Sabtu, 10 Mei 2014

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b> | Blog Sihatimerahjambu

Posted: 04 May 2014 05:23 PM PDT

Gangguan Bekalan Air Di Seremban akhir akhir ni agak kerap pulak rasanya. Bukan disebabkan air berkurang ataupun di catu tapi disebabkan ade paip bocor. Walaupun paip bocor tapi amek masa lama jugak nak tunggu dorang baiki tu. Kadang² seharian dan kadang² sampai ke petang.
Terbaru, akan ada gangguan bekalan air esok, 6 Mei 2014. Siap Siaplah kena simpan air secukupnya. Boleh baca info dari keratan Sinar harian bawah ni.
SEREMBAN – Penduduk di sekitar bandar Ampangan, Senawang, dan Rahang bakal mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip pada 6 Mei ini.
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Norzita Ismail berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip yang akan mengakibatkan gangguan di sekitar kawasan terbabit, bermula antara 8 pagi (6 Mei) sehingga 8 pagi keesokannya (7 Mei).
Katanya, bagi bandar ini kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip melibatkan, seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, Light Industri Temple, Lobak, Jalan Rasah dan Mambau.
"Selain itu, Hospital Besar Seremban, KPJ, Columbia, Hemodialisis Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas (Mambau), Jalan Labu, Taman Desa Rhu dan Taman Warisan Puteri (Sikamat).
"Turut mengalami gangguan, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, Industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Seremban Selatan dan Seremban Jaya," katanya.
Menurutnya, bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
"Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
Katanya, untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.-credit : sumber

Warga Seremban, hadapi gangguan bekalan air ni dengan sabar ye. Simpan air secukupnya dan jimat² sikit guna air tu. Harap² tak lama lah kan.

kursus lagi: 2 hari <b>di seremban</b> untuk pengurusan <b>...</b> - nadzri - Blogger

Posted: 21 Apr 2014 09:03 AM PDT

Pada 17-18/4/2014, JKSNS Darul Khusus telah mengundang Penulis untuk slot 2 hari bagi Kursus Pengurusan Dokumen dengan memfokuskan prosiding pra perbicaraan dan penyediaan pliding. Kursus  2 hari yang dihadiri oleh semua Pembantu Syariah dan PS LS41 berlangsung di Dewan Mesyuarat JKSNS dengan jayanya. 
3 tajuk utama telah disampaikan iaitu Memulakan Prosiding Mal, Saman dan Permohonan dan Persediaan sebutan kes Di Mahkamah Syariah lebih kuran 6 jam diperuntukkan bagi ketiga-tiga tajuk tersebut.
Ceramah di JKSNS ini merupakan amat signifikan apabila Penulis kembali Ke Seremban bertemu teman-teman lama, tidak hanya melaksanakan tugas untuk menyampaikan ceramah dan sebagai fasilitator bagi latih amal, tetapi lebih kepada sireh pulang ke gagang.
Banyak yang hendak diperkatakan.
hati cuba berkata-kata...
biarlah gambar yang berkata...










terima kasih Warga JKSNS!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads