05 di jempol - Google Blog Search |
Catuan bekalan air di beberapa kawasan <b>di Jempol</b> dan Gemas <b>...</b> Posted: 05 Mar 2014 10:43 PM PST Sumber : Sinar Harian SEREMBAN: Catuan bekalan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Jempol dan Gemas mulai esok berikutan air di loji Sungai Gemas sudah kering. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, antara kawasan terlibat ialah Felda Palong, Felda Bukit Jalor, Felda Bukit Rokan dan sebahagian pekan Gemas termasuk kem tentera Syed Sirajuddin yang membabitkan 3,000 pengguna. "Catuan ini dilakukan berselang hari iaitu satu hari ada, satu hari tiada. Bagi kawasan Jempol kita akan mengambil air dari loji di Jempol manakala, kawasan Gemas dari loji Sawah Raja, Rembau. "Bekalan air ini akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas. Oleh kerana perjalanan itu jauh, seboleh mungkin kita nak gunakan sebanyak lori tangki yang ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya walaupun sudah menggerakkan bilik gerakan kemarau dengan semua jabatan dan agensi kerajaan diminta memberikan kerjasama, tetapi pada pandangan beliau ini tidak mencukupi. "Oleh itu, saya juga telah minta jawatankuasa menangani masalah kemarau yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri supaya berbincang dengan persatuan lori-lori tangki Negeri Sembilan untuk kita minta mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan secara menyewa lori tangki mereka. "Saya yakin cara ini lebih berkesan untuk membekalkan air di kawasan terjejas. Sementara itu, katanya catuan bekalan air di beberapa kawasan di Tampin, Gemencheh serta sebahagian Gemas dan Rembau juga akan dilakukan jika hujan tidak turun di empangan Gemencheh mulai 25 Mac ini. Katanya ia akan melibatkan lebih 30,000 pengguna. "Bagaimanapun kita berharap hujan turun di empangan berkenaan kerana jika tidak catuan akan dilakukan mulai 25 Mac ini. "Satu sungai langsung tiada air (kering) manakala satu lagi 90 peratus airnya sudah tiada. Jadi, ini juga merupakan satu masalah yang mencabar kita," katanya. – BERNAMA |
Empat beranak maut dalam nahas <b>di Jempol</b> ABN News | BM Posted: 26 Feb 2014 10:23 PM PST JEMPOL – Sepasang suami isteri dan dua anak mereka maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Km 22, Jalan Bahau-Keratong dekat sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata mangsa ialah Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, Nurhidayah Ngah, 29, Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 bulan. "Semua mangsa yang tersepit mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Kejadian berlaku kira-kira 6 pagi ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu ke Port Dickson. "Dipercayai kereta yang dipandu Mohd Fauzan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain yang pemandunya Muhammad Fairahall Abbas, 45, patah kaki kanan," katanya. Mayat mangsa dikeluarkan pihak bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan