Selasa, 7 Jun 2011

05 di senawang - Google Blog Search

05 di senawang - Google Blog Search


JUAL RUMAH <b>DI</b> SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: 5hb June 2011: Taman <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 04:21 AM PDT

Gambar-gambar terkini Fasa 2 dan 3, Taman Ampangan Jaya 2, Sikamat, Seremban.
Kini dikenali sebagai Taman Seri Pandan, Sikamat, Seremban.




Gambar di lokasi Taman Ampangan Jaya 2, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.






Gambar terkini di lokasi Taman Ampangan Jaya 2, Sikamat, Seremban.






Gambar di lokasi tapak pembinaan Taman Ampangan Jaya 2 yang terkini...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


SOKONG PAKATAN RAKYAT: SEJENAK <b>DI SEREMBAN</b>

Posted: 02 May 2011 03:00 AM PDT

Kalau nak aktifkan cawangan, belajarlah dari Pas Seremban. Walaupun Pas Seremban pernah digantung selama lebih 5  tahun, pertambahan cawangannya begitu banyak sekali.

Jika kawasan lain, cawangannya semacam sepi, tetapi di Seremban, cawangannya siap sedia ke mesyuarat agung kawasan pada 2 minggu lagi. Ha ha.

Hebat tak hebat Pas Seremban, Ketua Muslimatnya menang dengan satu undi sahaja. Wau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


It&#39;s all about WaN HaQQ: Cuti Hujung Minggu : <b>Teluk Kemang</b>

Posted: 18 May 2011 12:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]So kami cari punya cari jumpa tempatnya di teluk kemang. Ada 6 unit rumah apartment, okeylah.. kemudahan asas complete and selesa. Sebab aku ni jakun so paling penting ada swimming pool.. hehehe~ ...

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


REMBAU HARI INI: Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS <b>di Rembau</b> 18 Jun 2011

Posted: 04 Jun 2011 06:30 AM PDT


Timbalan Presiden PAS yang baru , Tuan Haji Mohammad Sabu dijadualkan berceramah di Kg Astana Raja, Rembau pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bersama Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN sulong PAS di Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.


Perkembangan terkini progam Abang Mat di Rembau akan dikemaskini di blog ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di linggi - Google Blog Search

05 di linggi - Google Blog Search


Lupekanje: <b>Linggi</b> 4

Posted: 29 May 2011 10:24 AM PDT

 Adat orang Linggi

Dikatakan asal mereka bukan dari Pagar Ruyung..atau mana-mana kepulauan Sumatera yang mengamalkan adat pepateh...kerana mereka bukan pengamal pepatih...

Mereka bukan bangsa yang mengamalkan pepatah....Biar mati anak, jangan mati adat itu.  Bahkan, mereka lebih longgar dalam pengamalan adat mereka sendiri..

Ada juga yang mengatakan bahawa orang-orang Linggi adalah pengamal adat Temenggong.  Ini juga tidak benar 100% !. Mereka bukan pengamal adat Temenggong...walaupun orang-orang dari kepulauan Riau dikatakan pengamal adat Temenggong..ye..mereka dari kepulauan Riau...tapi bukan pengamal Temenggong.

Habis tu? Apa adat yang diamalkan oleh orang Linggi? Apakah mereka itu orang-orang yang tidak beradat??  Sebut betul2 ye....tidak beradat....bukan tidak beradab...hehhe

Tidakk...tidakkk...neiihi...Orang-orang Linggi ada adat mereka sendiri.

Dikatakan ketika Daeng Kemboja menjemput Tok Awaluddin balik itu, ia ada membuat perjanjian dengan Penghulu Rembau ,
'Jika Orang Kaya mahu Awaluddin ini tinggal bersama-sama orang kaya di Rembau, maka benarkan ia memakai aturan dan adatnya sendiri, tidak boleh ia memakai adat Tok Patih (Perpatih)!!'

Itu cerita dari orang-orang tua Linggi.  Yang sekarang dah tak ada lagi kat donia ni.
Makanya, komferem la bahawa orang Linggi, bukan pengamal Adat perpatih mahupun Temenggung.

Sebaliknya, mereka ada adat sendiri...yang di assamilasikan mengikut cita rasa orang-orang Linggi sendiri, bergantung kepada 'Muafakat dan Kebulatan' dari adat-adat lain yang tidaj bertentangan dengan syariat Islam.
Kiranya adat baru itu bermula apabila Tok Awaluddin melanggar perintah ayahandanya untuk melanggar Sulawesi dahulu...yess...Beliau tidak suka pada pertumpahan darah.  Beliau tidak suka kepada keganasan dan paksaan....dan beliau juga tidak suka kan pangkat dan gelaran.

Adat baru yang mereka itu amalkan, adalah mengikut adat kitab (Al Quran) dan Sunnah. Kemudian orang-orang Linggi itu telah menetapkan 100 peraturan untuk diajar dan diamalkan oleh penduduknya.
Imam Ambak kata, 100 peraturan itu adalah;
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah
1 sifat yang jaiz bagi Allah
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Allah itu
4 sifat yang wajib pada Rasul
4 sifat yang mustahil pada Rasul
1 sifat yang jaiz pada Rasul
1 sifat lawan bagi sifat jaiz Rasul itu.
6 rukun iman
10 syarat rukun iman
4 tandanya
10 yang membinasakannya
5 Rukun Islam
4 syarat rukun Islam
4 tandanya
4 yang membinasakannya
1 Rukun Ihsan

Sebenarnya, acik yakin, tak ramai orang Linggi sekarang ini yang tahu tentang peraturan 100 ini.
Sebab itu acik katakan, bahawa acik amat berbangga dengan kampung kelahiran acik ni.  Semua yang terkandung dalam Peraturan 100 itu ada dalam kitab Tauhid yang kita pelajari di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Semuanya adalah merupakan ilmu fardhu ain sebagai amalan dan panduan umat muslimin dan muslimat. Sangat mudah.

Dahlah...letih tau baca kitab yang kelabu nih...

Kesimpulannya, adat orang Linggi di sebut sebagai 'Muafakat Bil Kitab Wassunnati Qabulatan Minel Ustaz ilamanati'.  Adat Linggi adat Bermaharajalela yang berlandaskan hukum syarak.

Banyak lagi kalu nak diceritakan dan dkongsikan kat sini.  Tentang bagaimana Rembau menyerang Linggi...dll. Acik sudah sgt letih otak malam ni.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KUALA <b>LINGGI</b> - PART 1 | APA KATA HATI

Posted: 26 May 2011 07:00 PM PDT

Hye fwens...!!!!ye

minggu lepas..time cuti wesak.....my family & I pergi picnic...area Kuala Linggi...Kuala Linggi ni..tul-tul terletak di hujung Melaka..sempadan dengan N9...

kamiorang suka ke sana.....ada privacy sikit...walaupun jauh dari rumah...huhu..

banyak juga gambar yang I snap...so..kita bagi pada 2 bahagian eh.....

apa lagi..jom sama-sama kita cuci mata.......pang

pemandangan di Pantai Kuala Linggi....

kawasan ni berbatu....nak mandi tak bape best...kalau dok realx2 ok lah....

lama dah model tetap ni tak muncul kat blog ni kan..? huhu

ini lah..barisan kita....hehehe...

Si DD la paling excited...lama dah dia request nak pergi picnic...

kebetulan semua cuti.....

eh...actually time ni I tak cuti...tapi I mintak cuti....huhuhu..

ingat tak cerita bersiri Sephia..lakonan Catriona Ross....? menjalankan pengambaran di sini la...huhu..

actually..banyak juga drama-drama Melayu yang buat pegambaran kat sini....

ada tak di antara you all yang tengok cerita CIKGU KEMISAH....kat sini juga tempatnya..

ZND 2 dengan ZND 3

ZND 1 tengah snap gambo budak berdua ni la...huhu..

ZND 2 sedang menunjukkan kepada ZND3 rupa anak udang....

sorry la...Si DD(ZND 3) ni seksi sikit...huhuhuh....

matahari mula memancarkan sinarnya.......


macam tengah melombong bijih timah je...hehehe...

tengah santai-santai.....tiba-tiba datang 1 group budak-budak cina datang memancing kat sini..

jakun sikit la...sebab...jarang la pulak tengok budak-budak Cina gemar memancing..huhu..

Si DD sibuk main pasir.....Si Adin masih meneruskan misi mencari anak udang yang sesat kat situ..huhu..

My Dad in action......

apa ni...? main congkak ke...??

Si DD telah di arahkan untuk mengutip batu....

untuk apa eh...??

My Dad sedang mengajar Si DD ni la....

subjek...?

Mathematics...subjek yang paling Si DD tak gemar....

ini salah satu cara My Dad gunakan..tuk tarik minat Si DD ni....


DD......7 x 4 berapa....???

I ada kerja luar pagi ni....yeah..!! seronok.....bulan ni..tak banyak kerja luar....asik terperuk kat office je ngadap paper work...report....claim bagai....boring......

wokeh.....kul 1 nanti...kita sambung Part 2 pulak yupp........ye

update****

konon nak sambung Part 2.....maaf yer kawan-kawan...sambung minggu depan eh....bajet tadi sempat la masuk office sebelum kul 1....

tapi perancangan tersasar jauh....ni pun baru sampai office....Mr Boss pun ada...haih....memang tak boleh la jawab nya.....

tunggu minggu depan eh.....love you....muah

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Jalan maut <b>di</b> kawasan <b>Gemas</b>

Posted: 30 May 2011 02:32 AM PDT

Jalan maut di kawasan Gemas
Aduan Rakyat Online
May 30th, 2011

ShareSaya rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan pekara ini kepada umum,jalan di antara Sungai Kelamah ke Pekan Gemas dan jalan dari pasir besar ke Gemas ada lah amat merbahaya kepada penguna jalan raya di sebabkan banyak kayu yang jatuh di atas jalan.

Ini adalah disebabkan banyak lori yang membawa kayu ke kawasan kilang dengan muatan yang berlebihan dan menyebabkan kayu yang tidak di ikat dengan betul jatuh ke atas jalan ini akan menyebakan penunggang motor boleh tersungkur di atas jalan dan cermin kereta pecah di timpa kayu mungkin berlaku.

Kepada mereka yang ada kuasa tolong lah ambil tindakan sebelum keluarga kamu menjadi mangsa atas perbuatan yang tak patut berlaku.

By: yusli yusof

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/jalan-maut-di-kawasan-gemas

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 6 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Probitas Et Fides: Nasi Arab Damsyik....Boleh Didapati <b>di Seremban</b>....

Posted: 01 Jun 2011 07:34 PM PDT

Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Minggu ini, entah kenapa entri saya banyak pasal makan-makan je. Makan kendurilah, makan tapaulah dan hari ini pun pasal makan juga. Sebelum itu, saya hendak meminta maaf kepada kalian yang berpuasa sunat atau berpuasa ganti jika entri ini tidak sesuai untuk kalian.

Semalam petang kami ke ibu negeri ada sedikit urusan. Jarak tempat kami ini dengan ibu negeri lebih kurang sejam juga la perjalanan sehala. Selesai urusan, hendak terus pulang masih terasa awal. Kami pun ronda-ronda sekitar sini dan terjumpa satu restoran. Kami pun singgah la untuk menikmati hidangan di restoran ini. Restoran yang kami maksudkan adalah Restoran Nasi Arab Damsyik yang terletak di Jalan Paroi - Senawang di Seremban.

Jom kita layan sedikit pic yang sempat disnap..


Inilah tempat makan yang saya maksudkan itu. Restoran Nasi Arab Damsyik. Ia terletak di Taman Bougenvilla, Jalan Paroi - Senawang di Seremban. Warga Seremban jemputlah ke sini ( ini bukan iklan berbayar ya heheeheheh)


Inilah suasana di tempat makannya. Sila duduk bersila ya..Kalau nak makan di meja makan, ada di sediakan di luar. Jadi, tiada masalah bagi mereka yang tidak boleh bersila duduk...hehehehehhe


Ini pula adalah menunya.. Boleh pilih ikut keperluan kalian. Tapi nasi arab yang ini cuma ada ayam je..yang lain-lain seperti daging memang tiada la..


Ini adalah aksesori tambahan...Sedap dicicah dengan ayam yang akan dihidangkan nanti.


Inilah nasi arab pilihan saya..Nasi serta ayam dipotong 1/4.. Harganya RM 10 sahaja...


Ini minuman saya iaitu Teh Arab Herba.. Harganya RM 1.50 sahaja...

Sebenarnya, inilah pertama kali kami merasa Nasi Arab made ini Seremban ini.Saya sendiri tidak tahu hendak menyatakan ia sedap atau tidak cuma ia memang mengenyangkan kami sahaja.

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, pernahkah kalian merasa Nasi Arab di tempat kalian ?? Jika pernah, bagaimanakah kalian boleh gambarkan rasa Nasi Arab ini ?? Layangkan minda para blogger untuk kita kongsi di kotak komen ini...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


TOK NAL: RM 2 JUTA ATASI BANJIR <b>DI TAMPIN</b>

Posted: 27 Apr 2011 02:49 AM PDT

Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2 juta bagi menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai , meluruskan serta memperbaiki sungai dan sistem pengairan dan saliran dalam usaha untuk mencegah dan mengurangkan kejadian banjir didaerah ini .

Peruntukan yang disalukan melalui ahli parlimen Tampin , Dato Shaziman Abu Mansor diharap bukan sahaja berupaya mengawal banjir yang semakin kerap berlaku , malahan  dapat mencegahnya dari terus berulang dan membawa banyak kerugian kepada orang ramai .

Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah sekitar kawasan Gemas , Sungai Kelamah , Sungai Dua , Keru , Tampin serta kawasan Gemencheh .

Perbincangan  berhubung projek tersebut telah diadakan di pejabat Dato Shaziman sendiri di Jabatan Kerja Raya KL dan antara yang dijemput hadir ialah Pegawai Daerah , Juretera JPS , Adun Gemas , Penghulu Khalid dan Tok Nal sendiri .

Terima kasih kepada Dato Shaziman khususnya kepada Encik Ujang yang telah memberikan layanan baik dan mesra kepada Tok Nal dan pegawai lain yang hadir .

Semoga projek yang menelan belanja RM 2 juta ini akan dapat mengatasi masalah banjir sekali gus mengurangkan beban mereka yang sering dilanda musibah itu .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di mambau - Google Blog Search

05 di mambau - Google Blog Search


Buku – buku Terkini dan Menarik <b>di</b> Perpustakaan Ibnu Sina SMK <b>...</b>

Posted: 19 May 2011 07:20 PM PDT

Posted: May 20, 2011 by Pusat Sumber Sekolah SMK Mambau in Uncategorized

Salam…salam sejahtera…salam 1 Malaysia..bertemu kembali di blog PSS SMK Mambau…terdapat pelbagai buku-buku menarik dan terkini yang boleh di pinjam oleh semua warga SMK Mambau! Di antaranya adalah buku yang paling laris di pasaran sekarang karya mantan Perdana Menteri Malaysia – Tun Dr. Mahathir Mohamad berjudul A Doctor in the House – A memoir of Tun Dr. Mahathir dan juga hasil karya Muhammad Alexander berjudul Armageddon 2012….dapatkan segera di perpustakaan!!

Selain daripada itu terdapat juga novel-novel terkini terbitan Prima, Alaf 21 dan Dewan Bahasa dan Pustaka…khas untuk semua warga SMK Mambau! – IMPROVE YOUR IMAGE..BE SEEN WITH A BOOK!

Be the first to like this post.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


TraveLog | <b>Kuala Klawang</b>, Negeri Sembilan « iMAGES by ALIFF AFIQ

Posted: 23 May 2011 01:44 AM PDT

Kali ini bertempat di Kuala Klawang, Negeri Sembilan . Air terjun disini mempunyai lebih dari 7 tingkat . Dibawah saya selitkan sekali video yg telah di rakamkan oleh rakan saya,Uncle Amy. Mana tahu selepas ini kalau ada yg nak pergi berkelah atau bercuti disini kan? Sehingga berjumpa lagi, harap anda terhibur.

"Currently Listening To : Kill for a dream – Bead eye″

ALIFF AFIQ
Creative Photographer
KameraDansa
Tel | 017 3355735
Email | aliffafiq@gmail.com
Official Website | http://www.aliffafiq.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Siapa yang janji nak bina UiTM <b>di Rembau</b> <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2011 08:16 PM PDT

Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


Pokok: Himpunan 6 Bakal Belia <b>Di Jelebu</b>

Posted: 30 May 2011 05:15 AM PDT

Assalamualaikum.

Ceit. Hari tu kata taknak update blog sampai lepas bio paper 4. Sorry. Nak update jugak. Nak update cerita pasal anak-anak aku. Hoho. Anak-anak buah. 

Yang atas ni, baju pink tu anak buah sulung, Amirah dah darjah dua dah. Ini bermakna dah 8 tahun aku memegang title 'makcu'. Yang sebelah tu adik dia, Thaqif. Dah 5 tahun. Dua-dua banyak cakap. Termasuklah adik diorang, Danish (tiada dalam gambar). Oh ya, ni anak-anak kakak aku yang first.

Yang ni pulak, Thaqif tengah sedap betul tidur. Yang dua orang lagi tu, anak kakak aku yang third. Yang baby girl yang comel tu namanya Husna. Yang sebelah tu muka Jepun, abang dia, Nabil.

Cantiknya lah Husna. Husna ni baby pertama yang aku jumpa, yang tahu sebut "abah" dulu sebelum "mama". Bila aku ajar "mama", dia jawab "abah abah abah". Apataknya, kakak aku hari tu pergi kursus dua minggu, tinggallah Husna dengan abang ipar aku. Tup-tup kakak aku balik dari kursus, dah tahu sebut "abah". Geramnya makcu nak cubit muka dia!

Ini Firas. Dia tak berapa nak sihat. Tapi Firas ni tak sihat pun, dia still aktif ke hulu ke hilir. Hari tu jumpa, nampak dah kurus sikit. Ni mesti mak dia (kakak aku yang second) tak bagi makan cukup ni. Firas suka baby, tapi mak dia tak preggy lagi. Sabar je lah yer.

Hero-hero malaya.

Pasal holidays kat rumah. Haha. Seronok. Dan puas walaupun sekejap. And sedih pun ada. Lol. Kat rumah, dalam keadaan bising, dapat jugak lah curik masa nak study bio. Ada lagi topik tak habis, tapi aku simpan laa untuk esok after papers stats. Oyeah! Esok papers stats! And aku sedang update blog. Fuhh.

Sekian, nak pergi revise stats. Wassalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Orang dulu dulu: Selamat Pengantin Baru <b>di Serting</b>

Posted: 05 Jun 2011 10:45 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


My Rainbow...: Makan <b>di</b> NS : <b>Gemas</b>

Posted: 17 May 2011 08:31 PM PDT

Assalamualaikum...

Ok, meh kita bercerita pasal makanan lagi. Err..bukan nak buat apa pun..kalau tekak kita rasa sedap, maybe u all boleh la nak try, tapi kalau kita kata sebaliknya, pun u all boleh try gak. Eh...apa purpose? Ermm.. terpulang pada interpretasi individulah yer...

Ada one fine day, kita dan hubby pulang ke Kuantan dari Melaka ikut route yang lain. This time :

Alor Gajah--> Selandar ---> Btg Melaka ---> Gemencheh ---> Gemas ----> Buluh Kasap ----> Segamat -----> Kuantan : Masuk simpang ke Kuantan sebelum tiba di Bandar Segamat.

So, kami berhenti Maghrib dan makan di Gemas. Oleh kerana 1st time ikut route tu, maka tak tau apa lagi yg akan ditempuh dan berapa jauh lagi. Tak pasti ada tempat makan lagi ke tak, maka kami singgah di sini.

Antara deretan gerai, kami pilih yang ini sebab nampak konon macam happening sikit.


Kami order makanan2 ini :


Yang atas sekali tu nasi goreng apa..x tahu. Tp asalnya hubby order mee goreng mamak. Bila dtg pinggan, ada nasi goreng. Malas nak cerita bnyk. Telan jer la... Kita pula order char koay teow sbb bnyk signage dia promot. Maybe itu yg popular. Appetizer, kami order cendawan goreng tepung tu.

Ok...cendawan goreng tu jer yg betul2 boleh diterima. Yang lagi dua tu, setakat boleh dimakan jer la. Bukan tak bersyukur, tapi tak ada kepuasan atas duit yang dilaburkan. Nasi goreng mcm gaul dgn kicap, char koay teow banjir tapi cair bair...

Next time x dtg sini lagi kot....
Allahu'alam...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 5 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


SOKONG PAKATAN RAKYAT: PERANG SG UJUNG <b>DI SEREMBAN</b>

Posted: 14 May 2011 08:23 PM PDT

Kalau di Kelantan, pertarungan jawatan  dalam Pas  amat hebat  dan sengit  di Kawasan Pasir Puteh.

Manakala  di Negeri Sembilan pula hebatnya di Seremban. Pertandingan  jawatan YPD adalah  antara bekas PJ dengan PJ Pas Negeri Sembilan  sekarang. Wooo.

Moga-moga tak ada baling kerusi. Dan paling penting, jika kalah jangan sampai Pas Seremban digantung lagi macam dulu. Ha ha. Apa punya tur dah, ada yang sanggup partinya digantung kerana tak dapat jawatan  dalam parti.

Petang ini kita akan dapat keputusannya. Kalau calang-calang Setia Usaha Agung, bukan mudah nak kendali kes Pas Seremban. Dalam hal ini kita kena  tabik  dengan SUA sekarang - Cikgu  Mustafa Ali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 4 Jun 2011

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Daerah Kuala Pilah, <b>Seremban</b>, Rembau Dan <b>...</b>

Posted: 21 May 2011 01:55 AM PDT

SEREMBAN, 21 Mei — Beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air pada Rabu ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan selama 21 jam mulai pukul 9 pagi di daerah Kuala Pilah adalah berikutan kerja pencucian kolam berjadual kolam air Bukit, Kuala Pilah.

"Kawasan terlibat ialah pekan Kuala Pilah, Kampung Dioh Seberang Pekan, Taman Angkasa, Taman Dioh, Kampung Dioh. Kampung Sungai Dua Kecil, Taman Citajaya, Kampung Sawah Lebar, Kampung Acheh, Kampung Teluk, Kampung Kuala Dioh, Jalan Seremban Lama, Taman Pilah Perdana, Flat Waja, Taman Sima, Taman Pilah Jaya dan Taman Sentosa.

"Selain itu, Taman Setia Kasih, Kampung Gemuruh, Kampung Jawa, Kampung Parit Seberang, Kampung Parit Mungkal, Rumah Rakyat Melang, Taman Melang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Taman Impian dan Bukit Mutiara," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan berjadual kolam air Bukit Tunggal, Seremban.

Azlan berkata kawasan terlibat di daerah Seremban ialah Taman Cempaka, Kampung Linsum, Bandar Eka, Taman Delima Siliau, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Sega, Taman Kristal, Taman Seri Damai, Rumah Rakyat Kuala Sawah, pekan Rantau, Kampung Ulu Lalang, Rumah Rakyat Ulu Lalang dan Kampung Kanchong.

Di daerah Port Dickson pula melibatkan Air Kuning, seluruh kawasan Linggi, Kampung Tampin Linggi, Kampung Takau, Ladang Tampin Linggi, Takau Estet, Rumah Rakyat Linggi, pekan Linggi, masjid kariah Tampin Linggi, Rumah Rakyat Pengkalan Durian, masjid kariah Pengkalan Durian, Rumah Rakyat Pengkalan Kempas dan Kampung Permatang Pasir.

Gangguan bekalan air di daerah Rembau melibatkan Jalan Tok Samad, Jalan Tanjung Semut, lebuh raya Pedas, Merbau 9, Minching B, hentian lebuh raya Seremban, Perhentian Tinggi Estet, Chembong Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Sekolah Teknik Chembong, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri dan Taman Pinggiran Pedas.

Sementara itu, gangguan selama 16 jam mulai pukul 8 pagi di daerah Port Dickson berikutan kerja pencucian kolam berjadual di kolam takungan Si Rusa, Port Dickson melibatkan seluruh kawasan Chuah hingga Bukit Pelandok, Tanah Merah hingga Site A, sebahagian kawasan Lukit dan Kualiti Alam Sdn Bhd.

Manakala gangguan selama sembilan jam mulai pukul 9 pagi Rabu ini di daerah Rembau adalah berikutan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd di loji rawatan air Pedas Baru, Rembau.

Kawasan terlibat ialah kawasan perindustrian Chembong, Kampung Chembong Air Hitam, Kampung Chembong Batu 17, Balai Bomba dan Penyelamat Chembong, Taman Desa Chembong, Taman Datuk Lela Maharaja, Rumah Rakyat Chembong, Sekolah Menengah Datuk Sedia Raja, Kampung Berkat Chembong, Kampung Ampang Batu, Kampung Masjid Tanah dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


sELamaT PenGanTin BarU eTTy. BerTemU kiTa <b>Di TamPin</b> naNTi <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2011 06:00 PM PDT

Alhamdulillah.

Salah seorang sahabat merangkap adik blogger saya selamat melangsungkan pernikahan semalam dan majlis persandingannya akan di adakan pada hari ini di Dewan Bandaran Tampin, Negeri Sembilan.

InsyaAllah, jika di permudahkan saya akan menghadiri majlis tersebut tengah hari ini. Sesiapa yang di jemput dan hadir, bertemu kita di sana. =))

Selamat Penganti Baru Etty dan Najib. =))

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads