05 di teluk kemang - Google Blog Search |
Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma <b>di Teluk Kemang</b> | AkuBiomed Posted: 28 Mar 2014 10:54 PM PDT Masih lagi berkisar mengenai percutian keluarga minggu lepas. Berasa cuak apabila keciciran Lens Hood Sigma secara tidak sengaja semasa mengambil gambar BBQ di Teluk Kemang ketika menyertai Hari Keluarga yang dianjurkan disana. Mood untuk mengambil down selepas lens hood tercicir didalam gelap Sebelum beli lensa Sigma ada terbaca mengenai Lens Hood Sigma ini mudah tertanggal kerana longgar disebabkan 'wear & tear'. Saya tidak sangka akan mengalami situasi cuak bakal kehilangan lens hood Sigma ini. Ia berlaku ketika sesi mengambil gambar BBQ untuk makan di Teluk Kemang. Saya mula rasa kelainan apabila UV Filter longgar dan ketika mengetatkan UV Filter baru perasan lens hood sudah tertanggal serta hilang didalam suasana gelap dipantai. Puas cari didalam kegelapan dengan mengunakan lampu flash dari telefon bimbit. Ia mengundang 'mood' terus 'down', maklumlah walau kehilangan lens hood ini adalah kecil tetapi tetap rasa gajet seperti tidak lengkap. Merata mencari dari sudut ke satu sudut tetapi tidak jumpa. Mencari pengantian Lens hood di ShaShinki. Pada malam selepas BBQ terus mencari info untuk membuat pengantian lens hood yang hilang. Saya terjumpa lens hood pihak ketiga di ShaShinKi yang dijual pada harga RM28. Memandangkan saya mendapat diskaun kupon RM10 kerana mendaftar buat kali pertama hanya perlu membayar RM18 sahaja. Pastikan membelikan lens hood pihak ketiga ini dengan mengenal pasti saiz ring kerana ia adalah jenis skru mudah untuk dipasang sama secara terus kepada lensa atau pada UV filter. Kelebihan lens hood ini boleh ditarik keluar untuk 3 mode yang berbeza. Keesokkan seawal pagi saya dan isteri telah ke lokasi BBQ pada malam sebelumnya. Puas cari merata tidak jumpa memang sudah berasa kecewa sangat kerana bimbang sesi pagi ada sesi mengambil gambar untuk sukaneka dengan ketiadaan akan memberikan masalah 'flare'. Saya telah dikejutkan abang Long berjaya menjumpai lens hood terbenam didalam pasir pantai dan tiada kerosakkan. Alhamdulillah apabila semua kembali lengkap. AkuBiomed: Satu peringatan kepada saya supaya lebih berhati-hati setiap kali mengunakan lensa Sigma ini. 191 total views, 4 views today |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan