05 di paroi - Google Blog Search |
SAINGAN GETIR <b>DI PAROI</b> – Portal Rasmi Persatuan Bolasepak <b>...</b> Posted: 15 May 2014 09:11 AM PDT Oleh WILLIE JUDE JUNAIDI SELEPAS diikat pendahulu liga PDRM, Jumaat lalu, Sabah menghadapi satu lagi perlawanan getir apabila turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. Perlawanan dengan pasukan di tangga keempat itu dijangka sengit kerana Sabah sudah pasti mahu mengulangi kejayaan menewaskan pasukan sama di Stadium Likas, tidak lama dulu manakala Negeri Sembilan pastinya tidak mahu keciciran mata untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam Liga Perdana. Pada perlawanan lalu, Sabah mencipta kemenangan pertama terhadap Negeri Sembilan selepas kalah tiga perlawanan pertama musim ini di pusingan pertama tetapi kedudukan terkini menyaksikan lawan itu berada di kedudukan lebih baik. Negeri Sembilan kini berada di tangga keempat dengan 27 mata iaitu 10 mata di hadapan Sabah yang berada di tangga kelapan dengan 17 mata selepas masing-masing mengharungi 15 perlawanan. HARAP LEBIH KONSISTEN Ketua Jurulatih, Milomir Seslija, berkata prestasi pasukan sebelum ini tidaklah seteruk mana tetapi telah banyak kehilangan mata kerana gagal memperolehi keputusan yang diharapkan. Bagaimanapun, beliau yakin, Sabah akan mendapatkan keputusan yang lebih baik selepas ini kerana corak permainan pasukan telah menunjukkan peningkatan khususnya ketika berdepan dengan PDRM, Jumaat lalu. "Saya harap kita akan lebih konsisten selepas ini, kita telah banyak melalui masa sukar termasuk kehilangan pemain akibat kecederaan dan penggantungan permainan…ia antara punca kesukaran Sabah mendapatkan keputusan positif yang konsisten. "Kita juga telah sering guna pemain muda dan prestasi mereka kadang-kadang baik dan kadang-kadang tidak begitu baik tetapi ini adalah sebahagian daripada proses pembangunan pemain," katanya. KUALITI LEBIH BAIK Milomir berkata, kualiti pasukan Sabah sekarang lebih baik berbanding dengan musim-musim sebelum ini dan beliau percaya skuad bimbingannya itu berada pada landasan yang betul untuk terus maju. Sebab itu, beliau percaya Sabah mampu mengejutkan lagi Negeri Sembilan malam ini walaupun terpaksa mengubah beberapa posisi pemain kerana masih ramai pemain yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Penyerang import dari Liberia, Jerome Suku Doe dan dua pertahanan muda Didie Arizal serta Dendy Lowa dikatakan belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tetapi berada dalam senarai pemain yang diterbangkan ke Negeri Sembilan. Pertahanan kiri Julamri Muhamad pula tidak bersama pasukan kerana menjalani pengantungan permainan tetapi Sabah kembali mendapatkan khdimat pemain import tengah, Andre Reinaldo Esposito yang digantung perlawanan sebelum ini. 19 PEMAIN DITERBANGKAN Pemain lain yang dibawa ke Negeri Sembilan ialah Fazli Paat, Irwan Jamil, Pocuca Predrag, Reithudin Emran, Redzuan Nawi, Dendy Lowa, Sharul Chankui, Zainizam Marjan, Marwan Sayedeh, Jerome Suku Doe, Andre Reinaldo Esposito, Maxius Musa, Rexjeson Pitirus, Isma Alif, Leopold Alfonso Otong, Alto Linus, Sabri Sahar, Didie Arizal dan Farid Ideris. Sementara itu, Pengurus Pasukan, Rahman Zakaria, berharap Sabah akan membuat kejutan terhadap Negeri Sembilan malam ini, sekali gus menghidupkan peluang layak ke Piala Malaysia. "Prestasi kita semakin baik dan saya percaya jika pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi seperti mana dilakukan sewaktu bertemu PDRM, kita mampu mengejutkan Negeri Sembilan malam esok (malam ini). "Saya juga menyeru semua penyokong kita yang berada di sekitar ibu negara dan Negeri Sembilan supaya datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan kita malam esok, sokongan anda mampu memberi 'kekuatan tambahan' kepada pasukan kita," katanya. |
You are subscribed to email updates from di paroi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan