05 di port dickson - Google Blog Search |
Family Day <b>di Port Dickson</b> 28 Mac - 30 Mac 2014 | BLog amir Posted: 30 Mar 2014 12:00 AM PDT Assalamualaikum semua pembaca setia blog amir. Saya rasa belum terlambat lagi untuk saya berkongsi... Assalamualaikum semua pembaca setia blog amir. Saya rasa belum terlambat lagi untuk saya berkongsi sedikit pengalaman yang sangat bermakna dalam perjalanan bisnes shaklee saya iaitu Family Day di Puteri Beach Resort, Port Dickson. ni gambar bilik kami (tiba-tiba) nak juga letak sini. hihi. Majlis ni bukan Shaklee yang buat tapi Master Zahirah & Master Hafizan Lutfi yang buat. Shaklee tak bagi seposen pun. segala kos majlis ni ditanggung oleh Masters sendiri. kalau ikutkan tak buat pun takpe sebab tak jadi masalah pun. Tapi di sebabkan mereka sangat baik hati, mereka sanggup 'meleburkan' RMxxx,xxx untuk tanggung kos majlis ini. Thank you, Toce-toce dan Dekuj moc krat (terima kasih dalam bahasa Czech) kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya datang bersama mak dan kakak saya. demi Family Day, saya sanggup drive dari Timur ke Barat yang memakan perjalanan berjam-jam lamanya. Cewah. Hihi. saya serious ni. sebab saya tahu ilmu yang akan saya dapat sepanjang majlis tu nanti sangat 'mahal' harganya. untuk mendapatkan ilmu saya harus bergerak. ilmu tak datang bergolek tapi sebaliknya saya yang kena cari ilmu. apalah sangat dengan drive berpuluh-puluh jam tu kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang berharga tu. lagipun, kita perlu ingat. kalau kita nak sesuatu, kita perlu bayar. dalam kes ini, saya rela bayar dengan datang jauh dari kelantan ke port dickson semata-mata untuk family day. mungkin ramai yang kata, 'alaaaa. family day je pun' tapi bagi saya, saya tak anggap macam family day pun sebab niat saya dari awal saya nak cari ilmu dan in fact majlis ni bukan macam family day yang macam kita bayangkan. majlis ni lebih kepada perkongsian secara spiritual dari insan-insan yang sangat hebat. so rugi sangat tak datang sebab bukan senang nak dengar perkongsian secara 'live' dari mereka. sebab kalau kita nak berjaya macam mereka, kita kena admire mereka. kita kena suka mereka, kena gembira melihat kejayaan yang dikecapi oleh mereka dan sebagainya. insyaAllah. lambat laun, kita pun akan jadi macam mereka. buat 'anak-cucu-cicit' bisnes saya yang tak dapat hadir ke majlis ni, jangan risau. saya dah catat segala ilmu yang disampaikan. sebenarnya terlalu banyak sebab bila orang berjaya bercakap, semua yang keluar dari mulut mereka saya kira sebagai ilmu. hihi. sampaikan saya tak sempat nak catat. tapi insyaAllah segala yang penting saya dah ambil dan akan kongsi dengan anda semua dan saya yakin ianya memadai untuk membawa kita berjaya dalam bisnes shaklee ini disamping berjaya dunia & akhirat juga. kat sana saya sempat ambil beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung. saya yakin ianya pasti akan membuatkan ada rasa menyesal tak datang. hihi. takpe, tahun depan ada lagi. kita jumpa kat sana la yer. Yang ni sesi pagi. Selepas solat subuh terus ada majlis perkongsian ilmu sebab tu abang tu pakai baju melayu. hehe. speaker adalah orang hebat iaitu Tuan Ateh Zuhairi. sebenarnya beliau suruh kami panggil Ateh je, tapi saya nak panggil Tuan Ateh. tanda hormat saya kepada beliau. yang lebih kelakar ialah, saya tak tahu pun yang selama ni saya follow facebook beliau. hahaha. aduhai. hehe. siapa yang nak follow facebook page beliau, boleh ke sini. Yang ni pula dalam sesi yang berasingan ada slot perkongsian ilmu dari Masters. bagi saya slot ni paling best. seriously paling best. kenapa? sebab semua tips, ilmu, nasihat, perkongsian pengalaman dan etc yang diberi adalah direct dari mulut orang yang sudah 'terbukti' berjaya. Walaupun mereka bukan 'mak' bisnes saya, namun langsung tak lokek untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka. dalam gambar tu adalah master-to-be Ayu. datang jauh dari sarawak. insyaAllah akan jadi master very soon ni dan merangkap orang sarawak pertama yang jadi master. wow! hebatlah geng-geng 'kamek' hihi. Kalau boleh saya nak share sedikit latar belakang kak ayu (dengan izin) dan bagaimana kisah kak ayu pada mula-mula buat bisnes shaklee. jika salah info mohon diperbetulkan semoga menjadi inspirasi kepada kita semua. kak ayu ni anak bisnes master ira dan tinggal di pedalaman negeri sarawak. kak ayu bertemu jodoh pada usia yang sangat muda dan jadi suri rumah sepenuh masa. kak ayu sering disindir oleh 'insan tersayang' sebab tak nak belajar sungguh-sungguh. suatu hari ni, kak ayu ada beli set shaklee dari kak ira dan mulai hari tu lah kak ayu terdetik untuk buat bisnes shaklee secara serious. yang lebih sayu, di sebabkan kak ayu tinggal di kawasan pedalaman yang mana kemudahan internet yang sangat terhad, kak ayu terpaksa berulang-alik ke Cyber Cafe beberapa jam sehari untuk menjalankan bisnes shaklee secara online dan langsung tidak menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak berjaya. dan semasa bisnes shaklee semakin rancak, beliau juga sering di tegur kerana terlalu sangat menghadap laptop dan 'bermain' facebook. saya sangat terinspirasi dan tersentuh dengan kisah beliau sebab beliau datang dari latar belakang keluarga yang susah dan mempunyai persamaan dengan saya. sekarang, income yang diperoleh kak ayu setiap bulan adalah 5 angka. subhanallah. luaskan rezeki Allah. saya berdoa agar Allah permudahkan jalan beliau untuk ke master dalam masa terdekat ini. amin. Yang ni pula pada sesi yang sama selepas Master-to-be Ayu bagi talk, Master Maria pula yang sambung berkongsi ilmu dengan kami semua. sebenarnya setiap master diberi hanya 15 minit tapi saya rasa Master Ira patut panjangkan lagi jadi 30 minit ke. 1 jam seorang pun saya sanggup nak dengar. mhehehe. sebab rasa macam tak cukup. hehe. jadi dalam 15 minit tu, memang sangat padat ilmu, tips dan etc yang diberi. Master Maria ni isteri kepada Master Firdaus. Master Firdaus juga ada beri talk tapi saya tak sempat nak ambil gambar sebab master cakap laju dan semua yang beliau cakap tu adalah tips, ilmu yang saya kira sangat 'mahal' dan sangat rugi kalau tak catat. kalau tak catat tu, memang rugi. 'ce cakap kat orang sebelah, rugi derrr'. hihi. Maka, sepanjang beliau bercakap saya khusyuk tulis tulis tulis. sampaikan tak sanggup nak 'bazirkan' masa ambil gambar. melampau tak? haha. tapi memang betul. orang yang tak pergi memang rugi sebab banyak sangat tips yang diberi sampai saya rasa banyak nyer yang saya tak buat lagi. antara yang tertarik untuk saya berkongsi di sini adalah 5 tips nak naik jadi master seperti gambar di bawah. (dengan izin masters) lepas tu master firdaus suruh kami cakap Firdaus In My Heart (sambil tangan ke dada) Hehe. F - faith I - in R - rasul D - deen A - allah U - until S - success insyaAllah. jika kita sama-sama amalkan tips ini, kita sama-sama akan 'terpaksa' berjaya macam mereka juga. amin. yang ni pula dewan semarak (kalau tak silap) merangkap dewan makan. makan sini semua menu best-best. saya, mak dan kakak saya makan satu meja. bukan makan meja yer, maksud saya makan semeja. hihi. sesi recognition. gembira dapat tengok orang berjaya. saya pun nak jadi macam mereka jugak. so, jom visualised kan diri kita berdiri kat atas stage tu. dah? ok. setel. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. next time kalau ada majlis macam ni, saya nak sertai lagi. hehe. Inginkan supplements terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang? Inginkan side income 3-4 angka sebulan dengan bisnes online Shaklee hanya dengan 'RM0 modal'? Hubungi Amir untuk :- FREE CONSULTATION and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE! Shaklee ID : 1003456 akhiamir.cz@gmail.com 019 495 1082 (SMS/WhatsApp) |
You are subscribed to email updates from di port dickson - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan