar b Sukkor, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor
  • BOLA OGI (RUMAH BUGIS) DAN PANDUAN WAKTU BAIK DAN WAKTU BURUK : Shahrul Amin, Haji Md Sah bin Haji Daeng Matatah , Persatuan Bugis Johor
  • PERTAPAKAN  ORANG BUGIS DAN PELESTARIAN ADAT PERKAHWINAN DI NEGERI SABAH: Asmiaty bt Amat



SENIBINA
  • PENGEKALAN DAN PEMULIHARAAN SENIBINA RUMAH TRADISIONAL MELAYU BUGIS: KEPENTINGAN DAN CABARAN DI MASA HADAPAN: Mohd Asyraf, PM Dr Zainal Abidin Akasah (Universiti Tun Hussein Onn)
  • COMPARISON OF THERMAL COMFORT LEVELS FOR TWO TRADITIONAL BUGIS HOUSES IN MALAYSIA: Aminatuzuhariah, Mohd Zin Kandar, UTM Johor Bahru
  • A THERMAL CONFORT LEVELS FOR A TRADITIONAL BUGIS HOUSE IN JOHOR: Aminatuzuhariah Megat Abdullah, Malsiah Hamid, UTM Johor Bahru
  • CULTURAL INFLUENCE IN HOUSE FORM DESIGN OF BUGIS HOUSES: Wan Hashimah bt Wan Ismail, UTM Johor
  • APPLICATION OF TOPOPHILIA CONCEPTS IN ARCHITECTURE OF THE BUGIS HOUSE: Wasilah, Universitas Islam Alauddin, Makassar
  • COMPARISON BETWEEN BUGIS CONCEPTION OF THE HOUSE WITH SA'DAN TORAJA AND MALAY SOCIETIES: Zatur-Rawihah Omar, Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin,  UTM Johor Bahru
  • TIPOLOGI RUMAH BUGIS DI DAERAH PONTIAN: Raja Nafida bt Raja Shahminan, Gurupiah bt Mursib, Norazila Kamaruzaman, Fadhlina Ahmad, UTM Johor Bahru
  • DESIGN PRIINCPLE OF PASIVE FIRE PROTECTION TO CONTROL FIRE IN A BUGIS HOUSE: Raden Darmono, Semarang, Indonesis
  • BUGIS DESIGN, HOME AND BUGIS CULTURE: Bagoes Wiryomartono: UTM Johor Bahru

Jumaat, 20 April 2012

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 <b>di Sikamat</b>, Seremban

Posted: 07 Apr 2012 11:27 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Umno: Sukar <b>di Rasah</b>, mudah di Telok Kemang

Posted: 20 Apr 2012 10:39 PM PDT

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

PETALING JAYA: Umno Parlimen Rasah di Negeri Sembilan menghadapi masalah dalam  pilihan raya umum ke 13 kerana sikap pengundi Melayu termasuk ahli dan penyokong Umno tidak mahu menyokong BN.

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

"Saya boleh kata, 100 peratus pegawai kerajaan yang bekerja di KLIA tetapi mengundi di Parlimen Rasah tidak menyokong Umno.

"Manakala pengundi muda pula apa yang kerajaan BN buat sekarang cuma buang masa, mereka mahu Pakatan Rakyat memerintah.

"Hanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang menyokong BN (Umno)," katanya yang juga ketua Umno Kampung Jiam.

Bagaimanapun, tambah Shukor, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Rasah dari DAP jika penyokong BN bersatu.

`Bencana berakhir'

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah orang Cina tidak mahu menyokong calon Melayu BN, walaupun mereka boleh menerima calon bukan Melayu.

Parlimen Rasah dimenangi Anthony Loke, ketua Pemuda DAP selepas mengalahkan calon BN Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

Dalam tinjauan di Parlimen Telok Kemang yang kini diwakili PKR, Umno menyatakan parti itu akan merampas semula kerusi berkenaan dalam PRU 13.

"Bencana 2008 akan berakhir," kata seorang AJK yang tidak mahu nama disiarkan.

Pada 2008, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti 2, 800 undi.

Menurut satu sumber, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding di Parlimen tersebut dalam pilihan raya umum 13

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Hassan Aqidah pasti <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 07:14 PM PDT

Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? 

 

 


Gara-gara taksub dengan konsep "1Malaysia" yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak , akhirnya agama Islam itu sendiri jadi carca merba di buatnya.
 Ini berita panas yang kami terpaksa bongkarkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kenapa perlu mereka menolak UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang. 
Jika mereka terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotak katikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa. 

Terbaru, PahangDaily berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan "1Malaysia" di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri. 
Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit. 
Selama ini, ramai dikalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan. Memang banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur orang Asli. 

Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa. 
Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?. 
Tidak timbul persoalan mereka (orang Islam) itu adalah orang Asli atau tidak. Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (foto bawah) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam). 
Malah terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit. Umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai "pengundi tetap" Najib di Parlimen Pekan. 

Makanya, kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja. Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?. 

Mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang sepatutnya memantau kegiatan seperti ini
Ternyata apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya. Tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM Najib Razak.

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 <b>di Sikamat</b>, Seremban

Posted: 07 Apr 2012 11:27 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Jelajah Demi Rakyat

Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan

Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu

Masa : 8.45 mlm

Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 <b>di Jempol</b> - Syarak Mengata <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 11:26 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)

Semua dijemput hadir

PAS Negeri Sembilan: Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 <b>di Jempol</b>

Posted: 07 Apr 2012 11:17 PM PDT


MALAM DERITA BANGSA

Tarikh : 13 April 2012 , Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : No 388, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, N.Sembilan

Bersama :

Dinsaman – Pyan Habib – Amni Jagat – Alternative Band Club (ABC)

Semua dijemput hadir

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Dialog Md Sabu <b>di Tampin</b> 25 Mac 2012

Posted: 21 Mar 2012 02:24 AM PDT


CERAMAH DAN DIALOG
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR
Semua dijemput hadir

Suara Rakyat Kunak: Ibu Tanam Bayi Hidup-Hidup <b>di Tampin</b> (Kejam!)

Posted: 01 Apr 2012 11:27 PM PDT

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


3 maut kereta bertembung <b>di Mantin</b>-Beranang | Sharing ur Life

Posted: 24 Jan 2012 03:09 AM PST

NILAI: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Mantin-Beranang di sini, hari ini.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Resort <b>di Port Dickson</b>|Great Teacher Onizuka

Posted: 04 Feb 2012 02:07 AM PST

Alhamdulillah, syarikat memiliki Resort Persendirian di Port Dickson. Kena masuk ballot, kalau ada rezeki, dapatla. Itupun sekali setahun sekali je boleh masuk ballot. So, semasa Percutian di Port Dickson bulan lepas, dapatla menginap di resort yang disediakan syarikat. 2 bilik hanyalah RM40. Berbaloi-baloi kan benefit yang disediakan syarikat eyriqazz ni kan? 
Lokasinya yang terletak tidak jauh dari PNB Ilham Resort dan tak jauh dari Tanjung Biru/Teluk Kemang
Resort syarikat di Port Dickson
On the way, bolehla terserempak dengan monyet-monyet
Dah sampai pun. This time ambil yang paling bawah. Ground Floor. 2 Bilik
Salah satu bilik. Satu bilik katil single 2, satu lagi katil queen
Mama, Alisya nak tidur sini boleh?
Ruang Makan. Dapur turut disediakan dengan peralatan memasak dan juga pinggan mangkuk
Nak Masak apa ya? Kalau mak mertua mesti nak memasak di sini
Laptop dan eyriqazz ,tak dapat dipisah..Blogger tegar la katakan

Bilik Mandi
Overall, memang puas hati dengan kemudahan resort yang disediakan syarikat di Port Dickson ini. Hargapun berpatutan, cuma kebarangkalian nak dapattu agak susahla. Tapi, bila dah dapat memang berbaloi-baloi.
Bercuti di Port Dickson gembira hati
Resort syarikat murah dan selesa sekali
Percutian sebegini dinanti-nanti
Merehatkan minda dan fikiran ini

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Agen Biosinar <b>Di Nilai Negeri Sembilan</b>

Posted: 19 Apr 2012 11:17 PM PDT

Agen Biosinar Di Nilai Negeri Sembilan
Pengedar Biosinar Diperlukan. 
Hubungi Hotline Sahabat Roselle di talian 019 770 3029. 

Hotline Kedai SRM Puchong: 019 7773194 atau 013 3590210 

Biosinar, tak perlu menyental lagi. 
 
Kedai SRM Puchong Selangor: 

No 19-1, Jalan Tasek Prima 5/1, 

Blok B Prima Biz Hub,Taman Tasik Prima, 
47150 Puchong, Selangor Darul Ehsan. 

Agen Biosinar Di Nilai Negeri Sembilan

PAS <b>Negeri Sembilan</b>: Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 01:17 AM PDT

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com/

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Empat beradik <b>di Jelebu</b> tiada sijil lahir

Posted: 19 Apr 2012 01:31 AM PDT

19 April 2012

Kuala Klawang, N.Sembilan - Bimbangkan masa depan empat anak buahnya yang tidak mempunyai sijil kelahiran, seorang wanita di sini sanggup mengeluarkan wang simpanan­ sebanyak RM8,000 untuk membayar upah kepada pihak yang berjanji mahu membantunya.

Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia apabila wanita berkenaan, Siti Khalijah Sani, 63, rupanya ditipu pihak berkenaan.

"Sebelum ini ada pihak datang ke rumah saya kononnya mahu membantu anak buah saya mendapatkan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Namun, saya ditipu oleh mereka. Mereka meminta wang sebanyak RM8,000 dan saya memberikan wang simpanan saya kerana mengenangkan anak buah saya sukar duduki peperiksaan kerana tiada sijil lahir," katanya.

Masa depan empat beradik berusia 6 hingga 15 tahun itu kabur kerana tidak mempunyai sijil kelahiran sejak dilahirkan.

Lebih menyedihkan ibu kepada adik beradik malang, Masyati Idris, 35, menghilangkan diri sebaik saja bapa mereka meninggal dunia.

Siti Khalijah berkata, adiknya iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan, Chik Sani, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di persimpangan Kampung Sepri - Kuala Klawang pada 2007 ketika berusia 43 tahun.

"Selepas adik saya, Chik Sani meninggal dunia, lima bulan kemudian isterinya memberitahu saya bahawa dia mahu pulang menziarah keluarganya di Indonesia.

"Isterinya memang warganegara Indonesia dan saya mengizinkan kerana tidak mengesyaki apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini setelah lima tahun, Masyati tidak lagi pulang ke rumah .

"Sejak Masyati menghilangkan diri, sayalah yang terpaksa memikul tugas menjaga empat beradik berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Siti Khalijah mengakui dia tidak berusaha untuk mengesan Masyati yang berasal dari Sumatera, Indonesia.

"Keempat-empat beradik ini dilahirkan di Hospital Jelebu tetapi tidak mempunyai sijil kelahiran kerana kedua ibu bapa mereka gagal menunjukkan sijil nikah.

"Ini kerana, tanpa sijil nikah, pendaftaran kelahiran keempat-empat kanak-kanak ini berkenaan tidak dapat dibuat," katanya.

Ketika ditanya, Siti Khalijah tidak pasti arwah adiknya berkahwin di mana tetapi percaya ia dilakukan dalam negara.

Hasil perkahwinan Masyati dan Chik Sani, mereka dikurniakan empat anak iaitu Dayang Diana, 15; Muhammad Faiz, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu; Nor Azlinda, 12, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

Seperi Tengah serta yang bongsu, Siti Nor Faizah, 6, bersekolah di Tadika Perpaduan Taman Naga Mas.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/empat-beradik-tiada-sijil-lahir-1.41237

ads