Ahad, 2 Mac 2014

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Krisis air <b>di Negeri Sembilan</b> - Terbakor

Posted: 19 Feb 2014 06:25 AM PST

Negeri Sembilan Alami Krisis Air

Negeri Sembilan Alami Krisis Air

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan negeri itu mengalami krisis air apabila ribuan isi rumah berdepan dengan masalah ketiadaan air pada Rabu.

Keadaan itu berikutan musim kemarau luar biasa yang berlarutan sehingga menyebabkan beberapa kawasan tadahan air semakin kering.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pusat Operasi Bencana Alam negeri telah diaktifkan untuk menyelaraskan kerja-kerja untuk membekalkan air yang dirawat kepada para pengguna di kawasan yang terjejas.

"Kita tidak mengalami sebarang hujan di sini sejak dua bulan lepas dan ini mengakibatkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap yang kritikal.

"Malah kita juga tidak dapat mengambil air dari Sungai Batang Benar dan Sungai Ulu Muar yang menyediakan air mentah ke empangan Talang, Kerinchi dan Sungai Terip, kerana kedua-duanya kering," katanya sambil menambah bahawa keadaan itu memberi kesan kepada sehingga 8,000 isi rumah.

Beliau berkata, pihak berkuasa mengambil 13 juta liter air mentah dari Sungai Batang Benar dan 45 juta liter lagi dari Sungai Ulu Muar, di mana ia digunakan untuk membekalkan air kepada pengguna di Seremban.

Kira-kira 200,000 isu rumah menggunakan kira-kira 340 juta liter air setiap hari.

Mohamad berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Sendayan, Rasah, Mambau dan Seremban.

Sumber: Mstar

 Jana income dengan Says. RM200-RM500 sebulan secara pasif. Klik sini  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salah siapakah berlakunya krisis air amat meruncing <b>di negeri</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 02:05 AM PST


Bila berlaku krisis air di negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat terutamanya Selangor maka terus UMNO dengan bantuan media lidak biawak rasminya menunding jari ianya kesalahan pihak kerajaan PR Selangor.

Kini keadaan air di negeri jiran Selangor yang ditadbir urus oleh UMNO/BN semenjak merdeka hingga sekarang, Negeri Sembilan sedang berdepan dengan krisis air yang amat meruncing sehingga terpaksa dicatu.

Siapakah yang patut dipersalahkan???? Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Kerajaan UMNO/BN Negeri Sembilan bawah pimpinan Mat Hassan?????... Atau paling tepatnya kedua-duanya sekali??????

Penyerahan pengurusan air seluruh Negeri Sembilan diserahkan dari Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan kepada SAINS semasa Mat Hassan jadi MB Negeri Sembilan sedangkan penyerahan pengurusan air kepada SYABAS di Selangor dilakukan oleh Khir Toyo semasa UMNO/BN memerintah.

The Star Online melaporkan Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Negeri Sembilan alami krisis air di negeri itu ekoran bekalan air yang terputus diberibu-ribu isi rumah sejak Rabu.

Mohamad Hasan berkata bilik Operasi Bencana Alam negeri itu turut diaktifkan untuk menyelaraskan usaha untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di kawasan yang terjejas.

"Hujan tidak turun di sini sejak dua bulan yang lalu dan ini telah menyebabkan paras air di tujuh empangan mencapai tahap kritikal.

"Malah, kami juga tidak dapat mengambil air dari Batang Benar dan Sg Ulu Muar yang menyediakan air mentah kepada empangan Talang, Kelinchi dan Sg Terip, kerana kedua-duanya sudah kering," katanya kepada The Star Online.

Beliau berkata lebih 8,000 isi rumah terjejas akibat kekeringan empangan itu.

Catuan Air <b>Di Negeri Sembilan</b> Dah Bemula | Puteri Kasih

Posted: 19 Feb 2014 04:00 PM PST

Nampaknya Negeri Sembilan menjadi negeri yang pertama melaksanakan catuan air. Musim kemarau yang melanda kebanyakkan negeri di Semananjung Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu telah menyebabkan beberapa empangan mengalami kekurangan air di tahap yang agak kritikal.

catuan air

Jika tidak melakukan catuan air sekarang, pastinya paras air di empangan akan menurun ke paras yang lebih kritikal. Catuan air ini melibatkan 7000 pengguna di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah. Untuk maklumat lanjut boleh baca kat SINI.

Nampaknya kawasan rumah puteri turut terlibat dengan catuan air ni. Alahai lepas ni kenalah tadah air lebih sikit. Kalau nak harapkan lori tangki bawa air, kadang-kadang belum sampai rumah puteri air dah habis.

Terpaksalah berjimat gunakan air. Makan guna daun pisang je lah kan. Boleh jimat air basuh pinggan. Anak-anak bulus kat rumah pasti suka hati, diorang semua memang tak suka mandi.

Mudah-mudahan dalam sehari dua ni hujan akan turun dengan lebat dan mengisi semula air dalam empangan-empangan air yang semakin kritikal. Sama-sama kita doakan ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads