Rabu, 26 Mac 2014

05 di sikamat - Google Blog Search

05 di sikamat - Google Blog Search


Keadaan kecoh <b>di</b> pusat mengundi SK Seri <b>Sikamat</b> ABN News | BM

Posted: 22 Mar 2014 07:44 PM PDT

Oleh Ros Nazirah Mohd Daud (rosnazirah@abnxcess.com)

KAJANG – Sedikit kekecohan berlaku antara penyokong parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekamat di sini.

Ia bagaimanapun tidak menjejaskan kelancaran proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

gaduh1

Suasana itu menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di laluan utama hadapan sekolah berkenaan ekoran tindakan kedua-dua penyokong parti yang bertindak berkumpul di kawasan terbabit.

Keadaan itu menjadi semakin tidak terkawal apabila sorakan daripada kedua penyokong parti bertukar menjadi perang mulut hingga memaksa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meredakan keadaan.

Bagaimana pun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kekecohan itu setelah keadaan berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas kira-kira 20 minit kemudian.  

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads