Isnin, 16 April 2012

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>serting</b> hilir - Google Blog Search

Posted: 29 Feb 2012 12:00 AM PST

heLLo peopLe !!! fuuhh...fuuuhhh...fuuuhh *tiup2 habuk yang semakin degiL nak meninggaLkan bLog bersawang neh* hurmm...sejak2 masuk beLajar baLik nie, CG dah semakin maLas nak update bLog...yee, anda tak saLah baca, CG memang pemaLas !! *ngeh3* keje takdeLah banyak mana, tapi memang dah jenis pemaLas tak ketahuan haLa...memang Lah bLog tak update Langsung kan *sorry okay semua paparazzi dan staLker2 prihatin sekaLian*

so, sebagai pembuka tirai kepada entry baru, CG dengan suka hati nak memberitahu seLuruh rakyat jeLata tentang aktiviti ohshem yang dah CG buat dari 30 september sampai 3 oktober Lepas *bunyik macam dah Lamee jee, padehaL baru 2 hari Lepas..HAHHAHA* sesungguhnya, CG teLah terpiLih untuk menyertai program anak angkat di FELDA di NEGERI SEMBILAN yang dianjurkan oLeh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang meLibatkan 3 zon feLda : raja aLias, serting hiLir dan jugak paLong...okayy, nak cerita banyak2 memang maLas...so, dengan maLasnya CG pon tempekkan gambar2 yang berjuta Lemon nie sambiL meLetakkan caption...

apee yang menarik daLam program nie adeLah : terasa macam berada kat hoLLywood sebab jumpe 'justin bieber' , 'shah rukh khan' , 'micheaL jordan' , 'kareena kapoor' dan macam2 Lagi Lah *giggLes*

dimuLakan dengan gambar2 anak2 buah yang super aktif !! oh !!! comeL sungguh mereka neh~

kak shasha *yang nie tak jumpee Link FB nyee*

add, jangan tak add okayy =)

gambar famiLy angkat tak dapat nak upLoad sebab takde daLam camera CG, sedih raseenyeee...takpee, nanti CG update Lain okayy =)

aLhamduLiLLah, semuanya berjaLan dengan Lancar...disamping kami semua mengikuti program ini dan bersuai kenaL dengan orang feLda, CG rasa kenaLan CG bertambah dan yang Lebih manis Lagi biLa ade rakan2 dari hoLLywood dan boLLywood yang CG kenaL *HAHHAHAHAA* pengaLaman yang sangat menarik:

  • ajar student foreigner cakap bahasa meLayu *peLat okayy*
  • boLeh dikatakan setiap hari menjadi transLator kepada bahasa inggeris yang membuatkan rase macam takde pape pon converse in engLish nie *poyo*
  • makan masakan omak yang awesome...masaL Lemak ciLi api *podeh weh*
  • naik atas hi-Lux ronda seLuruh kampung...
  • beLajar cakap bahasa hindi...

banyak Lagi pengaLaman yang tak dapat nak dikongsi bersama...yang baik itu kami bawa puLang, dan yang tak berapa nak baik itu kami ambiL sebagai pengajaran...tahniah dan terima kasih kepada Asia Pasific InternationaL Univercity in TechnoLogy and Inovation (UCTI) *sungguh panjang nama uni mereka* , terima kasih kepada KPT sebab bagi kami peLuang keemasan nie dan semoga jumpa Lagi kepada semua universiti2 yang hadir tempoh hari...maafkan saLah siLap kami dan semoga berjumpa Lagi !!

*tepuk2 terima kasi, tepuk2 muah2, tepuk2 jaLan dobi...HAHAHAHHAHA*

p/s : jangan Lupee join segmen FAKE LOVER tuh =)

Full content generated by Get Full RSS.

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Pilah</b> (MDKP) |

Posted: 26 Mar 2012 08:20 AM PDT

Awalnya, Majlis Daerah Kuala Pilah dikenali sebagai Majlis Bandaran Kuala Pilah (MBKP). Ditubuhkan pada bulan Februari 1957.MBKP dikategorikan sebagai Majlis Bandar bersama-sama dengan bandar-bandar kecil yang lain seperti; Rompin, Kg. Tengah, Tg, Ipoh, Padang Lebar, Juasseh, Batu Kikir, Jelai, Dangi, …

Read more »

Artikel / berita lain berkaitan:

Ahad, 15 April 2012

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b>, Jelebu 17 April

Posted: 15 Apr 2012 02:06 AM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air di Seremban membabitkan Taman Bukit Galena mulai jam 10 pagi hingga 4 petang manakala Kampung Mawar dan Kampung Baru Mambau mulai jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Gangguan bekalan air di Jelebu pula mulai jam 8 pagi hingga 8 malam membabitkan Pekan Titi, Sungai Muntoh, Kampung Sungai Rotan 1 dan 2, Taman Mawar, Taman Desa Permai, Taman Sri Kenaboi, Taman Bukit Kempas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Penjara Jelebu, Pusat Akidah, Pusat Serenti, Kampung Puom, Kampung Chennah, Kampung Chalin, Felda Titi dan Perikanan Jelondong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual ini adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

Azlan berkata, bekalan air dijangka akan disambungkan semula secara berperingkat selepas tempoh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan mereka akan mengambil masa.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


C.E.R.I.T.E.R.A SARA: Lepak-lepak <b>di Teluk Kemang</b>

Posted: 14 Apr 2012 10:20 PM PDT

11 April 2012.. Cuti kan hari tu? Cuti pertabalan agong. Yeay! cuti!.. Heee...
Dan kebetulan pula kawan saya ajak temankan dia ke Seremban. Saya ok je.. Bab berjalan memang lajuuuu jee... ahaks..
Pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya.. tapi itu tidak membatalkan perancangan yang telah dibuat.. Pepagi lagi dah gerak ke Wangsa Melawati. Temankan Izyan ke rumah mak ciknya untuk ambil barang-barang yang hendak dibawa kepada emaknya di Seremban. Wee... dapatlah breakfast free.. Thanks mak cik dan pok cik!. Hee..
Hujan pun dah reda, kami pun gerak ke Seremban dengan jayanya.. AHaks.. Sekitar jam 12.30 tengah hari sampailah kami di Seremban. Selesai segala urusan, kami pun pergi ke Port Dickson. Nak balik KL macam awal lagi. Sepetang dihabiskan di tepi pantai.. Release stress.. Enjoy the day~

Indahnya dapat lepak-lepak di tepi pantai. Jujurnya, saya sukakan pantai! Hee... Angin laut sangat mendamaikan. Segala resah, masalah semuanya boleh dibuang laut ke tengah lautan.. Release minda seketika. Memang terapi minda yang terbaik!!..




Haaa... ingat tak? Petang tu jugalah berlakunya gempa bumi di Sumatera barat. Bergegar juga bumi Malaysia. Tapi masa tu saya dah dalam kereta.. On the way back to KL. Tak sedor pun ada gegor-gegor. Sampai dekat RnR seremban, tengok ada miscall dari emak dan kakak. Aih, emergency apa pula ni?? Cepat-cepat call semula.. Rupa-rupanya...
"Dekat rumah ni dah bergegaq-gegaq dah.. Gempa dekat Sumatera Barat.."
Owhhhh... Macam manalah nak rasa kalau dok dalam kereta.. Eheh..

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Seremban, <b>Jelebu</b> 17 April

Posted: 15 Apr 2012 02:06 AM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini berikutan kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air di Seremban membabitkan Taman Bukit Galena mulai jam 10 pagi hingga 4 petang manakala Kampung Mawar dan Kampung Baru Mambau mulai jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Gangguan bekalan air di Jelebu pula mulai jam 8 pagi hingga 8 malam membabitkan Pekan Titi, Sungai Muntoh, Kampung Sungai Rotan 1 dan 2, Taman Mawar, Taman Desa Permai, Taman Sri Kenaboi, Taman Bukit Kempas, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Penjara Jelebu, Pusat Akidah, Pusat Serenti, Kampung Puom, Kampung Chennah, Kampung Chalin, Felda Titi dan Perikanan Jelondong," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan paip dan pencucian kolam berjadual ini adalah antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

Azlan berkata, bekalan air dijangka akan disambungkan semula secara berperingkat selepas tempoh tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya di kawasan mereka akan mengambil masa.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


MB Selangor <b>di Kuala Pilah</b> 10 Mac 2012 - PAKATAN RAKYAT <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 06:14 AM PST


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pekan Seri Menanti, N.Sembilan

Penceramah :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

~ YB Dato Ir Amiruddin Hamzah, EXCO Kedah

~ YB Dato Abd Halim Hussein, Speaker DUN Pulau Pinang

JAMUAN MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DANA PRU13 PILAH

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 mlm

Tempat : Hotel Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

~ YB Teresse Kok

~ YB Khalid Samad

Hubungi : Kamarul 012-6030042, Boy 013-6520582, Pak Mat 017-6469950

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Jenayah <b>di Negeri Sembilan</b> turun 81 kes - Utusan Malaysia Online <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2012 07:34 PM PDT

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes

Jenayah di Negeri Sembilan turun 81 kes


ABDUL Manan Mohd. Hassan memeriksa barisan kawalan kehormat pada Majlis Perbarisan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson, semalam.


TELOK KEMANG 13 April - Kadar kes jenayah di negeri ini bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini menurun sebanyak 81 kes atau 5 peratus kepada 1,519 kes berbanding 1,600 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Manan Mohd. Hassan berkata, jenayah kekerasan didapati meningkat kepada 418 kes tahun ini berbanding 311 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, iaitu sebanyak 34.41 peratus.

Beliau berkata, kes jenayah harta benda mencatatkan penurunan iaitu 1,101 kes pada tahun ini berbanding 1,212 kes tahun lepas.

"Kedudukan kes bagi jenayah jalanan menyaksikan kenaikan sebanyak 15 kes iaitu dari 119 kes tahun lalu kepada 134 kes tahun ini," katanya ketika berucap pada Perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-42 di Padang Merdeka, Port Dickson di sini semalam.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Pengajian Hadith <b>di</b> Surau <b>Serting</b> Tiga - PERSATUAN <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 11:18 PM PST






Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah, segala pujian yang hanya layak dan mutlak bagi Allah 'Azzawajalla Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang suci lagi solehah, ke atas para sahabat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia, dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak. Amma Ba'du..

Alhamdulillah pada 21 Januari 2012 hari sabtu lepas kuliah pengajian hadith yang disampaikan oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi bertempat di Surau Serting 3, FELDA Raja Alias 3, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lebih dari seratus jemaah yang hadir untuk mendapat faedah dan manfaat ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rajab. Pengajian disini menggunakan buku yang disusun sendiri oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab yang bertajuk "40 HADITH NABI SAW MENGENAI ILMU DARIPADA SOHIH IMAM BUKHARI DENGAN SANAD RIWAYAT AL-IMAM AL-ARIF SAYYID MUHAMMAD BIN IDRIS AL-IDRISI AL-HASANI" Setakat ini telah 32 Hadith yang telah ditamatkan pengajiannya di surau tersebut selama 4 tahun.

Apa yang menarik kuliah pengajian SF. Syeikh Muhammad Rajab adalah setiap kali pengajiaannya beliau akan menyebut sanadnya sampai kepada pengarang sohih bukhari iaitu Imam Bukhari. Juga dimaklumkan kitab ini mungkin dikhatamkan pada tahun ini dengan izin Allah 'Azzawajalla dan syafaat empunya hadith iaitu Baginda Rasullah SAW. Insya Allah 'Azzawajalla pengajian untuk bulan hadapan akan diadakan pada 18 Februari 2012. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sabtu, 14 April 2012

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


<b>Juasseh</b> Cafe: TURBO INTERCOOLER

Posted: 10 Apr 2012 02:45 AM PDT

TURBO
Turbo adalah singkataan kepada turbocharger, satu kaedah untuk memaksa arus berupa gas yang terbit dari exhaust untuk memutarkan turbin dimana ia berfungsi sebagai pump untuk menolak masuk udara ke ruang pembakaran didalam enjin. Pump ini dari jenis 'centrifugal compressor' atau berbentuk sesiput dimana ia di kuasakan oleh kipas pepisau atau 'turbine' yang di pacukan oleh gas yang terbit dari 'exhaust'. Kaedah ini banyak terdapat dalam kenderaan sebagai plihan kepada pengguna atau sebagai alat tambahan selepas jualan.                                                           
                                                              Sejarah
Turbo dari perkataan Greek bermaksud berpusing dan bergaul, ia telah bermula seawal abad yang ke19 apabila Gottlied Daimler mempatenkan teknik mengunakan gear memacukan pump untuk menolak udara kedalam ruang pembakaran enjin dalam tahun 1885. Turbocharger telah direka oleh jurutera Swiss Alfred Buchi yang menerima paten dalam tahun 1905 mengunakan 'compressor' yang dipacukan oleh gas dari exhaust untuk menolak udara kedalam ruang piston didalam enjin.

Antara 'Turbochargers' dan 'Superchargers'

Kedua dua perkara diatas adalah apa yang dipanggil 'Induction system' atau sistem sediaan arus. Perbezaan antara kedua ialah 'turbochargers' di pacu mengunakan gas yang terbit dari exhaust, sedangkan 'Superchargers' dipacu mengunakan tenaga mekanikal dari enjin samaada mengunakan belt dan puli atau rantai dan sprocket atau pun gear.
INTERCOOLER
Intercooler atau nama lain 'heat exchanger'merujuk kepada  apa saja alat yang digunakan untuk menyejukan zat zat (fluid) samada cecair atau gas yang menjadi sisa terhasil semasa proses pemanasan.

Sejarah
Tidak dapat dipastikan siapa yang mula mula mengunakan kaedah ini atau siapakan yang mula mula mereka sistem ini, sistem ini  telah wujud pada sekitar 80an mungkin pada tahun 1985 atau mungkin telah wujud lebih awal dari itu, tiada fakta yang jelas.

Fungsi 'intercooler'

Intercooler dimana kebanyakannya digunakan untuk 'air comperessor, air conditioner, peti ais dan 'gas turbine'. Gas turbine sebagaimana diketahui banyak terdapat dalam bidang automative, ia digunakan sebagai sejukan udara ke udara  (air to air) atau sejukan udara ke cecair (air to liquid cooler).
   Intercooler akan di sambungkan kepada sistem tekanan sediaan atau disebut 'induction' seperti 'turbo chargers' atau ' superchargers'. 'Induction pula akan menyalurkan zat zat yang telah disejukan keadalam sistem pembakaran enjin (combustion engine) untuk menambah keberkesanan kemampuannya atau disebut 'volumetric efficiency' . Keberkesanan ini diukur pada paras pengiraan kemampuan atau disebut 'isobaric' atau pada paras kestabilan tekanan (constant pressure) semasa
penyejukan.   

Ia sebenarnya adalah untuk menyejukan sisa pembakaran yang kebiasanya dibuang melalui exhaust tetapi dikitar semula untuk mengerakan bilah bilah kipas dalam sistem turbo kemudian diberi nafas baru apabila disejukan yang akan menambahkan oksigen dengan itu dapat dimenafaatkan semula oleh sistem pembakaran diadalam injen.

 Sebahagian dari 'turbo'
Intercooler adalah salah satu bahagian dalam sistem 'Turbo' namun begitu tidak semestinya  sistem tubo itu memerlukan intercooler andainya sistem turbo itu hanyalah untuk kegunaan ringan. Sistem 'Turbo' dalam bidang automative keperluannya  adalah lebih diambil kira kerana ia termasuk dalam kegunaan berat.

Bentuk fizikal
   Bentuknya seperti 'radiator' tetapi hanya mendinginkan udara yang telah dimampatkan kedalam 'tubin' kemudian disalurkan semula kedalam ruang pembakaran didalam enjin untuk membantu pembakaran yang lebih baik. Kebiasaanya ia dipasang samaada dihadapan enjin berdekatan dengan radiator atau diatas enjin dengan bentuk seperti hidung atau disebut 'hood scoop' diatas penutup enjin.
TMIC

   Jenis 'hood scoop' atau disebut juga TMIC (top mounted intercooler) udara akan memasuki 'hood scoop' terus melalui gril ke saluran bawah penutup enjin. Kaedah ini kadangkala mengalami kepanasan disebabkan kedudukannya yang dekat dengan enjin yang panas  mencecah 4500 C hingga 10000C , ini boleh mengurangkan keberkesanan nya.

FMIC

FMIC (front mounted intercooler) dimana udara dipaksa melalui hadapan bumper, kerana ia melalui bumper yang terbuka rekaan ini jauh lebih bagus dari segi keupayaannya. Kelemahan kaedah ini ialah seluruh sistem ini terdedah kepada serangan dari serpihan sisa runtuhan atau 'debris' disebabkan kedudukannya disebelah bawah depan dan dengan keadaan bumper yang terbuka. Kadangkala lokasi pemasangan boleh di ubah kebelakang radiator bergantung kepada keadaan yang  menyebabkan   kepanasan enjin.

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


Berbuka <b>di</b> Kem <b>Rasah</b> Erat Perhubungan | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2010 08:47 AM PDT

RASAH, 19 Ogos – Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Kem Angkatan Tentera Darat Malaysia di Rasah memberi peluang kepada kesemua anggota keselamatan negara itu untuk mengeratkan ikatan sesama anggota disamping beramah mesra bersama-sama Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.

Majlis yang diadakan itu juga turut dihadiri dari pelbagai unit dan kem  di seluruh negeri antaranya dari Kem Senawang, Kem Sikamat, Kem Port Dickson dan banyak lagi.

Menurut salah seorang anggota yang hadir, Beliau yang mewakili Kem Senawang berkata, majlis berbuka sebegini sedikit sebanyak memberi peluang kepada anggota untuk bersuai kenal disamping berkongsi pengalaman masing-masing.

Sementara itu, YAB Menteri Besar N.,Sembilan mengambil peluang untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawikh bersama-sama Pegawai Tentera dan anggota yang lain.

Jumaat, 13 April 2012

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Jempol</b> (MJL) Terkini 2012

Posted: 29 Jan 2012 08:23 PM PST

Tarikh Tutup Permohonan: 17 Februari 2012

Majlis Daerah Jempol ditubuhkan pada 1 Ogos 1980 sebagai tindakan lanjut pada latihan kembali batas bahagian Kuala Pilah. Latihan kembali batas telah mencipta sebuah kabupaten baru yang dikenali sebagai Daerah Jempol sebelum ini dikenali sebagai bahagian Bahau Kecil yang terletak di bawah pentadbiran bahagian Kuala Pilah. Majlis Daerah Jempol berfungsi selaras dengan tujuan utama dari tatacara itu, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang Kerajaan Daerah UU 1876 171. Pada prinsipnya, fungsinya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk dalam wilayah bekerja dalam hal kesihatan awam, pengurusan sisa, perancangan bandar dan negara, perlindungan alam sekitar, bangunan kawalan, meningkatkan penyelenggaraan infrastruktur sosial dan ekonomi, dan bandar.

Majlis Daerah Jempol kini menjemput individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan kosong seperti berikut:

1. Penolong Akauntan (W2-1)

2. Penolong Pegawai Tadbir (N3-1)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Advertisment

Incoming search terms:

  • jawatan kosong majlis daerah jempol 2012
  • jawatan kosong di majlis daerah jempol (mjl)
  • jawatan kosong majlis daerah jelebu 2012
  • jawatan kosong bahau
  • kerja kosong di bahau
  • jatawan kosong bahau
  • kerja kosong bahau
  • JAWATAN KOSONG SWASTA DI JEMPOL
  • kerja kosong di bahau hegeri sembilan 2012
  • kerja kosong di bahau 2012

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


RUMAH NABIL <b>DI MAMBAU</b> DIPECAH MASUK SEKUMPULAN <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 04:00 PM PST

RUMAH NABIL DI MAMBAU DIPECAH MASUK SEKUMPULAN PENJENAYAH

0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

No of View :139
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

SEREMBAN 29 Feb. – Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Kumpulan Jebat: Jebat <b>di Teluk Kemang</b> 17 Mar 2012

Posted: 31 Mar 2012 05:54 AM PDT

Pada Tanggal 17 March 2012 tempoh hari kumpulan Jebat telah menggegarkan Dataran Teluk Kemang sekali lagi dengan persembahan terbaik yang diberikan. Terima kasih kepada peminat-peminat kumpulan Jebat yang turun pada hari tersebut. You all memang sempoi. List terlatest artis yang mengambil bahagian boleh dilihat di bawah.
Dipaparkan aksi-aksi kumpulan Jebat semasa beraksi di atas Pentas.

Mempersembahkan 5 buah lagu. Bermula dengan Amukan Jebat dari single mereka yang pertama. Kemudian suasana terus dihangatkan lagi dengan persembahan panas Lagenda Gunung Ledang sebuah lagu cover dari Crossfire.

Seterusnya 2 lagu slow rock di sajikan buat peminat-peminat yang dahagakan lagu era rock kapak iaitu Wajah seribu erti yang pernah dipopularkan oleh kumpulan alfa dan Memori Cinta dari single kumpulan Jebat.


Disebabkan kesuntukan masa akhirnya Jebat mengakhiri persembahan dengan lagu baru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru iaitu Janji Rock.
Penyanyi utama Jebat, Ujang Dickinson beraksi kebali setelah lama berehat disebabkan masalah kesihatan.

Menyanyi sambil melayan para penonton yang budiman.

Iwan, pertama kali ditonjolkan bersama Jebat.

Tidak menghampakan peminat.

Memang mantap persembahan yang ditonjolkan.


Kesian monitor tu kena pijak dek Karl.

Ammet, second gitar Jebat

Jay Dee, Tukang pukul Jebat

Kesian, tak boleh berlari tapi bass drum dia yang berlari ke depan. 
Secara keseluruhannya Kumpulan Jebat berjaya memukau Dataran Teluk Kemang.
Kredit untuk saudara Faizal Abd Fathi yang sudi mengambil gambar Kumpulan Jebat.
Nantikan tour Jebat yang seterusnya. mungkinkah ditempat ANDA... Tunggguuuuu...

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Najib Tiba <b>Di Negeri Sembilan</b>

Posted: 09 Feb 2012 09:31 PM PST



Datuk Seri Najib Razak tiba pagi ini untuk lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor jam 9 pagi dengan helikopter di Padang Awam Seri Menanti dekat sini, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumudin.
Najib dan Rosmah kemudiannya menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.



Mereka meninggalkan istana jam 10 pagi untuk ke majlis penyerahan surat tawaran memiliki rumah projek penempatan semula penduduk di Kampung Abok, Rahang di sini.

Pada tengah hari, Najib dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional negeri di sebuah hotel terkemuka di sini, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sikamat.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan menyertai majlis menyambut ulang tahun ke-50 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012 di Padang Majlis Perbandaran Seremban.

ads