Jumaat, 30 Mei 2014

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2014 11:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2014 12:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pemilihan Keadilan 2014: Pertandingan rancak peringkat cabang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 07 May 2014 06:26 AM PDT

Bahang pemilihan Keadilan di Negeri Sembilan kali ini dikira lebih rancak berbanding pemilihan tahun 2010. Jika pada tahun 2010, kebanyakan cabang di sini telah mencapai 'konsensus' di kalangan anggota tidak melalui pertandingan untuk memilih kepimpinan cabang. Hanya beberapa cabang melalui pertandingan yang hangat dan sengit seperti di Telok Kemang, Rasah dan Tampin.
Selesai proses penamaan calon bagi Negeri Sembilan yang berlangsung pada 13 April 2014 lalu, tujuh daripada lapan cabang keseluruhan bakal melalui proses pertandingan jawatan. Hanya Cabang Jempol yang mengekalkan 'kesepakatan bertaut' untuk menghantar pencalonan tanpa melalui pertandingan. Dalam istilah lain, kesemua pencalonan jawatan di peringkat jawatankuasa cabang telah menang tanpa bertanding. 
Mantan Ketua AMK Jempol, Halim A. Aziz pula menyandang jawatan Timbalan Ketua Cabang. Naib Ketua pula disandang oleh Faiz Gobi Abdullah. 
Keberadaan Sri Sanjeevan dianggap mampu mengukuhkan kedudukan AMK Jempol dari segi memberi 'nafas baru' dan kerancakan sayap tersebut bagi menyaingi Pemuda Umno Jempol yang mendominasi Jempol. Ketumpulan barisan kepimpinan AMK Jempol mungkin mampu diperbaiki oleh Sanjeevan dalam memperkuatkan sayap muda ini agar mampu menyaingi lawan.
Sejak tahun 2001, Keadilan di Jelebu boleh dianggap lemah dan kurang aktif. Ia juga merupakan cabang yang mempunyai jumlah keanggotaan terendah di kalangan lain-lain cabang. Malah tiada berlaku pertandingan jawatan bagi tahun pemilihan yang berlaku.
Namun kali ini, sesuatu yang dikira positif dan 'membangkitkan lena daripada tidur' telah berlaku pertandingan bagi jawatan Ketua dan Timbalan Cabang. Cabaran merebut jawatan ini boleh merangsang kembali daya progresif akar umbi cabang Jelebu untuk bergerak aktif. Sudah pasti kerahan anggota akan berlaku bagi memastikan calon-calon bertanding mencapai kemenangan.

Jawatan Ketua Cabang bakal melibatkan Naib Ketua Cabang, Shahril Zakaria yang akan ditentang oleh seorang anak jati dari Lakai, Dr Alinoor Abdul Kadir (atas-kiri). Manakala jawatan Timbalan Ketua bakal melibatkan pertandingan antara penyandangnya Tang Jay Soon ditentang oleh Norhasfiza Rahmat.

Jawatan Ketua Wanita dan Ketua AMK tiada berlaku pertandingan. Ketua Wanita dimenangi oleh Noriah Mohd Nor dan Ketua AMK disandang oleh mantan calon dun Pertang lalu, Muhamad Syamwill Mertadza.

Semua 11 calon bagi ahli jawatankuasa cabang menang tanpa bertanding. 
Seremban
Agak lama juga cabang ini tidak berada dalam suasana pertandingan jawatan peringkat organisasinya. Ketua AMK NS, Mohd Nazree Yunus telah meletakkan diri sebagai pencabar bagi jawatan Ketua Cabang di Seremban. Beliau akan menentang penyandang jawatan tersebut, Dr Ahmad Azam Hamzah (gambar kanan).

Pasukan Nazree Yunus terdiri daripada bagi jawatan Timbalan Ketua iaitu Yus Mazmi Ahmad Yusof akan berhadapan dengan penyandang jawatan, Dr Rafie Abdul Malek. Manakala jawatan Naib Ketua dari pasukan Nazree adalah orang lama, Nordin Mohd Nor yang juga dikenali sebagai Cikgu Nordin akan berhadapan dengan penyandang jawatan, ADUN Sikamat YB Aminuddin Harun.

Pertandingan turut melibatkan jawatan AJK Cabang dengan kedua-dua pasukan menampilkan barisan penuh 15 calon.

Pemilihan peringkat cabang di Seremban dijangka hangat dan menarik. Sebagaimana dengan Jelebu, kali ini kedudukan selesa di Seremban akan dicabar dan ditentukan melalui pertandingan.

Kuala Pilah
Ketua Cabang Kuala Pilah sejak tahun 1999, Nordin Ismail kali ini tidak mempertahankan jawatan dan telah menyatakan kesediaan beliau menyerahkan amanah tersebut kepada angkatan baru.

Sebagaimana cabang Seremban, pertandingan peringkat cabang di sini turut meriah dan menarik. Berlaku pertandingan dua penjuru melibatkan keseluruhan jawatan.

Jawatan Ketua Cabang bakal menyaksikan dua pertembungan iaitu mantan calon Keadilan DUN Juasseh, Haji Rosli Omar yang akan disaingi oleh mantan Bendahari Cabang Kuala Pilah, Kamarul Allaymmy Abdul Kadir. Kedua-duanya mempunyai latar belakang sebagai pegawai bank.

Haji Rosli merupakan bekas pegawai CIMB Bank dan kini merupakan seorang usahawan makanan yang dikenali di Negeri Sembilan.

Pertandingan jawatan Timbalan Ketua pula melibatkan mantan calon Keadilan DUN Pilah iaitu Mohamad Nazaruddin Sabtu. Beliau akan ditentang oleh Mohamed Bin Shahman yang dikenali dengan panggilan Pak Mat.

Nazaruddin merupakan bekas penghulu dan Pak Mat adalah Naib Ketua Cabang Kuala Pilah bagi penggal lepas.

Jawatan Naib Ketua pula melibatkan Mohamad Arifin Pilus yang akan berhadapan dengan mantan calon DUN Pilah PRU 2004 & 2008, Haji Asmaon Basir.

Pertembungan di Kuala Pilah ini memperlihatkan pasukan 'Demi Rakyat Jom Ubah' yang dikepalai oleh Kamarul Allaymmy melawan pasukan yang pro-MPN.

Rembau
Jika pemilihan 2010 susuk tubuh Badrul Hisham Shaharin@Chegubard sinonim dengan Rembau, namun kali ini kelibat beliau benar-benar 'menghilang' dari Cabang Rembau.

Pertandingan di Rembau dilihat sebagai sederhana dan dijangka tidak berlaku suasana 'panas'. Ini merupakan pertandingan jawatan kali pertama sejak cabang ini diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada pertengahan tahun 2009 lalu.

Jawatan Ketua Cabang bakal ditandingi oleh mantan Timbalan Ketua AMK NS (2007-2010), Rosidan Mohamed. Beliau sebelum ini aktif di Cabang Seremban dan pernah menjadi calon Keadilan bagi DUN Sikamat pada PRU 2004 lalu.

Beliau bakal ditentang oleh orang lama dari Kampung Bintangor, Yusof Tapar yang pernah menjawat jawatan Ketua Keadilan Nasional Bahagian Tampin pada tahun 1999. Mungkin susuk tubuh ini tidak begitu dikenali secara nasional namun beliau pernah mencetuskan kontroversi apabila mengisytihar keluar Keadilan dan menyertai Umno beberapa hari sebelum PRU 1999. Kemudian beliau kembali menyertai Keadilan pada tahun 2009 lalu.

Regu bagi Rosidan untuk jawatan Timbalan Ketua pula ditandingi oleh Dato' Aladzhar Abdul Khalid yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Perhubungan Negeri (2007-2008). Beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Kerapatan Adat Istiadat Negeri Sembilan. Dato' Aladzahar bakal berhadapan dengan Shahrul Nizam Idris.

Jawatan Naib Ketua pula menampilkan dua muka baru iaitu dari regu Yusof Tapar mempertaruhkan Azlan Ariffin yang bakal berhadapan dengan Ellanggoran Langamuthu.

Bagi jawatan AJK cabang, kedua-dua regu menampilkan senarai penuh 15 calon masing-masing.

Pertandingan Hangat & Panas
Sebagaimana pemilihan 2010, suasana pertandingan yang dijangka hangat dan sengit akan berlaku di Rasah, Telok Kemang dan Tampin.

Rasah
Cabang ini mencatat rekod dalam sepanjang tahun pemilihan, pasti berlaku pertandingan jawatan utama. Ia bukan sahaja melibatkan jawatan peringkat cabang malah turut melibatkan jawatan-jawatan utama sayap AMK dan Wanita.

Dalam pemilihan kali ini, jawatan Ketua Cabang bakal ditandingi oleh Timbalan Ketua Rasah iaitu Tangam Raju. Beliau bakal berhadapan dengan saingan daripada calon muda Naquib Carmeil Roseli (gambar kiri) dan seorang lagi orang lama Rasah, Norizam Yasin.

Tangam (gambar kanan) merupakan anggota Cabang Rasah yang aktif sejak tahun 1999 lagi. Manakala Naquib Carmeil merupakan anak tempatan Rasah yang berasal dari LBJ.

Barisan calon dari pasukan Naquib Carmeil yang membawa slogan, 'Reformasi For Rasah: Anjakan Perubahan & Perpaduan'  terdiri daripada; calon Timbalan Ketua-Arjunan Munusamy seorang anggota Rasah sejak tahun 1999 yang bergerak aktif. Manakala calon Naib Ketua-Saparin Musa juga anggota lama Rasah yang berjuang sejak tahun 1999 berasal dari Sendayan.

Barisan calon dari pasukan Tangam pula terdiri daripada calon Timbalan Ketua-Mathuraiveran Sinnathamby dan calon Naib Ketua-Viganeswaran Suppan.

Telok Kemang
Sebagaimana yang diketahui umum, Telok Kemang merupakan antara kubu kuat Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan khusus kepada Keadilan. Kemenangan buat dua penggal berturut-turut di Parlimen Telok Kemang dan dua dun iaitu Chuah dan PD Bandar telah merangsang minat segelintir anggota cabang ini untuk terlibat dalam pertandingan.

Kehangatan suasana pemilihan pada tahun 2010 dijangka akan berlaku sekali lagi dalam pemilihan kali ini. Jika dalam pemilihan 2010, pertembungan jawatan Ketua Cabang berlaku antara dua wakil rakyat iaitu Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang) berhadapan dengan Ravi Munusamy (Adun PD Bandar) yang telah dimenangi oleh Ravi.

Pertembungan kali ini bagi jawatan sama turut melibatkan antara Ravi (gambar kanan) selaku penyandang yang akan ditentang oleh Adun Chuah, Chai Tong Chai. Ia juga merupakan pertandingan yang sengit dan hangat dengan masing-masing mempertaruhkan reputasi sebagai wakil rakyat untuk memancing undi para anggota Telok Kemang.

Jawatan lain iaitu Timbalan Ketua pula penyandang jawatan Rusli Abdullah bakal dicabar oleh mantan calon Dun Linggi pada PRU-13 iaitu Rosman Jonet (gambar kiri). Jawatan Naib Ketua pula menampilkan dua calon baru iaitu Ng Yong Sam yang akan dicabar oleh ahli politik veteran, Dato Muthu Palaniappan. Jangkaan anggota keluar mengundi adalah sekitar 500-600 orang.

Tampin
Suasana politik Keadilan di Tampin menyepi seketika setelah berlaku kejutan politik pada tahun 1999 iaitu bebeapa hari sebelum PRU ke-11 Ketua Bahagian Keadilan Nasional Tampin ketika itu, Yusof Tapar bersama beberapa orang anggota telah keluar parti dan menyertai Umno. Ia memberi tamparan hebat kepada kedudukan Keadilan di Tampin sehingga kembali diaktifkan semula pada tahun 2008.

Menyepi beberapa seketika telah membangkitkan para aktivis sejak era Reformasi kembali aktif bersama parti. Kerancakan pertandingan pada pemilihan tahun 2010 juga kembali mewarnai suasana pemilihan untuk kali ini.

Jawatan Ketua Cabang di Tampin akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara Kapten(B) Zolkapli Kassim (mantan Ketua Cabang Tampin 2008-2010), Rahmat Hashim dan Latif Tambi (mantan Setiausaha Agung Parti KITA).

Pertembungan ini dikira menarik kerana ia satu-satunya pertandingan sengit jawatan ketua yang melibatkan tiga calon di Negeri Sembilan. Semasa pencalonan terdapat empat orang calon yang bertanding namun seorang telah menarik diri.

Jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan di antara dua Naib Ketua Cabang Tampin iaitu Jeffery Young Ahmad dan Shaarani Abdul Rashid. Hanya jawatan Naib Ketua tidak ada pertandingan dan dimenangi oleh Suresh Krishna Pillai.

Untuk jawatan AJK juga berlaku pertandingan. Pertembungan di Tampin boleh disebut sebagai pertembungan pasukan Tampin yang diketuai oleh Kapten Zolkapli dengan pasukan Felda Jelai yang dikepalai oleh Rahmat manakala Latif Tambi merupakan proksi kepada Ketua Cabang Tampin-Haji Baharudin Siri yang tidak bertanding kali ini.

Pertembungan di Tampin juga melibatkan saingan sengit peringkat AMK dan Wanita.

Pro-MPN vs Demi Rakyat
Pertandingan di Negeri Sembilan kali ini jelas memperlihatkan pertembungan antara pasukan yang pro-MPN dengan pasukan Demi Rakyat yang dikepalai oleh Dr. Rafie Abdul Malek. Kali ini pasukan Demi Rakyat dilihat telah menyusun pasukan mereka di seluruh cabang kecuali Jempol. Bibit kemunculan pasukan ini telah dijelmakan ketika tahun 2012 yang telah menggerakkan jelajah Demi Rakyat yang dilihat menyaingi kewujudan MPN sebagai badan perhubungan negeri.

Situasi ini tidak boleh dinafikan kerana tiap-tiap calon yang berada dalam jelajah Demi Rakyat telah mencalonkan diri di seluruh cabang seperti di Jelebu, Dr Alinoor, Kamarul Allammy (Kuala Pilah), Yusof Tapar (Rembau), Norizam Yasin (Rasah), Ravi (Telok Kemang) membayangkan hasrat pasukan ini untuk menguasai kemenangan di negeri ini.

Namun apakah jika pasukan ini memenangi pertandingan di kebanyakan cabang ia akan menampilkan sebuah barisan pimpinan Keadilan yang mampu menyaingi BN dan meneruskan kesepakatan PR NS tanpa tergelincir sebagai peneraju PR di negeri ini?

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2014 11:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di rasah</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Mar 2014 11:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rumah Anak Yatim <b>Di Rasah</b> Terjebak Dengan Al-Arqam | n9kini.net

Posted: 04 Dec 2013 11:25 AM PST

SEREMBAN, 5 Dis – Berselindung atas nama rumah anak yatim, sebuah rumah kebajikan di Rasah Kemayan, dekat sini dipercayai ada kaitan dengan kumpulan al-Arqam.

Rumah yang menempatkan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dikatakan mempunyai ibu-bapa sendiri yang bekerja sebagai ahli perniagaan.

Difahamkan, mereka menggunakan nama rumah anak yatim bagi tujuan mendapatkan bantuan dan mengutip sumbangan pelbagai pihak.

Berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai, semalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Soalan 'siapa kenal Abuya?' turut  ditanya seorang Pegawai JHEAINS kepada kanak-kanak lelaki di rumah berkenaan menyebabkan mereka terdiam seketika.

Masing-masing saling memandang sesama sendiri walaupun sebelum itu mereka dengan lancar menjawab pelbagai persoalan diajukan pegawai JHEAINS yang melakukan pemeriksaan.

Malah, ketika ditanya tentang latar belakang keluarga mereka, sebahagian besar kanak-kanak memberitahu mereka mempunyai dua atau tiga ibu serta paling ramai mempunyai 20 orang adik-beradik.

Difahamkan, kanak-kanak yang masih mempunyai ibu-bapa itu tinggal sepenuh masa di rumah kebajikan berkenaan serta jarang pulang ke rumah, sebaliknya mengikuti pelbagai aktiviti dianjurkan di situ.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Amran Awaludin berkata, hasil risikan mendapati rumah kebajikan terbabit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Arqam yang sebenarnya berselindung di sebalik nama rumah anak yatim dan miskin sejak lima tahun lalu.

"Jadi, kita dapati ada unsur penipuan atas nama rumah kebajikan yang digunakan bagi tujuan memperolehi bantuan dan sumbangan daripada banyak pihak," katanya.

Malah, katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia merupakan anak-anak ahli kumpulan al-Arqam yang ditinggalkan di situ.

Menurutnya, keadaan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa anak-anak itu terbiar daripada mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

"Tidak mustahil kanak-kanak ini turut digunakan untuk aktiviti mengumpul dana atau derma kumpu-lan terbabit kerana ketika ditanya mereka memberitahu jarang pulang ke rumah kerana perlu mengikuti program diadakan.

"Namun, kita masih menyiasat keseluruhannya dan mengamalkan langkah berhati-hati," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, pemeriksaan turut dilakukan di sebuah lagi rumah kebajikan di Rasah Kemayan juga di bawah penyelia sama yang menempatkan 11 kanak-kanak perempuan berusia antara enam sehingga 12 tahun, termasuk sebuah pusat pengajian agama di Seremban 2 dan di Nusari Bayu.

Amaran berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan jabatan serta tidak berdaftar dan akan dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Perundangan dan Advokasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zaleha Wan Mohamed yang turut hadir mengesahkan dua pusat jagaan terbabit tidak berdaftar dengan jabatan.

Malah, katanya, ada yang memberi alasan masih dalam proses permohonan mendaftar dengan JKM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads