Selasa, 1 April 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


Kompaun <b>di</b> Zon Sifar Sampah Pantai Saujana <b>Port Dickson</b>

Posted: 27 Mar 2014 12:20 PM PDT

Jalaluddin Alias (empat dari kanan) bersama Ab. Khalid Mat (tiga dari kanan) melontarkan bebola lumpur selepas merasmikan Pelancaran Program Zon Sifar Sampah di Pantai Saujana, Port Dickson, Telok Kemang, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 27 Mac - Kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan kepada mereka yang membuang sampah di lokasi Zon Sifar Sampah di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu akan mula dikenakan selepas tempoh peringatan dibuat selama dua bulan mulai sekarang.

Penguatkuasaannya telah pun berjalan tetapi mereka yang didapati bersalah akan diberi notis amaran semasa tempoh peringatan ini namun selepas sahaja tempoh terbabit tamat, kompaun akan terus disabitkan serta merta kepada pesalah.

Ini adalah bagi mendidik masyarakat dan pelancong bersama-sama menjaga kebersihan dan menerapkan budaya murni dengan tidak membuang sampah merata-rata," ujarnya semasa berucap di Majlis Pelancaran Program Zon Sifar Sampah, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan melalui syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd (SWM) dan dipantau Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) bagi menjaga kebersihan dengan baik.

Namun, kita mahu masyarakat turut sama mempunyai sikap positif dalam mengekalkan keceriaan dan kebersihan kawasan bagi mewujudkan negeri sejahtera dengan mempunyai pemikiran yang benci akan kekotoran, ujarnya.

Katanya, sehingga kini, sebanyak empat pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menjalankan Zon Sifar Sampah itu di lokasi terpilih iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Daerah Tampin serta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab. Khalid Mat berkata, pihaknya akan menjalankan Zon Sifar Sampah itu secara berfasa di pantai Port Dickson.

Kita mempunyai 17 jenis pantai dengan panjang 54 kilometer namun penguatkuasaan zon ini hanya melibatkan sepanjang 1.5 kilometer di Pantai Saujana, Batu 4 terlebih dahulu.

Ini akan memberi kefahaman secara berperingkat-peringkat kepada masyarakat dan pelancong yang datang ke daerah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut melantik promoter bagi kawasan zon tersebut yang terdiri daripada pengusaha hotel, persatuan peniaga dan penjaja serta pesatuan orang pencen.

Jelasnya, ia secara tidak langsung akan melancarkan penguatkuasaan di zon berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads