05 di rasah - Google Blog Search |
Lelaki Warga Emas Maut Dalam Kebakaran <b>Di</b> Taman <b>Rasah</b> Jaya <b>...</b> Posted: 31 May 2014 04:19 AM PDT Lelaki Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Taman Rasah JayaSEREMBAN – Seorang lelaki warga emas ditemui mati apabila sebuah bilik terbakar dalam satu kejadian di sebuah rumah teres di Taman Rasah Jaya di sini Sabtu. Mayat K. Gunasingham, 60, ditemui dalam sebuah bilik di tingkat atas dan mangsa dipercayai mati akibat terhidu asap tebal dan tidak sempat menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohd Azli Mohd Arus berkata dua jentera dan 15 anggota dari balai itu dikejar ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 11.11 pagi. Beliau berkata semasa tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian, pihaknya mendapati kebakaran itu sudah dipadamkan orang awam. "Pemeriksaan mendapati seorang mangsa telah mati di atas katil di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah teres itu dan mangsa maut dipercayai lemas akibat asap dalam kebakaran itu. "Bilik itu didapati terbakar hampir 50 peratus dan kebakaran itu melibatkan katil, perabot dan juga bumbung," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat. Seorang jiran, K.Mala, 34, berkata beliau menyedari kejadian itu setelah ternampak asap keluar dari rumah berkenaan. "Saya kemudian menjerit meminta tolong dan memanggil jiran yang lain. "Kita kemudian terpaksa memecah pintu rumah itu untuk memadamkan api dan cuba menyelamatkan mangsa," katanya. – BERNAMA Artikel disiar pada May 31, 2014 - 7:19 pm oleh Nor Azlina Shaari |
You are subscribed to email updates from di rasah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan