Khamis, 19 April 2012

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


tanah <b>di tampin</b>,negeri sembilan utk dijual - CariGold Forum

Posted: 21 Mar 2012 10:18 PM PDT

Forum Jump

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Jempol</b> (MJL) Terkini 2012

Posted: 29 Jan 2012 08:23 PM PST

Tarikh Tutup Permohonan: 17 Februari 2012

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 sebagai tindakan lanjut pada latihan kembali batas bahagian Kuala Pilah. Latihan kembali batas telah mencipta sebuah kabupaten baru yang dikenali sebagai Daerah Jempol sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil yang terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah. Majlis Daerah Jempol berfungsi selaras dengan tujuan utama dari tatacara itu, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Kerajaan Daerah UU 1876 171. Pada prinsipnya, fungsinya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk dalam wilayah bekerja dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, perancangan bandar dan negara, perlindungan alam sekitar, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.

Majlis Daerah Jempol kini menjemput individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong seperti berikut:

1. Penolong Akauntan (W2-1)

2. Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • jawatan kosong majlis daerah jempol 2012
  • jawatan kosong di majlis daerah jempol (mjl)
  • jawatan kosong majlis daerah jelebu 2012
  • kerja kosong di bahau
  • kerja kosong di bahau 2012
  • jawatan kosong bahau
  • jawatan kosong di bahau
  • kerja kosong bahau
  • jatawan kosong bahau
  • JAWATAN KOSONG SWASTA DI JEMPOL

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Santai <b>Di Teluk Kemang</b> | Portal Berita iKDN

Posted: 30 Jan 2012 06:05 AM PST

Oleh : CCSC Ampang

Port Dickson, 20 Januari : Bertujuan meningkatkan kecergasan jasmani residen selain memberikan peluang untuk menikmati alam semulajadi dan menenangkan fikiran, Cure and Care Service Centre (CCSC) Ampang telah menganjurkan program Santai Bersama Residen di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan baru-baru ini. Melibatkan 25 orang peserta terdiri daripada kakitangan CCSC Ampang, Pembimbing Rakan Sebaya dan residen CCSC Ampang, program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi taklimat oleh En .Ridzuan pegawai CCSC kepada para peserta. Sejurus selepas taklimat berkenaan, program tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka residen bersama para pegawai yang terlibat. Melalui maklumbalas yang diperolehi berkenaan pengajuran program tersebut, residen yang terlibat menyatakan bahawa secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk kembali kepada masyarakat selain memotivasikan diri untuk menjalani kehidupan sihat dan normal tanpa cengkaman dadah. 

, , ,

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


ABU SOFEYA: KURSUS UMRAH TERBUKA <b>DI MANTIN</b>

Posted: 15 Jan 2012 12:07 AM PST

Masjid Qariyah Kg. Gebok Mantin

Alhamdulillah seramai 14 orang jemaah dari Masjid Qariyah Kg Gebok Mantin akan turut serta mengerjakan Umrah pada 3 - 13 April 2012.

Justeru satu kursus 'Umrah siri pertama'  akan diadakan di Masjid ini seperti butiran berikut :

Tarikh : 22.1.2012
Masa  : 9.00 - 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Solat Masjid. 

Kursus ini juga terbuka kepada semua muslimin dan muslimat  yang berminat untuk mengetahui selok belok mengerjakan Umrah.

Ayuh..., jangan ketinggalan. Kita berjumpa di sana.

3 maut kereta bertembung <b>di Mantin</b>-Beranang |

Posted: 24 Jan 2012 03:09 AM PST

[unable to retrieve full-text content]NILAI: Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Mantin-Beranang di sini, hari ini.

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


nizamhasan-CUIT SIKIT: SEPETANG <b>DI PAROI</b> JAYA.....

Posted: 14 Apr 2012 08:49 AM PDT

Terengganu 1 Negeri Sembilan 0.
Begitulah keputusan perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu pada 14 April 2012. Khabarnya, pemain sayap kiri NS, S. Kunanlan tersepak ke gol sendiri. Ahhh! Tak kisahlah, gol sendiri sendiri ke, gol penalti ke, gol tendangan cantik ke, KALAH TETAP KALAH.
NS hanya kalah pertempuran di Kuala Terengganu. Bukan kalah keseluruhan liga musim ini. Malah, peluang untuk bangkit, terbentang luas Selasa ini apabila menjadi tuan rumah pula kepada Terengganu. Di Paroi nanti, kita hobenlah cukup - cukup. Biar penyu tak mampu bertelor lagi.
Sebelum itu, mari kita lihat dan kaji apa yang telah berlaku kepada rusa apabila berjumpa penyu semenjak duamenjak lalu.....
Di peringkat Liga Super, rusa dan penyu sebenarnya amat seimbang. Biasalah apabila dua pasukan hebat bertemu, hanya sedikit kesilapan bakal memisahkan mereka.
Itu liga. mari kita kaji pula di Piala Malaysia.
Piala Malaysia jarang - jarang menemukan rusa dan penyu. Apabila bertemu, keputusannya adalah seperti di atas.
Secara keseluruhannya, RUSA LEBIH BAIK berbanding Penyu. TAK PERCAYA? Lihatlah sendiri di bawah.....
Di atas adalah siri pertemuan rusa dan penyu di Liga Super dan Piala Malaysia yang aku kumpulkan mulai musim 2010 dan 2011. Harapan aku, biarlah keadaan itu berterusan di musim ini dan musim - musim akan datang.
Yang pasti, setakat 7 perlawanan terakhir itu, RUSA TIDAK TEWAS kepada Penyu di Paroi.
Petang SELASA 17 April nanti, mungkin inilah yang bakal berlaku di Paroi Jaya,
Sehingga tibanya detik itu, SOBA AJOLAH JANG DAN DARO YO! 

REMBAU HARI INI: Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 <b>di Paroi</b>

Posted: 16 Apr 2012 10:58 PM PDT

CERAMAH MOBILASI BERSIH 3.0
Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Kuala <b>Linggi</b> Hab Maritim Selat Melaka | N01 Kuala <b>Linggi</b>

Posted: 04 Apr 2012 10:17 PM PDT

Tawarkan kemudahan pelabuhan kapal ke kapal, jadi terminal tukar barang

'Kuala Linggi Hab Maritim Selat Melaka'

Kuala Sungai Baru 4 april 2012 ; Port Supai cukup sinonim dengan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi kerana ia adalah kota pertahanan tinggalan tentera Belanda dan Bugis.

Kesan peninggalan sejarah kota yang terletak di puncak Bukit Supai itu dibina sebagai tanda perdamaian bagi perang antara 1756 dan 1757. Berdasarkan sejarah, perjanjian antara tentera Belanda dengan Bugis telah berlangsung pada 1 Januari 1758. Hasil perjanjian, Belanda dibenarkan menguasai Linggi dan perdagangan bijih timah di situ.

Kini, Kuala Linggi yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Melaka dan berada di sempadan Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson sejauh 47 kilometer sudah jauh berubah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Di bawah teraju Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ar. Hj Ismail Hj. Othman, kehidupan penduduk di sini sudah banyak berubah. Penduduk Kuala Linggi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana yang lengkap dengan setiap rumah mempunyai bekalan air dan elektrik yang sempurna. Kemudahan awam di sini termasuklah sepuluh buah masjid, 22 surau, 1 sekolah menengah kebangsaan (SMK), lima sekolah rendah kebangsaan (SRJK) serta dua sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC).

Perkhidmatan bas awam juga masih beroperasi bagi memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Perkhidmatan jalur lebar pula terdapat di balairaya Kampung Sungai Tuang, Kampung Permatang dan Kampung Ayer Molek bagi memudahkan bukan sahaja pelajar tetapi juga seluruh masyarakat di sini menggunakan internet.

Di samping itu, terdapat 10 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB). Kampung yang terdapat di sini adalah Kampung Kuala Linggi, Kampung Bukit Darat, Kampung Tanjung Dahan, Kampung Tengah, Kampung Hilir, Kampung Permatang, Kampung Kuala Pantai, Kampung Guan, Kampung Baru, Kampung Telok Gong, Kampung Sungai Tuang, Kampung Ladang dan Kampung Ayer Molek. Perkampungan Cina terbesar ialah Kampung Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan Kampung Bukit Beruang.

Dua pusat pengajian di sini pula adalah Akademi Laut Malaysia yang menawarkan kursus berkaitan dengan ilmu perkapalan yang terletak di Kuala Sungai Baru dan Kolej Universiti Islam Melaka. Walaupun sektor pertanian bukan sumber ekonomi utama penduduk di sini, namun sektor pelancongan dan maritim menjadi tunjang pembangunan Kuala Linggi.

Telok Gong adalah lokasi tumpuan pelancong kerana mempunyai pantai yang cantik dan bersih, menjadi tumpuan pelancong setiap cuti hujung minggu dan umum. Terdapat banyak calet diusahakan penduduk disepanjang pantai Telok Gong dari Pekan Kuala Sungai Baru hingga ke Pengkalan Balak.

Sungai Linggi pula adalah produk pelancongan yang mempunyai tarikan tersendiri. Di sini cukup sinonim dengan udang galah dan pelbagai spesies ikan sungai seperti lampam, senangin, sembilang dan serkot. Kini terdapat sebuah taman rekreasi terletak berhampiran Sungai Linggi dikenalai sebagai Taman Lokan.

Medan ikan bakarnya juga tidak kurang hebat seperti Medan Ikan Bakar Terapung Kuala Sungai Baru dan Port Supai yang menyediakan pelbagai jenis ikan segar seperti jenahak, siakap, serkot, kepah, lokan, udang dan sotong. Selain itu, Taman Paya Laut menjadi produk ekopelancongan hutan paya bakau yang menyediakan calet, persiaran jalan kaki dan menara tinjau bagi menambah daya tarikan. Lebih menarik, taman ini turut menjadi tempat tumpuan spesies seperti memerang, burung bangau dan buaya bersantai.

Lebih penting, pelabuhan Kuala Linggi yang terletak di Kuala Sungai Baru pula bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi untuk menjadi hab maritime di Selat Melaka. Pada masa ini, pelabuhan tersebut menawarkan pelabuhan kapal-kapal (STS) bertaraf antarabangsa bagi kemudahan industri kargo cecair dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Konsep STS begitu mudah, kapal yang melalui Selat Melaka hanya perlu berhenti di Hab Perdagangan dan Pemunggahan Terapung Antarabangsa Linggi (LIFT Hub) melakukan pemindahan dan kemudian meneruskan perjalanan ke lokasi lain. Pelabuhan yang dikenali sebagai LIFT HUB berkenaan beroperasi di kawasan seluas 180 kilometer persegi di laut lepas iaitu terletak kira-kira 18 kilometer dari pantai Kuala Linggi.

Perairan Kuala Linggi mempunyai keistimewaan untuk menjadi pelabuhan STS utama dunia kerana mampu menampung 12 kapal tangki besar (VLCC) pada satu-satu masa. Kawasan ini mempunyai cirri-ciri geografi yang sesuai seperti laut yang tenang, dasar laut yang rata dan terlindung daripada ancaman tsunami dan angin monsoon.

Terbaru, pelabuhan Kuala Linggi menjadi terminal tukar barang (barter trade) selepas operasinya di Sungai Rambai dipindahkan ke sini pada 1 April lalu. Selain itu, kawasan ini juga bakal menjadi sebuah pusat perdagangan, khususnya antara Melaka dan Riau, Indonesia. Beberapa syarikat lain yang beroperasi di sini seperti Tidle Maritim, Team Maritim, Alam Maritim dan Delta Maritim.

Sementara itu, Ismail menekankan penduduk di sini harus percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mengubah dan membangunkan kawasan ini. "Tiada sebab rakyat di kawasan ini perlu berubah fikiran untik memilih kerajaan lain berbanding apa yang telah dilakukan oleh BN. Kuala Linggi sudah banyak berubah, peningkatan dalam sektor ekonomi terutama pelancongan memberi banyak limpahan rezeki kepada penduduk.

"Pelabuhan Kuala Linggi pula akan dibangunkan sebagai hab maritime di Selat Melaka. Pada masa ini, banyak perancangan besar sedang dilakukan untuk menjadikan pelabuhan ini antara yang tersibuk.
"Secara tidak lansung ia akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini," tegas Ismail lagi.

UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH : KHAMIS 5 APRIL 2012

"TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL"
"1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
"MELAKA MAJU NEGERI KU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU"

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Apabila dikenang persinggahan <b>di Serting</b> - MY_DeSTiNaTioN

Posted: 10 Dec 2011 06:10 PM PST

Assalamualaikum,
Fuhhhhhh lama sungguh tak ku update blog ni. dah mcm sesawang yang sebenar. Bukannya laman sesawang www tetapi the real sesawang.

Penangan zaujahku yang mahu aku kembali melibatkan diri dalam dunia blog benar benar menguji....mencabar sungguh dibuatnya. Dah pakai tablet ni moga memudahkan urusanmemblogging. Saat ini aku berada di rumah ayah mertuaku di serting. Setiap kali melalui mrsm serting mahupun menyusuri rumah Allah Masjid Bandar Seri Jempol, pasti terkenang kenangan tahun 2002 dan 2007. Lebih 9 tahun yang lalu ketika mewakili mrsmku ke TUNAS SAINTIS bertuankan mrsm serting. Walaupun tidak memenangi apa apa, namun berasal di serting la s
eorang gadis telah menjuarai hati ini dan kini berada di sebelah ku dan dilantik sebagai peneman hidupku didunia dan akhirat.

Catatan Pak Mail: TLDM hasilkan produk makanan daging salai

Posted: 16 Apr 2012 10:33 PM PDT


Pastinya penggemar makanan daging salai ternanti-nanti untuk menikmati hidangan daging salai ciptaan TLDM yang akan dijual di pasar raya sebaik sahaja ianya dikomersilkan.
Bagaimanakah rasanya. Enak ke....
Saya antara penggemar makanan daging salai. Andaikata kami (seisi keluarga) pulang dari rumah Mak Ngah di Serting, kami akan singgah di satu gerai di Batu Kikir untuk membeli beberapa keping daging salai yang pada pendapat saya sedap dirasai. Dagingnya lembut, enak dan tidak liat.
Masakan yang seisi rumah saya gemari pastinya masak lemak cili api.
Sama-samalah kita (penggemar daging salai) menanti kemunculan hidangan daging salai ciptaan TLDM ini. Pastinya kena cuba.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


tun faisal dot com: #AmanKampus: Kini <b>di Kuala Pilah</b>!

Posted: 06 Feb 2012 06:00 PM PST

#AmanKampus : Putrajaya - Tasik Titiwangsa - Kini Di Kuala Pilah Negeri Sembilan



Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat yang dilancarkan di Putrajaya awal pagi tadi (nota: semalam) kini selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebaik sahaja konvoi dilepaskan oleh YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor kembara yang membawa lebih 180 mahasiswa ini terus ke Medan Selera Presint 9 untuk melakukan aktiviti 'Info Siswa'. Mahasiswa yang terlibat diagihkan kepada empat kumpulan di mana mereka diberikan tugasan untuk mendekati masyarakat dengan melakukan soal selidik.

Antara soalan-soalan yang diajukan oleh para mahasiswa ini adalah permasalahan yang dialami oleh rakyat setempat, selain itu kumpulan mahasiswa ini turut mengajukan soalan sama ada masih ada janji-janji yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan.

Hasil maklum balas ini yang diberikan oleh masyarakat ini, akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selesai dua sessi 'Info Siswa' kumpulan mahasiswa ini terus bergerak ke Kuala Pilah dan yang paling menarik adalah aksi mereka ketika berhenti untuk solat di Hentian Rehat & Rawat Seremban di mana kumpulan mahasiswa ini mengibarkan kain rentang menyatakan sokongan penuh mahasiswa kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Antara foto menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :



Selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ikuti laporan rasmi aktiviti Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat di blog LIVE-AMANKAMPUS [KLIK]

Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat yang dilancarkan di Putrajaya awal pagi tadi (nota: semalam) kini selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebaik sahaja konvoi dilepaskan oleh YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor kembara yang membawa lebih 180 mahasiswa ini terus ke Medan Selera Presint 9 untuk melakukan aktiviti 'Info Siswa'. Mahasiswa yang terlibat diagihkan kepada empat kumpulan di mana mereka diberikan tugasan untuk mendekati masyarakat dengan melakukan soal selidik.

Antara soalan-soalan yang diajukan oleh para mahasiswa ini adalah permasalahan yang dialami oleh rakyat setempat, selain itu kumpulan mahasiswa ini turut mengajukan soalan sama ada masih ada janji-janji yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan.

Hasil maklum balas ini yang diberikan oleh masyarakat ini, akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selesai dua sessi 'Info Siswa' kumpulan mahasiswa ini terus bergerak ke Kuala Pilah dan yang paling menarik adalah aksi mereka ketika berhenti untuk solat di Hentian Rehat & Rawat Seremban di mana kumpulan mahasiswa ini mengibarkan kain rentang menyatakan sokongan penuh mahasiswa kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Antara foto menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :



Selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ikuti laporan rasmi aktiviti Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat di blog LIVE-AMANKAMPUS [KLIK]

Double - Y: #AmanKampus : Putrajaya - Tasik Titiwangsa - Kini <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 04:49 AM PST


Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat yang dilancarkan di Putrajaya awal pagi tadi kini selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebaik sahaja konvoi dilepaskan oleh YB Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor kembara yang membawa lebih 180 mahasiswa ini terus ke Medan Selera Presint 9 untuk melakukan aktiviti 'Info Siswa'.Mahasiswa yang terlibat diagihkan kepada empat kumpulan di mana mereka diberikan tugasan untuk mendekati masyarakat dengan melakukan soal selidik.

Antara soalan-soalan yang diajukan oleh para mahasiswa ini adalah permasalahan yang dialami oleh rakyat setempat, selain itu kumpulan mahasiswa ini turut mengajukan soalan sama ada masih ada janji-janji yang dibuat oleh kerajaan kepada rakyat yang masih tidak ditunaikan.

Hasil maklum balas ini yang diberikan oleh masyarakat ini, akan dikumpulkan dan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Selesai dua sessi 'Info Siswa' kumpulan mahasiswa ini terus bergerak ke Kuala Pilah dan yang paling menarik adalah aksi mereka ketika berhenti untuk solat di Hentian Rehat & Rawat Seremban di mana kumpulan mahasiswa ini mengibarkan kain rentang menyatakan sokongan penuh mahasiswa kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Antara foto menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :



Selamat tiba di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Ikuti laporan rasmi aktiviti Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat di blog LIVE-AMANKAMPUS [KLIK]

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


www.telokkemang.blogspot.com/: Anwar Ibrahim <b>di Lukut</b> - Ribuan <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 10:05 PM PDT

Rabu, 18 April 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Once a Sdarian...: Kisah satu jalan <b>di Seremban</b>.

Posted: 25 Mar 2012 08:22 AM PDT

Oleh kerana kerja-kerja seperti ini.
Dan keadaan sering berlaku seperti ini.
Jalan ini telah diberi jolokan ini.
Pihak berkuasa pun membaiki jalan ini dan menurapnya semula.
Tapi tunggu dulu. Sila lihat di sebelah kanan gambar itu. Itu ialah longkang untuk jalan ini yang telah dinaikkan parasnya. Saya bukan orang kejuruteraan, oleh itu saya tak berani komen. Oleh itu saya pun menghantar gambar itu ke Facebook saya dan berikut adalah antara komen yang saya terima:
Just like roads in Kuwait ... no longkang. maybe this place no rain also lah. 
seblah kanan nampak macam longkang tapi kenapa nampak longkang lebih tinggi dari jalan? 
Drainage higher than the road? 
I thought that structure is for TNB or TM to bury their cables. If that is the longkang structure, I think you really need a Civil Engineer to explain how it works. 
kut ada lubang bawah structur macam pagar tu kut...mungkin la. 
 Longkang cum road kerb? Haha 
 Longkang tu hanya untuk perangkap air turun dari bukit atas tu aje... agar tak melimpah ke jalan (marine engineer) 
Mungkin level Jalan nak dinaikkan agaknya. 
senang cerita...ini kes kontraktor tak cekap baca drawing...atau taknak tanya bila ada discrepencies... 
Ini sebenarnya adalah projek utk thn 2020....
setahun sekali resurface 2",nanti samalah ngan level longkang tu.... 
Longkang tu guna teknologi ala-ala smart-tunnel... ;-) 
maesti ada tujuan tu... di gersik ada buat lebih kurang macam ni... yang ini mungkin nak salur air dari bukit... 
kalau benda satu blunder pun mungkin jugak... sebab masa di tengganu dulu.. ada satu longkang mengalir ke bukit (bukan dari bukit)... bayangkan, macam tak percaya tapi ia berlaku. (maksudnya longakang dari kawasan yang lebih tinggi turun ke tempat rendah dan tiada outlet ke tempat rendah... hahahhaha... 

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


teganuku: Liga Perdana - Terengganu Seri <b>Di Paroi</b>. T-Team Kalah <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2012 06:17 PM PDT

Terengganu sekadar mengutip satu mata di Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi menentang Negeri Sembilan dan gagal mengutip mata penuh seperti perlawanan di Kuala Terengganu akhir minggu lalu.

T-Team pula tumpas di gelanggang sendiri kepada Kelantan dan keputusan itu memberikan Kelantan ruang untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Super, Lions XII dari Singapura.

Lion XII semalam kembali melebarkan penguasaan selepas membelasah wakil kelab Lembah Klang, PKNS Selangor dengan jaringan 5-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Negeri Sembil gagal memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu mengutip satu mata selepas terikat 1-1 ketika menentang Terengganu.

Penyerang import skuad Penyu dari Liberia, Francis Forkey Doe (gambar kiri) membuka tirai jaringan pada minit keempat sebelum Jean Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-21.

T-Team tersungkur 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu walaupun akhir minggu lalu berjaya mengikat Kelantan di Kota Bharu dengan 1-1.

Khairul Izwan Khalid membuka tirai jaringan untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-52 sebelum S. Chanturu menyamakan kedudukan untuk skuad Kijang pada minit ke-67.

Penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohammed Ghaddar Mahmoud mengesahkan kemenangan pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-88.

Di Singapura, lima gol menerusi Safuwan Baharudin pada minit ke-17, Shaiful Esah Nain (minit ke-19), Sevki Sha'ban (minit ke-26) dan Agu Casmir (minit ke-53 dan ke-87) membolehkan mereka terus mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan mengumpul 36 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Selangor  'merasmikan' pembukaan semula Stadium Shah Alam dengan nota ceria menewaskan Johor FC 2-0, tambahan dibantu kehadiran pasukan pelawat tanpa jurulatih K Devan yang baru meletak jawatan serta penyerang import, Arthur Hendrique yang digantung perlawanan.

Kedua-dua gol Selangor dijaringkan penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban pada separuh masa kedua.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim ternyata menguasai permainan separuh masa pertama dan percubaan pertama Selangor pada minit ke-19 menerusi rembatan jarak dekat kapten, Amri Yahyah berjaya dihadang baik penjaga gol Johor FC, Anis Faron Arsidi.

Bersambung babak kedua, jurulatih sementara Johor FC, Azmi Mohamed terpaksa mengeluarkan Anis Faron seawal minit ke-48 kerana kecederaan hamstring dan memasukkan penjaga gol kedua, Zamer Selamat.

Jaringan Ramez Dayoub selepas menyambut sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-53 dibatalkan pengadil kerana ofsaid, namun tiga minit berselang, Selangor akhirnya memperoleh gol pertama menerusi penyudah kemas Balaban di depan pintu gol selepas menerima lorongan cantik Solihin Kanasian.

Sisa perjuangan Johor FC lebur apabila Bosko menanduk cantik gol kedua Selangor berpunca sepakan sudut Safiq pada minit ke-86 untuk membolehkan Selangor membuka saingan pusingan kedua dengan meraih kemenangan keenam musim ini.

Felda United pula mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas Kuala Lumpur menerusi jaringan tunggal Mickael Antoine-Curier pada minit ke-56 dalam perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kedah bangkit daripada kekalahan kepada Sarawak tiga hari lepas dengan menewaskan pasukan tersebut, 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Dua gol skuad Kenari dijaringkan penyerang import dari Croatia, Vedran Gerc pada minit ke-54 dan ke-55 permainan.

Sementara itu, Perak yang menurunkan pemain import baru dari Cameroon, Albert Dominique Ebosse Bodjongo buat kali pertama pula gagal menampilkan aksi memberangsangkan selepas terikat, 2-2 ketika menentang Sabah di Stadium Perak, Ipoh.

Dua gol skuad Seladang dijaringkan pemain import dari Slovakia, Michal Kubala pada minit ke-34 dan ke-90 manakala dua gol Sabah dijaringkan oleh penyerang Zainizam Marjan pada minit ke-45 dan ke-60.

Selasa, 17 April 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Panglima Perang Cyber: Malam Ini Panglima <b>Di</b> Pondok <b>Rasah</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2011 03:29 AM PDT




SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF
TEMPAT: MADRASAH AS-SAIDIYYAH
SURAU KAMPUNG PONDOK RASAH
70300, RASAH, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

TARIKH/MASA: Waktu Maghrib pada 14 Mei 2011/11 Jamadil Akhir 1432H/SABTU MALAM AHAD

PERBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH:
Prinsip-prinsip Dalam Ilmu Tarekat
Oleh Dr. Jahid B. Sidek al-Khalidi
Khalifah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah
Ahli Majlis Jilsah Sufiyah Kerajaan Negeri Sembilan
Pengasas dan Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mantan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu
Penulis tamu di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
"MEMAHAMI TAREQAT TASAWUF SERTA MEMPERKASA PARA IKHWAN DAN MEMPERTEGUH INSTITUSI TAREQAT"
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
Nota : Ubat kepada perpecahan Melayu Islam ialah Zikrullah Dan Selawat Keatas Rasulullah !!!
Ayuh belajar tasauf dan carilah guru tasauf yang sah dan bersambung sanad mereka kepada Rasulullah saw...
Atau lapangkan diri menghadiri majlis mereka.... Jumpa di sana !!!

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


PeRCuTiaN LaST MiNuTe <b>Di TeLuK KeMaNG</b> - Wonderful <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:10 PM PDT



Entry ni penuh ngan gambar ye..:D
Alkisahnya tengah2 bulan 3 baru ni en.hubby dapat cuti 3 hari + 2 hari cuti hujung minggu..asalnya plan nak balik kampung, tapi entah camne tiba2 lak en.hubby ajak aku pi bercuti ke PD..so, book la hotel di Teluk Kemang. Memang ktorg tak pernah pi TK ni..;)
Sume hotel yang kami nak, fully booked..;(
Ntah nape la ramai lak orang bercuti time tu, padahal cuti sekolah dah habis..mungkin orang ada kursus kat situ kot. Takpe la dah takde rezeki ktorg nak menginap kat hotel2 best.
Mula2 tu dah rasa give up, sebab dah letih kol hotel2.
Selang sehari kemudian, try la kol satu resort ni, Klana Beach Resort. Baru lagi rupanya resort ni. Yang best, ianya macam Islamic view. At last, kami book je la sebab sudah amat letih dok kol2. Kami booking through booking.com. 
Booking tu kena taruk kad kredit sbg confirmation booking hotel tu.
Dalam pukul 10 lebih pagi hari Rabu (28 Mac 2012) kami bertolak dari KL. 
Sesat gak nak mencari Klana Beach Resort ni sebab kedudukan resort ni adalah ke dalam2..dahla signboard ni amat kecil..waduh2..kalo cari kat gps, memang takde la, ye la sebab ianya masih baru.
Makan tengahari dulu di Bangi Kopitiam, dah dekat area TK.
Dah selesai makan, tengok2 jam, ermmm lambat lagi nak check in ni..:(
so ke pantai la kita, yeayyy!!!
Bergambar la sepuas-puasnya

Dah lama duk menuggu, jemu lak duk bergambar, kedua2 suami isteri dah tak tentu arah dah
asik duk pikir katil dan bilik air je..hikhik


Kedai tak banyak yang bukak..biasa2 je..






 Dah nak dekat pukul 3 petang, kami terus check in hotel.
Tengok bangunan dia, baru lagi, banyak giler parking.

Masa ktorg sampai, sunyi giler ok. Kat parking pun just 5 buah keter je ada.
Keesokkan hari, parking dah mula penuh.

Masa booking aritu, bilik jenis ni je yang available, so terpaksa la amik..:(
Mujur katil ni boleh dirapatkan..hehe

Perut lapar balik. So after mandi dan solat di hotel, kami pi makan di restoren dekat dengan pantai teluk kemang.
Terkedu dengan papan tanda di kedai makan tu, terus snap..haha..mujur sedap char kuew teaw dia.
Pas makan, en.hubby nak mandi kolam, tapi aku segan lak, sebab kolam kat hotel ni asing untuk laki dan pompuan..takkan la aku nak mandi sorang2 kat sana..hukhuk..so aku tengok je la dia mandi;(



 Dah keboringan tengok en.hubby mandi, aku main2 snap gambar je la..

yeayyy malam tu kuar makan lagi..asik makan je ktorg ni..hehe


Tengahari hari kedua kami di sini, kami makan di Restoren Nasi Kukus Cowboy..best sangat!!!







View dari kolam hotel kami menginap

Malam tu kami makan di satu restoren berdekatan dengan Bangi Kopitiam. Salah satu menu kami order ketam masak masam manis..best gileerrrrr!!!
Teringat lagi sampai sekarang..
Bersiap mau turun breakfast
Dah nak balik baru teringat nak snap gambar di cafe..huhu

 en.hubby makan banyak..hehe


 Disertakan doa makan dan selepas makan di atas setiap meja. 
***ni je la gambar yang mampu ditepek di sini setelah ditapis2..hehe..***

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Tanah Kebun <b>Di</b> Terachi <b>Kuala Pilah</b> | Iklan Percuma untuk <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:56 PM PDT

You have to be logged in / register to post a classified ad.
Register

Description

Bookmark and Share

Keluasan 4 ekar
1 km dari jalan Besar
Ada jalan masuk ke kebun
Harga RM48k seekar nego sampai jadi
Direct owner
Malay reserve
Serius Buyer Only…
sms 010-3355361


Website :

URL: http://azsuperb.blogspot.com
Tags: , ,
Stats: 275 total views, 4 so far today

Images

There are no images

Iklan Banner JaguhInternet Network

Letak Banner di sini          

Sponsored Links

Item Location


www.JimatMinyak2u.com

Keuntungan EJEN sehingga 125%

Posted By:

Terachi Kuala Pilah

April 5, 2012 3:56 am

0103355361

287 days, 17 hours

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


Adam Adli 2 Mac 2012 <b>di Gemas</b>, N.Sembilan - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:37 AM PST


PROGRAM SISWA BANGKIT BERSAMA RAKYAT

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Tempat: Markas PAS Felda Pasir Besar, Gemas, N.Sembilan

Bersama :

~ Sdr Adam Adli , PEMIMPIN Siswa UPSI

~ Sdr Shamsul Bakri , Naib Presiden ANAK

~ Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Hj Razakek Abd Rahim , Naib Yang Dipertua PAS Tampin

ads