Sabtu, 31 Mei 2014

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Mohon peruntukan alternatif memulihkan bekalan air <b>Tampin</b>-Rembau

Posted: 28 May 2014 12:16 AM PDT

IMG_8962

Seremban, 28 Mei – Walaupun kapasiti Empangan Gemencheh kini berada pada paras antara 98.10 – 98.12, ianya tidak dianggap kritikal kerana keadaan empangan tersebut yang terlalu kecil, malah dua buah anak sungai juga  tidak lagi berupaya menyalurkan air di dalam takungan tersebut.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, keadaan ini juga disebabkan faktor sekeliling iaitu laluan sungai yang merentasi estet kelapa sawit, di mana tanaman tersebut banyak menyerap kelembapan air bawah tanah termasuk air sungai itu.

Walaupun pada musim hujan, paras air di kedua-dua buah sungai tersebut tidak mampu menyumbang kepada peningkatan kapasiti air di Empangan Gemencheh.

Beliau menjawab soalan wartawan di Wisma Negeri Seremban, hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO, di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, Empangan Gemencheh bukan sahaja menyalurkan bekalan air terawat di daerah Tampin malah turut menyalurkan air tersebut di beberapa daerah Rembau.

Melihat dari kesukaran ini, Kerajaan Negeri sedang melihat dan mengkaji beberapa perkara iaitu sama ada, melakukan seperti mana Empangan Talang yang menggunakan sistem 'back pump', mengepam air Ulu Sungai Muar masuk ke Empangan Talang;

Ataupun memutuskan bekalan air terawat dari Empangan Gemencheh ke daerah Rembau dengan membina empangan di Sawah Raja yang berkapasiti antara 8-10 juta galen sehari.

Menteri Besar memaklumkan, sekiranya bekalan air terawat dari Empangan Gemencheh ini dipisahkan, bekalan air dijangka mencukupi untuk daerah tersebut.

Sekiranya pembinaan Empangan di Sawah Raja dipersetujui pula, maka bekalan air Rembau untuk daerah Rembau dan akan diurus oleh Loji Rawatan Air dari Sawah Raja.

Maka dengan itu, Kerajaan Negeri akan membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Pilihan A – Pembinaan 'back pump' dan juga Pilihan B – Membina Loji Baru di Sawah Raja, Rembau.

Ianya memerlukan peruntukan dan pembiayaan sekurang-kurangnya sebanyak RM50 juta.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads