Rabu, 16 April 2014

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Enam rumah kedai <b>di Kuala Pilah</b> terbakar | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 10:54 PM PDT

10256800_491882137601053_3771141804327422637_n

KUALA PILAH, 09 Apr.  – Enam buah rumah kedai berhampiran Pejabat Pos di pekan Tanjung Ipoh dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6.40 petang semalam.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.55 petang dan tiba di lokasi pada jam 7 malam.

"Tiga jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah, Bahau dan Senawang serta satu tanki air dari BBP Seremban 2 bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya ketika pasukan bomba tiba, api sedang marak.

Bagaimanapun, katanya pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah kedai berhampiran.

Katanya punca serta kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads