Rabu, 23 April 2014

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Krisis air <b>di Negeri Sembilan</b> - Terbakor

Posted: 19 Feb 2014 06:25 AM PST

Negeri Sembilan Alami Krisis Air

Negeri Sembilan Alami Krisis Air

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan negeri itu mengalami krisis air apabila ribuan isi rumah berdepan dengan masalah ketiadaan air pada Rabu.

Keadaan itu berikutan musim kemarau luar biasa yang berlarutan sehingga menyebabkan beberapa kawasan tadahan air semakin kering.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pusat Operasi Bencana Alam negeri telah diaktifkan untuk menyelaraskan kerja-kerja untuk membekalkan air yang dirawat kepada para pengguna di kawasan yang terjejas.

"Kita tidak mengalami sebarang hujan di sini sejak dua bulan lepas dan ini mengakibatkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap yang kritikal.

"Malah kita juga tidak dapat mengambil air dari Sungai Batang Benar dan Sungai Ulu Muar yang menyediakan air mentah ke empangan Talang, Kerinchi dan Sungai Terip, kerana kedua-duanya kering," katanya sambil menambah bahawa keadaan itu memberi kesan kepada sehingga 8,000 isi rumah.

Beliau berkata, pihak berkuasa mengambil 13 juta liter air mentah dari Sungai Batang Benar dan 45 juta liter lagi dari Sungai Ulu Muar, di mana ia digunakan untuk membekalkan air kepada pengguna di Seremban.

Kira-kira 200,000 isu rumah menggunakan kira-kira 340 juta liter air setiap hari.

Mohamad berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Sendayan, Rasah, Mambau dan Seremban.

Sumber: Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads