Ahad, 3 Julai 2011

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


BERNAMA - Kaunter Aduan Bergerak BPA <b>Di Kuala Klawang</b> 12 April

Posted: 07 Apr 2011 10:55 PM PDT

April 08, 2011 10:18 AM

Kaunter Aduan Bergerak BPA Di Kuala Klawang 12 April

Please subscribe http://blis.bernama.com

We provide (subscription-based) 
news coverage in our
Newswire service.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


Ruang Sembunyi: Cikgu oh Cikgu <b>di Mantin</b>

Posted: 14 Jun 2011 08:32 PM PDT

Aku bersyukur takde kawan2 macam puan saudari ni. Sian aku tengok kawan-kawan puan saudari yang dapat dosa kering kerana terlibat dengan umpatan dan fitnah puan saudari kepada keluarga kami.

Sebelum saudari nak nasihat orang, apa kata puan saudari nasihat dulu kawan-kawan saudari tu dulu. Sebab susah nanti kawan-kawan saudari nak minta maaf dengan orang tua aku nanti. :)

Aku memang takkan bagi puan saudari dan kawan-kawan saudari dekat dengan rumah aku. Sebab aku dah benci sangat dengan puan saudari. Andai kata ada kemaafan oleh orang tua aku, tapi susah untuk aku lupakan apa yang  puan saudari telah lakukan sebab fitnah dan umpatan lemparkan kepada orang tuaku terlalu KURANG AJAR dan tidak bertamadun. Yang bestnya, puan saudari adalah seorang guru.

Puan saudari, aku tak minta banyak. Aku minta puan saudari padam semua umpatan dan fitnah yang puan saudari dok kecoh satu dunia dalam blog dan FB puan saudari.

Puan saudari bernasib baik, sebab aku tak langsung memberitahu identiti puan saudari sebaliknya puan saudari terang-terangan menghebohkan satu dunia siapa yang puan saudari maksudkan.

Puan saudari, siapa yang mulut murai sekrang ni? sebab tu aku kata puan saudari ni mulut longkang/tempayan. Punya hati yang sangat busuk dan hitam.

Mungkin atas sebab itu puan saudari lupa segala jasa/budi/pengorbanan yang telah kedua orang tua aku buat untuk saudari. Tiada satu ungka\pan TERIMA KASIH langsung dari mulut puan saudari. Tiada langsung.

Sewaktu puan bercerita kepada kawan-kawan saudari, ada puan saudari ceritakan segala pengorbanan
orang tua aku tak? ada tak puan saudari? Takde kan. Sebab tu kawan-kawan puan saudari yang sangat-sangat kesian tu aku rasa tak patut memberikan pendapat jika tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Baik puan saudari berterus terang dengan kawan-kawan saudari.

Orang tua aku tak ungkit langsung.AKU yang ungkit. Sebab aku yang nampak semua yang emak dan bapa aku dah buat pada saudari. Tapi puan saudari tak sedar dan tak hargai langsung sebab hati puan saudari yang hitam tu telah tertutup rapat dengan segala kebaikan orang lain. Kesian kan?

Takpelah. Ini entry aku yang terakhir ditujukan kepada puan saudari yang kini bertugas sebagai seorang guru di mana ye.. MANTIN ke NILAI? aku pun malas nak ambil tau. Cuma aku kesian dengan kawan-kawan puan saudari. Macam mana mereka nak minta maaf dengan mak bapa aku bila mereka tahu hal yang sebenar? Aku cakap awal-awal, aku tak bagi puan saudari dan kawan-kawan puan saudari jejak lagi ke kawasan rumah aku sebab aku akan terbayang kesedihan dan kesayuan muka emakku bila puan saudari terus-menerus mengumpat dan memfitnah emak dan bapaku.

Aku harap puan saudari sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Jangan sampai balasan dari ALLAH datang. Sebelum saudari menyuruh orang lain solat taubat nasuhah apa kata saudari dulu yang buat dan menggantikan semua solat-solat yang puan saudari telah tinggalkan (kalau adalah kan....)

Aku sangat-sangat kesian dengan puan saudari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Levitating self-portraits in <b>Port Dickson</b> – Negeri Sembilan, Malaysia

Posted: 03 Jul 2011 02:42 AM PDT

Yesterday, again Janice and I did again the Levitation at Port Dickson…

This time, levitating while playing iTunes at Iphone


Contact Me by:
Please drop your message at HERE OR
Email to Me at alankllim[a]gmail[dot]com.
Follows him at Twitter: http://www.twitter.com/alankllim
Join US at Facebook pages too…
http://www.facebook.com/pages/Alphotos/112737198787116 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


Tiga perompak ditembak mati <b>di Rembau</b> : N9 Kini

Posted: 20 Jun 2011 08:43 PM PDT

REMBAU: 21 Jun – Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi ini, kata Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

Beliau berkata, dalam kejadian 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan itu apabila terserempak dengan tiga penjenayah terbabit sedang menolak motosikal masing-masing.

"Apabila dicabar, ketiga-tiga mereka yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang polis dan dalam keadaan mempertahankan diri, polis menembak ketiga-tiga mereka dengan senapang patah.

"Susupek dipercayai warga asing berumur dalam lingkungan 20-an," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini.

Mayat ketiga-tiga penjenayah itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.

Osman berkata, polis turut mennemui tiga motosikal, tiga parang pelbagai saiz, enam topi keledar serta beg bimbit yang mengandungi pelbagai peralatan pecah rumah iaitu dua pemutar skru, satu besi kuku kambing, satu pemotong, satu tukul besi, satu gergaji besi dan satu batu asah di tempat kejadian.

Katanya, polis juga menemui satu topeng ski dan sepasang sarung tangan kain dariapda salah seorang penjenayah itu dan semakan ke atas motosikal mendapati ia milik orang tempatan.
Beliau berkata, polis mengekori kumpulan penjenayah yang dipercayai terbabit dengan tujuh kes samun pecah rumah di sekitar Kuala Pilah dan Seremban sejak enam bulan lalu.

Katanya, kumpulan penjenayah itu juga terbabit dengan kegiatan samun di negeri ini, Selangor dan Melaka dengan modus operandi menyamun sebelah pagi antara jam 4 dan 5 pagi.

"Siasatan kita mendapati rumah yang cuba disamun ialah sebuah rumah pengusaha kebun dan haiwan ternakan. Dalam kes ini, polis dapat amaran daripada salakan anjing menyebabkan salah seorang anggota keluarga rumah pengusaha itu tersedar dan menjerit.

"Kerana itulah penjenayah terbabit lari dari kawasan rumah itu dan cuba lari senyap-senyap dengan menolak motosikal sehingga terserempak dengan pasukan polis," katanya.

Berikutan kejadian itu, Osman berkata polis sedang memburu dua atau tiga lagi anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri di mana seorang daripada mereka dipercayai cedera. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


CERITA EYKA: Gotong Royong <b>di Linggi</b>

Posted: 02 Apr 2011 08:03 AM PDT

Assalamualaikumm...

sabtu malam ahad tu boleh pulak mata tak mengantok...keluar lepaklepak jap,pastu balik rumah,lepak lagi depan umah...da masuk umah saya dengan fara still tak boleh tidur,so kemaskemas umah dulu baru baringbaring...dah baring pun mata tak boleh tutup gak...fara boleh online lagi sampai pukul 4,saya boleh gayut sampai pukul 4..dah pukul 4 lebih sikit baru masingmasing boleh tidur...henpon dah set dah pukul 6.30..tapi bila tiba mase alarm dah berbunyi apa lagi,masingmasing meraba cari henpon terus stop alarm and continue tidur ! what ? continue tidur??? YES ! kami continue tidur..dah pukul 7.10 leyha bangun kejutkan kiteorang,apa lagi berterabur masing2 pergi bilik air..mane yang tak masuk bilik air kena cuci muka and gosok gigi kat sinki..kawan kat bilik air dah keluar baru boleh mandi..sumpah kelang kabut masingmasing..haha...

http://www.emocutez.com

dah 7.30 pagi baru gerak pergi poli..kelangkabut masingmasing jalan..nasib baik ada kawan nak tunggu..and boyfrend dia cakap kat kitaorang suruh tunggu kat guard jek...nanti bus da kuar tahan bus poli and naek la...kitaorang dah lambat,berpecah dengan classmate yang lain..so gotong royong pun lainlain tempat la..kiteorang gotong royong dengan akak-akak kelas tamadun...tak apa lah bukan selalu jadi macam ni 

sampai jek linggi kitaorang dipecahkan dua group...group laki kena pergi tempat lain.kitaorang yang perempuan kena kemaskemas kat kampung barisan...ok la aktiviti ni..fun jugak la..pacik pacik kat kampung tu pun ramah,ustaz yang kitaorang sangka garang,ruparupa nya sporting la jugak..boleh gelakgelak dengan kitaorang...saya,fara,leyha,jet and fiza kena kemas kat lorong satu..dapat la kitaorang kemas and bersihbersih kan sikit kawasan lorong tu...siap kemas kat kampung tu,kitaorang semua satu bus kena pergi ke balai raya dekat linggi untuk majlis penutup..lepas majlis penutup ada makanmakan,tapi kitaorang tak makan,terus naik bus..penat..saya naik bus terus melelapkan mata...best la jugak...sampai poli lebih kurang kol 2 lebih...


time ni pun sempat berposing before kena kemaskemas... 

haaa..nampak tak saya rajin..saya memang rajin..weeee ~ ! 

ni leyha yang suka sangat berposing...use camera dia la..





yang pakai topi tu la ustaz din..ingat dia garang tau,sebenarnya ta garang pun..kelakar la gak..tapi ade mase dia serius lorx..

pas dah kemas,kiteorang kena pergi balai raya untuk majlis penutup :)

~END~

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di lukut - Google Blog Search

05 di lukut - Google Blog Search


Giant buka cawangan ke-144 <b>di Lukut</b> | Berita Harian Online

Posted: 30 Dec 2010 05:30 PM PST

BHO Malaysia Top Site Ranking

Carta Top Blog Ukhwah.com

Malaysian Topsites

Laman web directory

Topblogs @ iLuvislam

var _gaq = _gaq || []; _gaq.push(['_setAccount', 'UA-15063139-1']); _gaq.push(['_trackPageview']);

(function() { var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true; ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s); })();

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan <b>di</b> Site A <b>Lukut</b> uzur ditutup mulai 14 Mac

Posted: 20 Apr 2011 04:06 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Jambatan di Site A Lukut uzur ditutup mulai 14 Mac

TELUK KEMANG 20 April – Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri mengambil tindakan menutup jambatan di Site A, Lukut dekat sini berikutan keadaan yang bahaya dan kritikal kepada semua jenis kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan mulai 14 Mac lalu.

"Kita dapati jambatan di situ dilalui kenderaan berat termasuk lori tangki minyak daripada syarikat petroleum berdekatan dan lainnya yang berurusan antara Port Dickson ke Pelabuhan Klang," katanya di Lukut dekat sini hari ini.

Tambah Ismail, jambatan yang dibina pada tahun 1950 itu kini mengalami pengaratan yang kritikal ke atas kebanyakan rasuknya yang telah diperbuat daripada besi keluli.

"Lagipun permukaan jambatan itu telah mengalami mendapan kerana 'plate' besi keluli di bawahnya turut berkarat berikutan kedudukan hampir dengan laut dan air sungai yang pasang surut dua kali sehari," katanya.

Katanya lagi, kerja kecemasan menyiapkan jalan sementara sedang dilakukan sebelum jambatan 'balley' dipasang dalam masa terdekat oleh syarikat konsesi yang dilantik JKR negeri.

"Jambatan ini akan dibuka semua apabila jambatan 'balley' ini siap dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

Kata Ismail, jambatan baru akan dibina selepas peruntukan diluluskan kerajaan persekutuan dan ia memang menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Mengenai Jalan Kuala Sawah-Rantau di Batu 8 dekat Seremban yang kerap berlaku kemalangan, Ismail memberitahu, buat masa ini laluan itu telah dilengkapi dengan papan tanda dan lampu amaran.

"Kawasan ini juga telah disenaraikan dalam program keselamatan jalan negeri di mana JKR daerah Seremban akan memasang penghadang jalan bagi mengawal kenderaan yang terbabas," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 2 Julai 2011

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


PAKATAN RAKYAT N15 DUN <b>JUASSEH</b>: Umno Semakin tertekan

Posted: 13 Jun 2011 11:08 AM PDT

Pakatan Rakyat sedang mengintai peluang untuk memenangi kerusi-kerusi tahttp://www.dromoz.com/image/sketch/sk44ab5857e85ba196626947.jpgmbahan di Negeri Sembilan. Ketua Umum PKR, Anwar telah melakukan lawatan ke Negeri Sembilan untuk memperkuatkan usaha PKR menambah kerusi di dalam PRU yang akan datang ini. PAS juga jika mendapat kerusi tambahan PR Negeri Sembilan merasakan yang komponen PR akan berjaya memenangi pilihanraya yang akan datang ini.

Setakat ini BN sedang diwakili oleh 21 kerusi dan PR mempunyai 15 kerusi. Jika dibuat perkiraan PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk memenangi pilihanraya ini untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan. DAP hanya kalah di Chennah di dalam pilihanraya yang lalu tetapi memenangi kesemua 10 kerusi yang lain. PKR telah memenangi 4 kerusi dan PAS memenangi 1 kerusi. Jika kelima belas kerusi ini masih mampu dikekalkan oleh PR maka PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan 'simple majority'.

DAP seperti juga di mana-mana kerusi di bandar-bandar parti itu tidak mempunyai masalah untuk memenanginya. Malahan Chennah yang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA akan jatuh ketangan DAP jika ada calun Melayu diletakan di kawasan itu. UMNO di kawasan ini juga berpecahan diantara Ketua Bahagian Rais Yatim dengan beberapa ADUN yang ada dalam kawasan itu. Rais di katakan tidak lagi mempunyai pengaruh seperti dahulu kerana orang Jelebu inginkan muka baru dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Banyak pemerhati politik yang menghubungi saya tetap mengatakan yang DUN Pilah akan dimenangi oleh PR kerana perpecahan di dalam UMNO dan pimpinan tempatan selain dari kelemahan ADUN kawasan itu sekarang. Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan tidak berkemampuan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin tempatan kerana beliau hanya menumpukan perhatian terhadap kontraktor-kontraktor tempatan yang menguasai barisan kepimpinan Bahagian tersebut.

Kawasan DUN Kelawang, Lenggeng, Linggi dan beberpa Kawasan lain seperti Jeram Padang merupakan idaman PR dan tidak terkejut jika PR boleh menembusi kawasan ini dengan adanya perasaan tidak berpuas hati dengan UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan pada hari ini. Di Dalam pilihanraya yang lepas BN diselamatkan kedudukannya oleh kawasan-kawasan yang mempunyai peneroka FELDA. Harus difahami bahawa NS mempunyai kawasan FELDA yang luas sekali selain dari Pahang dan Johor.

Kalaulah tidak ada kawasan FELDA yang banyak di Negeri Sembilan setengah pihak berpendapat N Sembilan memang kepunyaan PR secara mutlak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Di Negeri Sembilan kata ramai orang yang menghubungi saya, keadaan memang 50/50 dan pengundi di atas pagar 'can go either way'. Ianya bergantung kepada sejauh mana usaha PR berjaya menembusi kubu UMNO dan juga bagaimana UMNO bertindak menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan yang agak lemah kepimpinannya. Jika benar yang dirungutkan oleh rakyat ramai terhadap MBnya, saya rasakan menggantikan beliau dengan seorang pemimpin yang lain adalah jalan yang terbaik untuk dilakukan oleh UMNO. Sesungguhnya satu persoalan yang ada dalam setiap pilihanraya ialah, siapa yang akan menjadi MB selepas sahaja pilihanraya nanti? Ramai orang berpendapat Mohamad tidak boleh menjadi jawapan kepada masalah itu, kerana Mohamad adalah isu yang besar kepada pengundi-pengundi di negeri adat ini.

Mohamad Hasan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kerjasama yang kuat dari kepimpinan Bahagian-bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dan ini merupakan kekurangan yang sangat jelas menjadi penghalang kepada kemampuan UMNO untuk bertahan. Mohamad telah tewas di dalam pertandingan MKT kerana tidak di dukong oleh perwakilan dari NS sendiri. Malahan kedengaran 'soksek-soksek' dari pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian NS tentang Mohamad dan ini amat membahayakan prestasi UMNO di dalam PRU nanti.

Kali ini tidak ada cukup masa dan ruang untuk menyatakan sebab-sebab kenapa Mohamad tidak mendapat kerjasama pimpinan-pimpinan UMNO bahagian. Elok dinyatakan di dalam posting-posting yang akan datang untuk mengetahui sebab yang menyebabkan MB ini tidak mungkin berjaya mempertahankan Negeri Sembilan di dalam PRU nanti jika beliau masih tidak mendapat sokongan padu dari pimpinan bahagian-bahagian di NS.

Seperti juga di negeri-negeri lain, NS juga tidak dapat lari dari isu nasional yang boleh menjejaskan prestasi UMNO yang sudah sedia terjejas di NS. PR akan memainkan isu 'bread and butter' kerana ini menyentuh naluri rakyat yang sudah sedia susah. Kenaikan harga bahan mentah seperti harga getah tidak boleh di jadikan isu yang menambah prestasi parti pemerintah.

Isu rasuah dan salah guna kuasa tetap menjadi isu pokok di dalam kempen pilihanraya dan ini merupakan isu nasional yang sangat mudah diterima oleh rakyat yang mengundi. Di tambah pula dengan ketiadaan kegiatan di cawangan UMNO sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan UMNO di rasakan amat jauh dari pandangan rakyat. Keadaan ini dirasakan di mana-mana di seluruh negara.

Dalam pada itu beberapa pemimpin bahagian telah memberitahu yang Mohamad masih merayu untuk kekal satu penggal lagi sabagai MB NS. Dalam isu ini ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung dengan siapa yang bakal menerajui kerajaan NS.

Tentunya persoalan siapa yang akan menjadi MB penggal yang akan datang adalah persoalan yang lazim kerana siapa yang akan memegang jawatan yang penting itu boleh mempengaruhi sokongan rakyat di dalam PRU itu nanti. Mohamad sudah pasti wajar diganti. Tetapi persoalan lain pula yang timbul. Jika Mohamad dialih dan dianjak, siapa pula yang akan menggantikan beliau yang agak 'viable'?

Di dalam pilihanraya yang lalu 50 peratus dari penyandang ADUN telah diganti oleh Mohamad dan kebanyakkan yang diganti merupaka mereka yang secara relatifnya lebih baik dari mereka yang dikekalkan. Tindakan Mohamad menggantikan ramai yang berpontensi itu tentulah didasarkan kepada politik peribadi beliau sendiri. Ramai pemimpin-pemimpin yang mendapat sambutan ramai dihindar oleh Mohamad untuk dijadikan calun. Mohamad lebih cenderung untuk mengambil mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula.

Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan mengikut pandangan orang ramai di bawah merupakan satu kerajaan yang lemah dan tidak berkemampuan. Dengan barisan Exco yang ada ianya hanya menampakan Mohamad sahaja yang celik dan yang lainnya hanyalah dijadikan sebagai 'yes man' semata-mata. Mohamad kekurangan sisik politik kerana beliau merupakan seorang ahli korporat.

Itu sebabnya beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang datang dari 'paradise' dan dengan mudah sahaja beliau memandang rendah pada pemimpin lain yang ada di sekeliling beliau. Itu sebabnya kita mendengar ayat-ayat yang melambangkan sifat sombong beliau seperti orang itu dan orang ini tidak 'mendalamkan air'. Hanya beliau sahaja yang boleh mendalamkan air. Orang lain semuanya bodoh dan tolol pada pandangan beliau. Memang benar kata orang tua-tua dahulu, 'kerana mulut badan binasa'.

Saya menyebut ini kerana perkataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mana-mana pemimpin apatah lagi jika perkataan itu di dengar oleh mereka yang mempunyi asas adab dan adat. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya meletakan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak boleh dialih dan dianjak kerana beliau telah membuat persediaan dengan menurunkan calun-calun 'lame-duck' di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Samada calun-calun pilihan beliau itu mampu untuk bertahan di dalam PRU yang akan datang sama-samalah kita lihat. Tugas kita ialah untuk memberikan kemenangan kepada mereka walaupun kita tahu meletakan kembali calun-calun pilihan beliau itu merupakan risiko yang amat berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja dan pembantu pilihanraya itu nanti.

PR di sebelah sana bijak menggunakan isu-isu tempatan ini. Isu kemampuan Mohamad sebagai MB merupakan isu yang begitu laris dan nampaknya diterima oleh rakyat semua kaum. Isu dan slogan 'welfare state' anjuran PAS juga telah menunjukan banyak respon yang positif bagi parti itu. Itulah sebabnya pemimpin UMNO tidak berhenti-henti memainkan isu perubahan wadah PAS itu setiap hari dan waktu.

Isu yang dibawa oleh PAS ini merupakan isu yang 'islamic' dan ianya tidak lari dari asas memperjuangkan islam itu. Hanya pihak yang merasakan ketakutan sahaja yang akan terus menggunakan isu ini terhadap PAS. Bagi PAS isu yang dimainkan terhadap mereka ini tidak membuatkan mereka mengelabah kerana bidasan terhadap parti itu memang lumrah sejak parti itu wujud dahulu.

Malahan jika ada pihak yang membidas parti itu tentang isu ini ianya akan menambah keyakinan ramai terhadap parti itu kerana rakyat beranggapan jika PAS dikatakan tidak baik itulah sebenarnya yang baik. Ini merupakan perang psikologi UMNO yang sentiasa gagal. Jika buruk kata pemimpin kita terhadap PAS rakyat akan mengambil persepsi sebagai baik.

Isu negara berkebajikan ini setidak-tidaknya akan membawa peralihan atau 'swing' terhadap sokongan rakyat terhadap PAS dan ianya sudah pasti memberikan impak yang lebih terhadap kaum bukan Melayu. Dalam piliharaya yang lepas BN telah mendapat 52 peratus sokongan dan PR pula mendapat 48 peratus dari 1.02 juta rakyat NS.

Bagaimana pucuk pimpin untuk melakukan perubahan di NS hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepada pucuk pimpinan, pandai-pandailah membuat pertimbangan yang boleh meletakan BN di NS dengan seimbang untuk mencari 'point of reconciliation' di antara mengekalkan Mohamad dan menggantikan beliau di dalam pilihanraya nanti.

Jika tersalah langkah bersedialah kita untuk hidup di bawah pentadbiran baru yang belum tentu buruknya. PR telah mempunyai pengalaman memerintah dan prestasinya tidak pula banyak kekurangannya. Melayu, Cina India nampaknya berpuas hati di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Hanya kita di dalam BN yang menafikannya kerana kepentingan politik kita. Saya faham memang perit untuk menerima hakikat yang kemampuan kita bukan tidak boleh di gugat oleh pihak lain. Saya pun merasakan keperitannya tetapi sebagai sebuah negara yang demokratik apa pun kehendak rakyat mesti kita turuti.

Tentunya ramai yang marah dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya ini seorang yang lemah dan tidak mampu menolak hakikat yang benar yang berlaku di hadapan mata kita.

That's it.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Kilang Belacan Kampong Bakar aroma terbaek <b>di Tampin</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 12:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kilang Belacan Kampong Bakar aroma terbaek di Tampin… Kilang Belacan Kampong/Bakar aroma terbaek di Tampin mencari pengedar seluruh negara! hubungi Kak Zee http://ping.fm/DiGVg · Like. Be the first to like this post. ...

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Jom bantu warga Miskin <b>di Seremban</b>

Posted: 28 Jun 2011 02:37 AM PDT

KEADILAN Cabang Seremban dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menjayakan program bantuan kepada fakir miskin di kawasan itu.

Pada Ramadhan lalu, mereka menyumbangkan keperluan makanan asas kepada kira-kira 122 warga miskin di kawasan itu.

"Pada tahun ini, kami mensasarkan untuk mengumpulkan pakej sumbangan makanan kepada 150 keluarga miskin di kawasan ini.

"Sehubungan itu, saya merayu sokongan semua teman dan masyarakat bagi menjayakan program ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat dalam kenyataannya kepada Keadilandaily.com.

Program Sumbangan Makanan Asas adalah seperti berikut :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak Botol
6. Sardin Tin
7. Teh / Kopi / Milo
8. Biskut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Khalid – Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sikamat, Tel : 017-6199275
Hj Khidir – Bendahari cabang Seremban, Tel: 013-3687695
atau Aminuddin Harun : 019-6510167 , Blog http://aminuddinharun.blogspot.com/

Sumbangan melalui bank :
Nama akaun Parti Keadilan Rakyat Seremban
Bank : Bank Islam (Cawangan Port Dickson)
No akaun : 05-049-01-0013694

Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=15992

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


JALAN PENARIKAN – Laluan Sejarah <b>di Jempol</b> « SERTING – Di Sini <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 01:39 PM PDT

Jalan Penarikan,  yang juga dikenali sebagai  Londar Siam,  adalah sebatang jalan darat tertua diketahui di Semenanjung Malaysia,  dan merupakan jalan alternatif kepada jalan laut,  iaitu melalui Temasik  (Singapura)  di selatan Semenanjung Malaysia,  yang agak jauh dan berbahaya pada musim tengkujuh.

Jalan ini menghubungkan dua batang sungai iaitu Sungai Serting di sebelah utara yang mengalir masuk ke Sungai Bera yang pula mengalir ke Sungai Pahang dan Sungai Jempol di selatan yang mengalir masuk ke Sungai Muar.   Kedua-dua sungai ini terletak di daerah Jempol,  Negeri Sembilan.  Jarak terdekat di antara kedua-dua sungai ini adalah kira-kira 0.6 km.

Di sinilah letaknya Jalan Penarikan.

Kita telah menyentuh sedikit mengenai jalan bersejarah ini kira-kira dua minggu yang lalu.    Kita akan paparkan sejarah laluan tua di daerah Jempol ini dengan lebih terperinci lagi,  dalam masa terdekat.   Kami sedang membuat kajian,  penyelidikan dan rujukan yang relevan dengan pihak-pihak yang lebih arif dan mengetahui mengenainya,   antaranya ialah Persatuan Sejarah Malaysia,  Cawangan Negeri Sembilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Anwar Ibrahim <b>di Port Dickson</b> 10 Jun <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2011 04:01 AM PDT

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Khairil Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Bob Lokman

CERAMAH UMUM

Tarikh : 10 JULAI 2011, AHAD
Masa : 8 mlm
Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Tmn Sikamat Jaya, Seremban
Penceramah :
YB Khalid Samad, YB Elizabeth Wong, YB Loke Siew Fook, YB Aminuddin dan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Jelebu</b> Esok | MyNewsHub (BM)

Posted: 06 Jun 2011 09:50 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di daerah Jelebu akan mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam bermula 9 pagi esok.

Kawasan terbabit ialah Kampung Lakai, FELCRA Belia Lakai, Felcra Penagoh, Kampung Air Baning, FELDA Pasoh 1 dan 4, Pasoh 3, Kampung Geylang Ulu dan Simpang Pertang.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, dalam satu kenyataan berkata gangguan itu disebabkan kerja pembaikan segera paip yang tidak berjadual.

"Bekalan dijangka pulih secara berperingkat selepas jam 6 petang," katanya.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh hubungi SAINS di talian 1-800-88-6982. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Maksiat <b>di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2011 06:21 PM PDT

MAKSIAT UNDANG BALA
Oleh Dr. Burhanuddin Abdul Jalal

Utusan Malaysia 22 Jun 2011

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga kerana maksiat.

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah.

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr).

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu (rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman yang dikenakan terhadap Bani Israel.

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu.

Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat Ahmad)."

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah.

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar menangis.

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan mereka."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

PANTAI MAKSIAT
Harian Metro 20 Jun 2011

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

"Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

"Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit," katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di bahau - Google Blog Search

05 di bahau - Google Blog Search


Anak Muda Kampung Nak Senang: Imam Masjid <b>Ampangan</b> Seremban <b>di</b> PECAT?

Posted: 29 Jun 2011 05:48 PM PDT

Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban di PECAT? Itulah yang hangat diperkatakan kini, dan sekarang SMS sedang berlegar di sekitar Negeri Sembilan berbunyi : "Bantahan Pemecatan Imam 1 Masjid Jamek Ampangan. Solat Hajat 30/6 selepas Solat Isya di Masjid Ampangan, Himpunan Bantahan Jamaah Masjid Ampangan selepas Solat Jumaat 1/7 depan Masjid Ampangan. Mengumpul tandatangan bantahan. Mengumpul dana untuk Tindakan Injunksi Mahkamah Tinggi Seremban".

Adakah Imam tersebut pendakwah, ulamak dan pakar motivasi terkenal di Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazman Mohamad?

Jika benar, ia satu kesilapan yang amat besar oleh sesiapa yang terlibat dalam usaha memecat beliau secara langsung atau tidak langsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads