Jumaat, 2 Mei 2014

05 di kuala klawang - Google Blog Search

05 di kuala klawang - Google Blog Search


RM500,000 naik taraf pasar awam <b>Kuala Klawang</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2014 03:54 PM PDT

JELEBU 14 April – Kerajaan nege­ri memperuntukkan RM500,000 bagi menaik taraf Pasar Awam Kuala Klawang yang dijangkakan siap dalam tempoh empat bulan.

Yunus Rahmat (empat dari kanan), Mohamed Roduan Ujang (lima dari kanan) berbincang dengan sebahagian peniaga pada taklimat kerja naik taraf Pasar Awam Kuala Klawang di Jelebu, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, untuk itu, seramai 21 peniaga di bahagian pasar basah pasar berkenaan akan dipindahkan sementara kerja-kerja naik taraf pasar tersebut selesai.

"Kesemua peniaga pasar basah akan ditempatkan ke kawasan sementara sekitar iaitu di parkir kawasan Pasar Awam ini.

"Ini bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu peniaga dan pembeli selesa menjalankan aktiviti jual beli semasa kerja naik taraf dijalankan.

"Kita harap dengan terdirinya Pasar Awam baru ini, para peniaga lebih selesa untuk berniaga walaupun kini terlalu banyak persaingan," katanya ketika menghadiri taklimat kerja naik taraf Pasar Awam Kuala Klawang, di sini semalam.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang.

Jelasnya, para peniaga merupakan golongan penting dalam menjana pendapatan ekonomi daerah ini dan penyambung rezeki bagi orang lain.

"Sudah lebih kurang empat tahun pasar ini mengalami banyak kerosakan dan sudah tiba masanya ia harus diperbaiki.

"Kerja-kerja naik taraf itu dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK) menerusi pihak berkuasa tempatan," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads