05 di rembau - Google Blog Search |
Syarak Mengata , Adat Menurut: Nenek <b>di Rembau</b> ini perlukan katil <b>...</b> Posted: 23 May 2014 08:43 PM PDT Saya percaya ramai di luar sana yang ingin membantu nenek ini untuk mendapatkan katil beroda, atau mungkin ada di rumah mereka katil beroda yang masih dalam keadaan baik yang boleh diberikan kepada nenek ini. Saya tidak kenal nenek ini, insyaAllah saya cuba salurkan bantuan katil beroda tersebut kalau ada yang sudi membantu. Kalau boleh tidak perlu salurkan bantuan kewangan cuma saya perlukan katil beroda dan pengangkutan untuk mengangkut katil beroda tersebut terus ke rumah nenek ini. Sila hubungi saya tel 012-2267406 atau rozmal@yahoo.com atau PM Facebook : Rozmal . Untuk makluman telefon saya tidak boleh menerima Whatsapp atau MMS. Bantuan lain yang boleh disalurkan ialah lampin untuk orang dewasa. Sebelum ini juga banyak kisah warga emas yang kurang berkemampuan di Rembau yang perlukan lampin untuk dewasa. Hanya bergantung pada susu khas REMBAU - "Mak perlu dijaga seperti anak kecil kerana setiap tiga jam sekali, mak perlu diberi susu. Sebab itu setiap kali melihatnya, saya sedih." Demikian luahan seorang anak Hamidah Monson, 53, apabila emaknya, Zainab Ahmad, 79, hanya mampu terbaring sejak diserang strok sebelah badan kirinya lebih tiga tahun lalu. "Malah saya perlu berhati-hati kerana susu itu perlu diberi melalui salur khas yang dipasang di hidung mak, di mana setiap dua kali seminggu kakitangan kesihatan akan datang untuk menukar salur baharu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Sena Hulu, dekat sini, semalam. Hamidah berkata, buat masa ini, dia dalam proses memohon bantuan katil beroda dan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menampung keperluan susu serta lampin pakai buang emaknya. "Buat masa ini, hanya suami saya, Zulkifli Kedah, 58, sahaja yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan emak mendapat pencen arwah ayah sekitar RM400 sebulan. Justeru itu katanya, dia amat berharap permohonannya untuk mendapatkan katil beroda untuk emaknya akan berjaya. "Saya juga amat berharap bantuan JKM dapat diluluskan kerana dengan bantuan itu dapat membeli keperluan harian emak," katanya. |
You are subscribed to email updates from di rembau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan