Ahad, 4 Mei 2014

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Warga emas ditumbuk penyamun <b>di Rembau</b>

Posted: 30 Apr 2014 10:14 PM PDT

1 Mei 2014 – Seorang tukang masak berhadapan dengan detik mencemaskan apabila diterkam dua penyamun bertopeng dan ditumbuk di bahagian mata kanannya di pos pengawal sebuah kilang di Kota, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Rosidah Ali, 56, cuba mempertahankan beg berisi wang syarikat sebanyak RM3,000 dan wangnya sebanyak RM2,000 yang disandang di bahagian depan badannya.
Menurutnya, pengalaman diserang penyamun berkenaan baru pertama kali dihadapinya sepanjang 21 tahun dia bekerja di kilang berkenaan dan menjalani rutin setiap minggu menunggu pemandu lori untuk ke pasar borong di Melaka.

Nampaknya kes jenayah <b>di Rembau</b> semakin membimbangkan

Posted: 02 May 2014 03:50 PM PDT

Pengurus ladang ditemui mati ; 2 Mei 2014 REMBAU - Seorang pengurus ladang ditemui mati pagi tadi dengan kepalanya ditutup plastik dan kaki serta tangannya diikat di Ladang Perhentian Tinggi, Jalan Seremban-Tampin dekat sini. Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi.
"Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap. Dompet mangsa dikatakan turut hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads