Isnin, 21 April 2014

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


SEMASA : Tinjauan Mengejut TPM <b>Di</b> Mydin Seremban <b>...</b> - KLXpress

Posted: 03 Feb 2014 09:14 PM PST

SEREMBAN- Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan mengejut bagi memeriksa harga barang di Mydin Hypermarket Seremban 2 di sini dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Mantin dekat sini. Timbalan Perdana Menteri tiba di pasar raya Mydin itu pada pukul 9.10 pagi dan meluangkan masa hampir 40 minit memeriksa harga pelbagai barang di pasar raya berkenaan.

Kelmarin dalam satu kenyataan, beliau kurang berpuas hati dengan sikap sebilangan besar peniaga yang masih ingkar arahan dan peraturan supaya melabel dan meletakkan tanda harga barang, yang menurutnya membebankan pengguna dalam memilih barang keperluan dengan harga berpatutan. Susulan itu, beliau mencadangkan KPDNKK melancarkan semula kempen pelabelan dan penandaan harga pada barangan, selain memberi tempoh dua bulan kepada para peniaga berbuat demikian.

Mengiringi beliau ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Di KR1M Mantin, Muhyiddin mengambil masa hampir setengah jam meninjau pelbagai barang yang dijual dan harga yang ditawarkan di situ.

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke Kajang, Selangor. 

Politik Melayu Mantin: Kes Denggi <b>di Mantin</b>

Posted: 31 Jan 2014 03:59 AM PST

Tahun 2014 di Mantin dicemar dengan serangan denggi. Kami 4 orang dalam keluarga kena demam denggi. Tiga orang masuk wad seorang dirawat pesakit luar.

Satu lagi keluarga di Batu 8 juga kena serangan denggi. Memang cemas kena denggi. Serangan ini berbeza antara seseorang. Jumlah platlet semakin kurang semasa sekarang. Ada keluarga kami jumlah platlet hanya 28 sahaja. Terpaksalah duduk di wad 4 malam.

Denggi memang tiada ubat. Masuk wad hanya diberi titsan air sahaja. Ada beberapa petua semasa kena demam denggi. Antara ubat tradisional ialah air rebusan pucuk betik, sup ketam, air pegaga dan air 100plus. Tetapi sesiapa yang ada kencing manis jangan minum 100plus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads