Sabtu, 3 Mei 2014

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2014 03:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di serting</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2014 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ribuan ikan <b>di</b> Sungai Bera, Sungai <b>Serting</b> mati dipercayai dituba <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 10:30 PM PST

BERA — Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang dipercayai menggunakan kaedah menuba bagi menangkap ikan, menyebabkan ribuan ikan di Sungai Bera dan Serting mati selain turut menjejaskan pendapatan penduduk Orang Asli dan peneroka di gugusan Felda Triang.

Menurut seorang penduduk, Ahmad Nazri Che Omar, 51, kejadian dikesan sejak seminggu lepas dan dipercayai dilakukan oleh mereka yang mahu mengaut keuntungan dengan jalan mudah.

"Sekarang musim kemarau dan air sungai cetek menyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan racun atau bahan letupan bagi menangkap ikan dengan banyak," kata peneroka di Felda Triang Satu itu kepada Bernama.

Menurutnya ribuan bangkai ikan seperti patin liar, baung, lampam dan kerai memenuhi permukaan sungai akibat perbuatan itu.

"Kami sudah tidak berani untuk menangkap ikan yang masih ada kerana bimbang terkena racun dan mendatangkan bahaya jika dimakan, malah tidak mustahil boleh menyebabkan maut.

"Kami kini beralih mencari ikan di paya terbiar berhampiran kawasan sekitar untuk makanan keluarga," katanya.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan Mohd Fadzil Othman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

"Saya juga minta JKKK (jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui ada kegiatan haram menuba ikan di kawasan mereka bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan tegas," katanya.

Mohd Fadzil juga menasihati Orang Asli yang tinggal di pinggir sungai terbabit agar tidak menggunakan air sungai itu sebagai sumber bekalan kerana dikhuatiri dicemari racun. –Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads