Selasa, 4 Disember 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Ketua MCA <b>Tampin</b> ditemui mati - laman kl-today.com

Posted: 03 Dec 2012 05:41 PM PST

Posted by admin on December 4th, 2012

Ketua MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.Gan Choong Bee, 58, ditemui mati terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah hari.Choong Bee  antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.

"Bagaimanapun pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar apabila beliau tidak dapat dihubungi.

"Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Choong Bee (gambar kecil atas) memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya, Datuk Gan Chin Yap yang juga  Ketua MCA Bahagian sebelum ini.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Pencarian <b>di Port Dickson</b> - koleksi pak mat tahir barangan old skool

Posted: 18 Nov 2012 06:03 AM PST

Sebahagian barang yang dapat di Teluk Kemang,Port Dickson,Negeri Sembilan.
Beg kotak keluaran sekitar tahun 1960-an ke 1970-an
Dulang iklan minyak angin cap kapak..
Dulang Buluh buatan Taiwan..
Poster rokok Marlboro tetera "AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"
Koleksi yang dapat dibawa pulang dari PD..
Beg kotak warna merah ini telah berpindah milik dengan seorang kenalan Tuan Azlina, JKR Kuari Pusat Bukit Buluh,Pulai Condong,Kelantan bertarikh 21.11.2012..

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


::Our Stories::~: ~Lawatan Terakhir Ke Opis Asben <b>Di</b> Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 03 Dec 2012 04:00 PM PST

Assalamualaikum semua..Selamat pagi selasa.  Pagi nie aku nak cerita mengenai kisah hari sabtu lepas.  Seperti biasa, bila hujung minggu kami cuba mengisi masa kami anak-beranak sebaik mungkin dan menghabiskan masa bersama.  Itulah qulity time yang kami ada.  Hari-hari lain masing-masing sibuk.  So hari sabtu lepas, aku dan anak-anak ikut asben ke tempat kerjanya.  

Sepatutnya sabtu lepas asben akan mula kerja di tempat barunya tapi sebab sudah ditangguh sehingga 10hb nie maka sabtu lepas asben kena habiskan kerjanya di opis lama.  Masoh di jabatan yang lama cuma tempat yang berlainan.  Kali ini tempat baru asben aku berdekatan dengan rumah kami cumanya waktu kerja asben aku kali nie adalah shif.  Kerja pagi, petang dan juga malam.  Itulah perubahan akan berlaku kepada rutin harian kami.  Kalau dulu dari rumah ke Kuala Linggi memang makan masa.  Tapi dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun jugak asben berualang-alik dari Bukit Katil ke Kuala Linggi.  Macam mana asben aku boleh tahan.  Aku yang ikut dia a\sabtu lepas tue dah rasa boring lama sangat nak sampai.  Siap boleh tertidur lagi.  Aku memang ratu tidur.  Hehehe.

Oklah jom terjah gambar yang aku ambil.  Kiranya lawatan terakhir kamilah anak beranak dan kali kedua menjejakkan kaki ke sini.  1st time kami ke sini pernah aku ceritakan di entry INI.

Setibanya kami di parking.  Harus amik gambar dulu. Sampai jea sini kami pegi makan di cafe.  Lepas settle makan kita orang ke bilik asben. Lepak-lepak di sini.  Boring jea tunggu si dia membuat kerja.  Kenangkan aku mintak asben belikan sesuatu daripada aku maka aku ikutkan jugak dia ke sini.  Kalau tidak kerana barang itu mahu aku bergolek-golek di rumah saja.  Nanti aku ceritakan apakah barang itu.

Tengok budak berdua nie.  Dah buat macam rumah sendiri.  Aku sudah pening pala. :D
 
Aku yang keboringan amik gambar bot.
 
Ok, time nak balik.  Asben suruh bergambar dulu.  Macam biasa aku dengan adriana.  Ammar sudah membawa diri.  Bukan melarikan diri yea.
 
Last picture from us untuk hari itu, gambar aku dan anak-anak.  Muka aku tue adalah muka bosan, muka paksa senyum.  Gesa laki aku nak balik cepat sebabnya nak pegi senam robik dengan nak amik barang itu.  Sekarang tengah addict senam robik.  Bersabar jealah.  

Itu jealah cerita untuk pagi ini mengenai sesi lawatan terakhir kami anak-beranak ke opis asben.  Lepas nie asben aku akan mulakan kerjanya di tempat baru pulak.  Harap dapat menyesuaikan diri dan juga menyusun kembali masa yang akan berubah.  Itulah kisah kami.  Sekian dulu entry merepek aku pagi ini.  Next story pleassseee....







                                                                                                                      


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Banjir Besar Landa <b>Lukut</b>, PD - ALOND-ALOND ... Angger Kelakond....

Posted: 24 Nov 2012 03:33 PM PST


PORT DICKSON: "Sudah puluhan tahun tinggal di kampung ini, inilah kali pertama banjir berlaku dan paling teruk apabila air menenggelamkan rumah," kata Cheok Ah Kaw, 71, seorang daripada 47 keluarga mangsa banjir di Kampung Batu Tujuh, Lukut, di sini, semalam.
Hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi menyebabkan 200 keluarga dari beberapa kampung dan kawasan perumahan di Lukut serta sekitarnya termasuk Kampung Sri Parit, Taman Jaya Lukut, Taman Indah Jaya, Taman Wawasan dan Taman Sri Lukut ditenggelami air antara dua hingga tiga meter.

Tinjauan bersama menaiki bot Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mendapati Kampung Batu Tujuh, Jalan Seremban dan kawasan rumah kongsi pekerja warga Indonesia ditenggelami air hampir keseluruhan rumah.
Menurut Cheok, dia sekeluarga tujuh beranak resah apabila hujan lebat menyebabkan air mula naik dengan cepat dan segera menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sementara menunggu bantuan tiba.

"Saya sekeluarga termasuk menantu dan cucu cemas apabila air naik mendadak dan nekad pergi ke kawasan rumah jiran yang terletak di atas bukit.

"Disebabkan bimbang berlaku perkara tidak diingini, kami tidak dapat menyelamatkan harta benda lain," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, masalah sistem perparitan di kampung itu terlalu kecil selain sampah-sarap menyebabkan air tersekat dan melimpah keluar.

"Saya kesal dengan sikap pemaju yang tidak mengendahkan aduan kami sebelum ini mengenai masalah sistem perparitan yang sempit ini," katanya.
Penghuni rumah kongsi, Parman Parjo, 54, berkata air mulai naik ke lantai rumah sejak jam 6 pagi dan ketika itu dia hanya memikirkan untuk menyelamatkan nyawa ahli keluarganya.

"Kami hanya memikirkan nyawa anggota keluarga, semua peralatan dan pakaian habis dihanyut air. Tidak sampai setengah jam kemudian air sudah sampai ke paras dinding rumah.

"Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami hanya sempat menyelamatkan dokumen peribadi dan kini tinggal sehelai sepinggang," katanya.

Seorang lagi mangsa, Ng Ching Hong, 50, berkata, sikap pemaju perumahan amat dikesali kerana aduan sudah dibuat oleh penduduk kampung berkenaan laluan air ke longkang yang terlalu kecil.

"Kami harap bantuan segera sampai kerana kemusnahan yang kami alami amat teruk. Rumah, pakaian dan kereta habis musnah dimasuki air dan tidak dapat diselamatkan. Kami tak tau macam mana lagi nak meneruskan hidup," katanya.

Penduduk Taman Indah Jaya, B Murugan, 30 berkata, dia kesal banjir kilat kerap berlaku di situ apabila hujan lebat, namun menyifatkan kejadian semalam paling teruk.

"Ini kali kelima rumah dilanda banjir kilat. Ketika kejadian saya mahu menyelamatkan isteri dan anak ke tempat selamat, namun sebaik membuka pintu rumah, air mencurah masuk dengan deras menyebabkan saya terjatuh.

"Mujur isteri saya dapat menyelamatkan anak kami yang berusia tiga dan satu tahun yang sedang nyenyak tidur," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Port Dickson, Ab Khalid Mat berkata, hujan lebat berterusan sehingga tiga jam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami banjir dan memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Katanya, pusat perpindahan banjir turut dibuka kepada mangsa tetapi kebanyakan mereka tidak mahu berpindah atas alasan ia banjir kilat saja.

"Tetapi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama membantu mangsa dengan mengagihkan makanan dan selimut.

"Setakat ini juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami sentiasa memastikan keadaan selamat di sini," katanya. HMetro

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


TUDIA!! Pemuda Umno cawangan <b>di Negeri Sembilan</b> ditahan polis <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 08:03 AM PST

TUDIA!! Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dadah dan arak!

Posted by era pasca Saturday, November 24, 2012

Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.

"Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.

Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.

"Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu.

Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa.

"Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. -KD

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Dari Dalam Aku: Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu

Posted: 05 Nov 2012 05:05 AM PST

Aku nak bercerita tentang sebuah taman rekreasi yang terletak di Negeri sembilan dalam Daerah Jelebu. Terletak dalam Kampung Serting Ulu dan lokasinya agak jauh ke dalam dari jalan besar. Kira-kira hampir 10 minit memandu ke dalam kawasan kampung, kita akan menemui kawasan rehat ini. Salah satu tempat rekreasi dan bersantai yang tenang dan sesuai untuk sekeluarga menikmati ketenangan alam, kehijauan rimba dan kesejukan air bukit yang mengalir.
Keseluruhan kawasan itu sederhana sahaja kerana masih banyak kelemahan dan penyelenggaraan yang longgar di Taman rekriasi itu. bagaimanapun, cukuplah untuk orang ramai berlibur sempena cuti bersama-sama keluarga.Agak menyedihkan juga kerna, hanya terdapat segelintir sahaja peniaga yang tahu mengambil kesempatan bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung. maklumlah, selepas mandi selalunya, budak-budak akan kelaparan dan kehausan.Maksudnya di sini, pengunjung digalakkan untuk membawa bekal makanan sendiri. selain itu, mereka juga bebas untuk melakukan aktiviti seperti memanggang  atau berbabique...

Aliran airnya yang sejuk sungguh menyamankan sesiapa yang mandi tetapi adakalanya aliran air terjun di situ semakin sikit dan untuk pengunjung memilih kawasan mandian sangat terhad. Kebanyakan mereka bermandi manda di kawasan paling bawah kerana di situ terdapat kolam buatan yang menampung air yang banyak dan agak dalam. Bagaimanapun, kanak-kanak di larang mandi tanpa awasan orang dewasa.
Aku dan anak-anak lebih suka mencari kawasan mandian yang lapang dan tidak ramai pengunjung, walaupun aliran air di sungai itu kurang deras dan kurang memuaskan hati. Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi masalah kepada kami yang sekadar ingn berhibur.

Antara pengunjung yang ingin mencari kawasan mandian di tempat yang agak tinggi dan jauh ke dalam kawasan Hutan Rekriasi tersebut. Bagaimanapun..semakin jauh ke dalam, semakin kuranglah liputan talian internet atau telepon. Kepada mereka yang gemarkan junggle tracking, sesuailah kawasan taman hutan lipur ini untuk mereka kerana semakin tinggi mendaki, akan terasa semakin mencabar stamina kita. Selain itu, kepada pencinta alam, mereka akan boleh menjumpai hidupan dan tumbuhan yang unik dan jarang di temui di kawasan luar. Inilah masanya untuk pengunjung merehat fikiran dan bersantai.
Antara hidupan yang menarik perhatianku...seolah ulat gonggok tetapi pendek. Bersais besar sebesar 2-3 jari.

Isnin, 3 Disember 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Anwar GERAM ... KILAT, PETIR Sambut PELIWAT <b>Di Seremban</b>

Posted: 03 Nov 2012 02:29 AM PDT


Hujan lebat dan petir sabung-menyabung seakan-akan menyambut ketibaan tokoh Sodomy Negara Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum pakatan Luar Tabie dijangka tiba dalam 30 minit lagi.



Read More, Perhimpunan pakatan Luar Tabie di Seremban

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Damia Aleesya & Damia Ayyunie: Pantai <b>Teluk Kemang</b>, PD

Posted: 30 Nov 2012 01:55 AM PST

Updated blog sambil tgk deruan ombak di pantai Port Dickson..;))

Suka betul both Damias dapat main pasir..

Ibu dan Aleesya main tepi tepi pantai jer..:))

P/s: Alhamdulillah... Seronok dapat berceloteh ngan mak yg baru balik mengerjakan Haji. Semoga saya dapat menumpang keberkatannya.

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


My Life & Love: Puasnya Anak Tekak Bila Minum <b>Mantin</b> Original <b>...</b>

Posted: 29 Nov 2012 06:00 PM PST

Yahoo today dah Jumaat. Suka lettew. Kalau tak disebabkan kerja memang tak sampailah eden ke sini. Alaa bukannye jauh sekangkang kera je. Tapi sumpah memang tak pernah sampai Mantin, Negeri Sembilan pun. Hihihi ala ingatkan kat manalah tadi.
Apa ada kat Mantin? Ntah takde ape pun sampai sini pun sebab kerja. Tapi kan kan kan saya nak cerita satu benda yang best, tak pernah jumpe lagik kat tempat lain. Part makan memang no 1 hihihi.
Punyelah sedap. Taraaaaa. Lelagik ketika cuaca panas. Tengok ni dan sila telan air liur.
Saya pun tak tau kewujudan kedai ni tapi ianya terletak kat tepi jalan je. Dari kereta anda boleh nampak kedai kaler merah yang dipenuhi dengan orang ramai. Bila dah nampak macam tu pastilah hati tertanya-tanya apa yang best disitu?? Apsal kedai tu je yang penuh dengan orang tapi kedai lain takde langsung orang? Jeng jeng jeng.
Juga menjual macam-macam makanan dan minuman selain coconut shake. Ada juga cendol, makanan goreng-goreng dari nasi sehinggalah ke mee.
Tapi speciality yang membuat kedai ni penuh sepanjang masa saya agak agak mestilah sebab penangan yang belah kanan tu.

Kiri : Cendol.

Kanan : Coconut shake yang mabeles itu saya punye. Perghh. Harga 2.50/secawan.

Kalah rutbir float A&W i tell uolssssssss. Weewitt!

Memang sedap rasa tak puas minum secawan. Rasanya pengunjung yang datang ke gerai ni hampir 90% semuanya order coconut shake.

Oklah selesai cerita pasal minum-minum. So sesiapa yang pergi ke Mantin rugi kalau tak singgah merasai sendiri nikmat yang saya maksudkan ni.

Nak dipanjangkan lagi cerita dan jugak entry, saya terkejut jugak alkisahnye bila dah berada di MAntin ni.

OMG! (Oh-Mak-Gayah!) banyak nye nigger. Saya kat Malaysia ke kat mana ni?? Kalau anda melalui kawasan yang berdekatan dengan Kolej Lagenda, Mantin anda pasti akan berjumpa keadaan seperti ini. Terkejut beruk jugak.
Makan kat kedai kiri kanan ada nigger, pergi kedai runcit beli barang penuh dengan nigger, bus stop penuh dengan nigger, tengah jalan jalan tetiba toleh belakang nampak nigger tengah senyum WARGHH WARGHH WARGHH. Homaiigoooddd takottttnye hitam hitam si tompok manggis.
Oh Mantin memang macam ni ye? Jakun kejap. Sumpah selama ni memang tak tahu.

Siapa orang Mantin angkat tangan.

Anyway and anyhow..


Salam Jumaat yang berkat and happy weekend  peeps!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Banjir <b>di Negeri Sembilan</b> | "phat corner"

Posted: 02 Dec 2012 04:42 PM PST

Assalamualaikum WBT

Yey dapat pegang keyboard semula yey *happy sangat rasa setelah seminggu meninggalkan keyboard ni  .. ok abaikan ayat selingan tu ;-).. hari ini aku kembali ke pejabat setelah lebih seminggu berkelana di luar. Kena outstation jadi aku update blog pun guna telefon je..tu pasal 3 entry sebelum ni comel comel lote je huhu..

nuffnang_bid = "916a2e237c14137532c88b76c8203b65";


So hari ini dapat jugak rasa update guna PC ..eh eh mukadimah tak sebut pulak pasal banjir kan kan...sabor sabor jap lagi masuk la babak banjir tu ..standard cerita melayu la kan hehehe...



Aku habis kerja luar hari jumaat jadi aku kena la amik anak dan isteri aku di kuantan di rumah mertua..sebab sebelum aku outstation aku hantar dia orang ke sana..plan asal balik dari rumah mertua di kuantan terus ke rumah mak aku di Kuala Pilah pada petang jumaat..tapi disebabkan last minit bos call suruh aku gantikan dia pada satu event di Genting aku terpaksa ubah plan..

Jadi hari Ahad pagi baru la aku boleh balik ke Kuala Pilah..aku kena juga balik bukan sebab apa sebab ada majlis kahwin kat rumah pak cik aku..selesai majlis aku balik ke rumah mak aku dan malam dalam pukul 8 baru aku, isteri dan anak aku gerak balik ke Temerloh ..

Dalam pukul 5 sampai pukul 8 ni hujan tak berhenti-henti kat rumah mak aku..tapi kat rumah mak aku ni tak banjir pun..cuma aku memikirkan jalan aku nak balik ke Temerloh jap lagi..sebab kawasan Ayer Hitam ( dekat ngan Pasoh tu memang kawasan banjir)

Sangkaan aku memang tepat sebab jalan Ayer Hitam tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.. jadi aku terpaksa la u turn dan ikut jalan Serting..syukur semua selamat..jalan area serting tiada tanda tanda banjir walaupun hujan masih tidak lagi berhenti..

Masa aku lalu kawasan Ayer Hitam tu ..pondok polis ayer hitam yang menghadap simpang pasoh tu memang dah naik air..kesian geng-geng Polis balai mereka naik air..

p/s : tahniah Malaysia layak ke SF AFF SUZUKI CUP


05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Gelanggang Futsal Bakal Dibina <b>Di</b> Taman Selasih, <b>Kuala Pilah</b>

Posted: 20 Nov 2012 07:25 PM PST

[unable to retrieve full-text content]BERITA SGB. Gelanggang Futsal Bakal Dibina Di Taman Selasih, Kuala Pilah. KUALA PILAH – Sembang Mesra Belia Dun Pilah Siri 2 telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai hampir 50 orang belia daripada ...

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Kota <b>Lukut</b> | Mawar Merah

Posted: 02 Dec 2012 02:17 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kota Lukut

Ceritaku | 03 Dec 2012 | 2

Dah lama sangat nak cerita tentang  Kota Lukut ni. Beberapa bulan lepas Kak Long bawa anak-anak ke Kota Lukut dalam rangka lawatan dari Muzium ke Muzium ni. Biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah yang pernah tercipta di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kota Lukut ini terletak berhampiran pekan Lukut. Kota Lukut memang ada sejarahnya yang tersendiri. Lukut merupakan salah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Port Dickson. Lukut suatu ketika dahulu sangat terkenal kerana hasil buminya iaitu bijih timah. Lukut berasal daripada nama sejenis tumbuhan atau pokok renek (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Suatu ketika dahulu, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan di Selangor di samping Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut dikatakan berada di bawah pemerintahan Sultan Selangor yang pertama iaitu Sultan Salehhuddin sehinggalah, pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Selangor yang ketiga yang telah mengisytiharkan secara rasmi bahawa Lukut diletakkan di bawah pemerintahan Selangor dan melantik Raja Jumaat sebagai wakilnya. Pada ketika itu, Lukut merupakan satu kawasan yang menjadi rebutan kerana telah mencapai kemajuan dan kekayaan hasil dari bijih timah di kawasan tersebut. Namun begitu, setelah Raja Jumaat meninggal dunia dan Lukut diserahkan di bawah pemerintahan Raja Bot, Lukut mula mengalami era kemerosotan. Antara masalah yang dihadapi ialah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujung, penentangan Raja Sulaiman yang merupakan pembesar Sungai Raya, bebanan hutang dan kemerosotan hasil pengeluaran bijih timah. Akhirnya, pada 31 Julai 1880, Raja Bot telah menyerahkan Lukut kepada Sungai Ujung secara rasmi melalui Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong. Semenjak itu, berakhirlah era pemerintahan pembesar Melayu di Lukut.

Kota Lukut yang berbentuk segiempat bujur (200m (P) dan  170m (L)  dibina semasa pemerintahan Sultan Selangor Selangor yang ke-3 di atas sebuah bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut Bukit Raja pada tahun 1847. Kota yang bertujuan menghalang serangan musuh ini dikelilingi parit yang digali sedalam 10 hingga 15 meter.

Pada suatu ketika dahulu, terdapat Istana Besar Raja Jumaat di tengah-tengah kota dan sebuah istana kecil di bahagian tepi kota untuk puterinya Raja Wok. Terdapat juga beberapa buah kolam yang dibina untuk menyimpan bekalan air yang dibawa dengan menggunakan lembu daripada sebatang sungai di bawah kota ini.

Terdapat juga sebuah perigi yang dikenali sebagai "Perigi Beracun" yang digunakan untuk menghukum pesalah berat di bahagian barat kota ini. Manakala sebuah lagi pergi yang terletak di bahagian tengah kota ini pula dikhaskan untuk raja dan permaisurinya sahaja. Pada waktu dahulu, perigi ini sentiasa diawasi dan dipagar.

Antara keunikannya, jalan yang mengelilingi bukit ini diperbuat daripada batu yang disusun tanpa menggunakan simen. Kota ini diperkuatkan dengan 4 buah meriam yang dibeli daripada Belanda di Melaka.

Dahulu, kota ini dijadikan tempat perlindungan terutamanya bagi wanita dan kanak-kanak ketika peperangan berlaku. Walaupun era kegemilangan kota ini telah berakhir, tetapi bekas Kota Lukut masih dipulihara untuk dijadikan bukti tentang wujudnya sebuah pemerintahan Melayu di Lukut. Pada masa ini, terdapat sebuah muzium yang dibina di bawah kaki bukit ini untuk mempamerkan peninggalan sejarah kawasan ini.

Kalau berkesempatan, datanglah ke Muzium dan Kota Lukut.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ahad, 2 Disember 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Harapan Palsu Disebalik Himpunan PR <b>Di Seremban</b>

Posted: 05 Nov 2012 03:00 AM PST

223677_10151138097387947_1719761713_n

Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.

Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.

Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.

PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.

Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.

Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu.

Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.

Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu?

Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.

Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau logik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?

Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.

Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.

Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas.

Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.

Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.

Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.

Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.

Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.

Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.

Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?

Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR.



05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Yezz!Magazines menganjurkan event Love@sunset <b>di Teluk</b> <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 07:32 PM PST


‎20 Disember nie team Yezz! akan menganjurkan event Love @ Sunset di Teluk Kemang, Port Dickson. Event bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang dan kita akan bertolak bersama-sama dari Karangkraf, Shah Alam dengan menaiki bas. 

Seramai 30 orang boyz & gurlz berusia 13 hingga 17 tahun diperlukan untuk menyertai event nie dan bayaran sebanyak RM 20 seorang diperlukan. Segala aktiviti akan diberitahu kemudian. Kita juga akan buat barbeque! 

Kalau you all berminat, bolehlah inbox Yezz! nama penuh, nombor ic dan nombor telefon you all sekarang. Pendaftaran dibuka sekarang hingga 10 Disember. See ya! :D
berminat" clcik here pm ur detail~~~~~~
here 

di negeri sembilan - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Masjid (Mosque of) <b>Lukut</b> - seni lama melayu (malay olden art)

Posted: 19 Nov 2012 07:52 AM PST

Dari Port Dickson kami ke Lukut lalu singgah di masjidnya.
From Port Dickson we went to Lukut and visited its mosque.






ads