3. Selain daripada itu, kerani di Pusat Servis dan khidmat juga kelihatan tidak mesra pelanggan dan menunjukkan sikap "tidak beradab" apabila menjawab pertanyaan penduduk dengan nada marah serta tidak puas hati. Gambar di bawah menunjukkan penduduk sepakat membuat piket secara aman di depan Pusat Servis TBS yang turut di hadiri oleh wartawan dari Harian Metro, untuk menunjukkan tanda ketidak puasan hati diatas servis yang diberikan pemaju. Lagi berita di :
http://www.hmetro.com.my/articles/20pendudukgegarpejabatpemaju/Article/
(Pada pendapat MHS penduduk memang patut merasa tidak selamat kerana apabila rumah dimasuki pencuri, nyawa ahli keluarga semuanya sedang dalam pertaruhan)
4. Selain itu, segala aduan juga tidak dilayan secara serta merta malahan penyelia yang bertanggungjawab menunjukkan sikap acuh tidak acuh dengan aduan yang diajukan penduduk. Antara aduan yang dimajukan oleh penduduk termasuklah dari segi kawalan keselamatan, kehadiran anjing liar, penyelenggaraan landskap dan lain-lain lagi. Ini jelas menunjukkan sikap lepas tangan pemaju terhadap isu di TBS yang kian panas akhir-akhir ini dengan pelbagai masalah.
5. Penduduk cuba untuk menyelesaikan masalah dengan mengadakan perjumpaan secara bersemuka bersama PDRM, pemaju dan ketua pengawal keselamatan. Bagaimanapun usaha ini menemui jalan buntu serta sia-sia apabila pemaju tidak menghadirkan diri mahupun menghantar wakil setiap kali perjumpaan. Slogan yang diletakkan oleh pemaju ditepi jalan Ke Arah kehidupan yang Indah, Sihat dan Selamat ternyata satu omongan kosong kerana sebenarnya TBS bukanlah satu taman yang selamat untuk diduduki!!
6. Dengan harga rumah yang agak tinggi berbanding pemaju lain, Park Properties diharapkan dapat memberi servis yang terbaik disamping bahan binaan yang berkualiti tinggi. Bagaimanapun penduduk dikejutkan sekali lagi apabila rumah tempat berlindung mengalami beberapa kerosakkan yang agak membimbangkan apabila rumah yang baru sahaja diduduki dalam tempoh masa 2-4 tahun telah mula menujukkan keretakkan dinding yang dalam, siling terkopak, atap bocor, binaan dinding depan yang tidak kukuh sehingga menyenangkan "pencuri" untuk membuka grill bagi tujuan rompakan serta jubin dinding bilik air yang mengelembung akibat kekurangan simen tetapi terlalu banyak pasir dan ini membahayakan "NYAWA" penduduk apabila jubin itu secara tiba-tiba runtuh dan menimpa penduduk mahupun anak kecil. Jikalau perkara ini berlaku, PARK Properties boleh disaman oleh penduduk kerana membina premis menggunakan bahan yang tidak berkualiti!!! (Ini sudah melampau, baru duduk 3-5 tahun tapi binaan mcm dah beratus tahun lamanya). Untuk pengetahuan pembaca MHS jaminan bagi setiap rumah yang baharu dibina adalah dalam tempo masa 2 tahun setelah penduduk masuk ke rumah, tetapi berbeza pula dengan Park Properties kerana jaminan dikira setelah rumah siap walaupun pemilik belum menduduki rumah tersebut.
7. Dalam tinjauan yang di lakukan oleh kru MHS, kebanyakkan pemaju di sekitar N9 menawarkan harga rumah yang jauh yang lebih rendah berbanding Park Properties pada tahun binaan yang sama. Selain daripada itu, binaan rumah dari taman perumahan lama juga dilihat jauh lebih berkualiti dan kukuh serta tidak mudah rosak binaannya. Jadi pembeli di luar sana, buatlah keputusan yang bijak sebelum membeli rumah. Pilihlah pemaju yang di kenali kerana pembuatan binaanya yang berkualiti serta siap tepat pada masanya bukannya kerana pembinaan yang cantik semata-mata. Anda yang menentukan segalanya. MHS nasihatkan bertindak sebelum menyesal ya. (Kesian plak MHS pada penduduk TBS ni, rasa mereka seperti dianiaya sungguh oleh pemaju)
8. TBS merupakan sebuah rumah dalam taman, jadi masih ada beberapa koleksi binaannya yang masih dalam pembinaan. Ini sedikit sebanyak menyukarkan pergerakkan penduduk kerana lori keluar masuk dari jalan utama dengan membawa tanah serta debu yang kotor. Selain itu rumah kongsi buruh binaan juga dibina berdekatan dengan rumah penduduk membuatkan penduduk kurang berasa selamat. (Adakah kedudukan rumah kongsi ini mempunyai kaitan dengan kes kecurian yang berlaku di TBS??)
9. Dato Gan, pemilik Park Properties merupakan tokoh MCA yang berpengaruh di Negeri Sembilan, dengan masalah-masalah yang begitu banyak berlaku di TBS, ini akan meruntuhkan serta mencalarkan imej Barisan Nasional.
10. Pendek kata dalam surat yang di terima ini, PARK PROPERTIES sememangnya GAGAL dalam menjaga keselamatan rumah penduduk dengan menggaji pengawal keselamatan yang tidak berwibawa,(ingat ya pembaca penduduk perlu bayar yuran kawalan keselamatan dan penyelenggaraan) GAGAL dalam menyediakan binaan yang berkualiti mengikut harga yang di tawarkan serta GAGAL dalam segala aspek seperti yang dinyatakan seperti diatas. Nah, terpulanglah kepada bakal pembeli untuk menilainya. Keratan akhbar diatas cukup untuk membuktikan betapa tidak selamatnya Taman Bandar Senawang!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan