Isnin, 3 Disember 2012

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Kota <b>Lukut</b> | Mawar Merah

Posted: 02 Dec 2012 02:17 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kota Lukut

Ceritaku | 03 Dec 2012 | 2

Dah lama sangat nak cerita tentang  Kota Lukut ni. Beberapa bulan lepas Kak Long bawa anak-anak ke Kota Lukut dalam rangka lawatan dari Muzium ke Muzium ni. Biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah yang pernah tercipta di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kota Lukut ini terletak berhampiran pekan Lukut. Kota Lukut memang ada sejarahnya yang tersendiri. Lukut merupakan salah sebuah pekan yang terletak dalam daerah Port Dickson. Lukut suatu ketika dahulu sangat terkenal kerana hasil buminya iaitu bijih timah. Lukut berasal daripada nama sejenis tumbuhan atau pokok renek (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Suatu ketika dahulu, Lukut merupakan sebuah wilayah yang berasingan di Selangor di samping Kelang, Bernam dan beberapa tempat lain. Lukut dikatakan berada di bawah pemerintahan Sultan Selangor yang pertama iaitu Sultan Salehhuddin sehinggalah, pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Selangor yang ketiga yang telah mengisytiharkan secara rasmi bahawa Lukut diletakkan di bawah pemerintahan Selangor dan melantik Raja Jumaat sebagai wakilnya. Pada ketika itu, Lukut merupakan satu kawasan yang menjadi rebutan kerana telah mencapai kemajuan dan kekayaan hasil dari bijih timah di kawasan tersebut. Namun begitu, setelah Raja Jumaat meninggal dunia dan Lukut diserahkan di bawah pemerintahan Raja Bot, Lukut mula mengalami era kemerosotan. Antara masalah yang dihadapi ialah tuntutan wilayah Lukut oleh Sungai Ujung, penentangan Raja Sulaiman yang merupakan pembesar Sungai Raya, bebanan hutang dan kemerosotan hasil pengeluaran bijih timah. Akhirnya, pada 31 Julai 1880, Raja Bot telah menyerahkan Lukut kepada Sungai Ujung secara rasmi melalui Perjanjian Persempadanan Selangor – Sungai Ujong. Semenjak itu, berakhirlah era pemerintahan pembesar Melayu di Lukut.

Kota Lukut yang berbentuk segiempat bujur (200m (P) dan  170m (L)  dibina semasa pemerintahan Sultan Selangor Selangor yang ke-3 di atas sebuah bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut Bukit Raja pada tahun 1847. Kota yang bertujuan menghalang serangan musuh ini dikelilingi parit yang digali sedalam 10 hingga 15 meter.

Pada suatu ketika dahulu, terdapat Istana Besar Raja Jumaat di tengah-tengah kota dan sebuah istana kecil di bahagian tepi kota untuk puterinya Raja Wok. Terdapat juga beberapa buah kolam yang dibina untuk menyimpan bekalan air yang dibawa dengan menggunakan lembu daripada sebatang sungai di bawah kota ini.

Terdapat juga sebuah perigi yang dikenali sebagai "Perigi Beracun" yang digunakan untuk menghukum pesalah berat di bahagian barat kota ini. Manakala sebuah lagi pergi yang terletak di bahagian tengah kota ini pula dikhaskan untuk raja dan permaisurinya sahaja. Pada waktu dahulu, perigi ini sentiasa diawasi dan dipagar.

Antara keunikannya, jalan yang mengelilingi bukit ini diperbuat daripada batu yang disusun tanpa menggunakan simen. Kota ini diperkuatkan dengan 4 buah meriam yang dibeli daripada Belanda di Melaka.

Dahulu, kota ini dijadikan tempat perlindungan terutamanya bagi wanita dan kanak-kanak ketika peperangan berlaku. Walaupun era kegemilangan kota ini telah berakhir, tetapi bekas Kota Lukut masih dipulihara untuk dijadikan bukti tentang wujudnya sebuah pemerintahan Melayu di Lukut. Pada masa ini, terdapat sebuah muzium yang dibina di bawah kaki bukit ini untuk mempamerkan peninggalan sejarah kawasan ini.

Kalau berkesempatan, datanglah ke Muzium dan Kota Lukut.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads